|
Melayu di mana?
Tuan,
Saya masih ingat betapa risaunya Bekas PM Singapura,
Lee Kuan Yew mengenai kembalinya DS Anwar Ibrahim
dalam arena politik negara termasuk dan menyertai
semula UMNO. Kita mungkin tak sedar mengenai perkara
ini tetapi itulah hakikatnya. Banyak kali
perbincangan antara Lee dan Dr Mahathir menyentuh
mengenai penglibatan semula Anwar ke dalam UMNO.
Sehinggakan selepas Dr Mahathir bersara pun Lee
masih berjumpa dengan Dr Mahathir dan masih lagi
bertanyakan mengenai kemasukan semula Anwar ke Dalam
UMNO. Dari nada yang di keluarkan oleh Lee dan Dr
Mahathir (Dalam Akhbar-Akhbar) nampak sangat
kerisauan/kebimbangan Lee mengenai kemasukan semula
Anwar ke dalam UMNO. Kita tidak tahu kenapa Lee
perlu risau mengenai Anwar ini, sedangkan Anwar dan
Lee tidak mempunyai masalah semasa Anwar menjawat
Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Kesimpulan di sini, dengan berjayanya konco - konco
dalam UMNO menghalang Anwar daripada menyertai UMNO,
maka agenda Lee telah berjaya. Dan selanjutnya
Singapura akan cuba menggunakan beberapa kerat
pemimpin UMNO untuk kepentingan Singapura. Lihat apa
dah jadi dengan Jambatan menggantikan Tambak Johor,
Pencerobohan tentera Singapura dalam ruang udara,
penambakan laut oleh Singapura, isu tanah KTMB, Isu
Simpanan Wang rakyat Malaysia, dan banyak lagi.
Akhir-akhir ini Wilayah Pembangunan Iskandar juga
akan memerlukan pengaruh Singapura untuk dimajukan.
Percayalah Wahai Orang˛ Melayu Malaysia, betapa
sekarang ini ada segelintir pemimpin dalam UMNO
menggunakan pengaruh yang ada untuk mengumpulkan
kekayaan dan sanggup menggadaikan negara demi
mencapainya.
Kita tidak boleh lagi mengharapkan kepada Dato Seri
Abdullah atau Datuk Seri Najib atau lain-lain
pimpinan tertinggi UMNO, mereka tidak akan mampu
melakukan apa-apa malah akan terus terlena, leka
dengan post yang mereka pegang sekarang. Mereka akan
terus mencari kekayaan untuk diri mereka dan pada
masa yang sama akan cuba memujuk melayu-melayu ini
dengan keterampilan mereka yang efisien kononnya.
Cuba orang-orang melayu kaji semula projek-projek
RMK9, mana perginya IKLAN dalam akhbar utama bagi
projek-projek besar. Yang ada cuma Kelas C dan ke
bawah sahaja dan jarang-jarang sekali bagi Kelas B.
Untuk makluman boleh dikatakan 80% lebih
projek-projek besar Kelas A telah diberikan kepada
rakan-rakan terdekat pemimpin˛ UMNO ini walaupun
mereka bukannya berpengalaman sangat. Sila minta
Kementerian Pertahanan Isytiharkan projek di
bawahnya. Ke mana perginya IKLAN-IKlAN dalam akhbar
bagi projek-projek KEMENTAH ini? Tepuk dada tanya
Iman dan jangan pula tanya kepada Si Aiman.
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, betapa negara
sekarang ini berada dalam suasana yang kurang enak.
Mereka-Mereka yang mencari kekayaan ini akan terus
menggunakan kekayaan negara untuk memenuhi impian
mereka.
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, Singapura
sekarang ini amat senang dengan Pimpinan kita dan
jika terleka maka WPI akan tergadai kepada Singapura
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, Rasuah sekarang
ini amat tidak terkawal sekali dan cubalah teliti
apa terjadi dengan projek-projek RMK9
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, Slogan-Slogan
untuk melekakan kita sedang dimainkan oleh
mereka-mereka ini untuk melekakan kita
Ingatlah Orang-Orang Melayu, Orang bukan Islam
sekarang ini telah pandai meminta itu dan ini demi
kepentingan mereka
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, Melayu sesama
Melayu bergaduh demi kemenangan seorang India di
IJOK.
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, banyak lagi
orang-orang Melayu di luar bandar yang miskin
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu, peniaga-peniaga
Melayu sebenarnya tiada tempat di Negara ini.Cuma
segelintir yang rapat dengan kepimpinan sahaja yang
mendapat peluang.
Ingatlah Wahai orang-Orang Melayu, anak-anak kita
sekarang ini banyak terlibat dengan Dadah, dan
gejala-gejala sosial yang lain.
Ingatlah wahai Orang-Orang Melayu, Tanah Melayu
hampir tergadai kepada bukan melayu atas sebab
pembangunan. Lihat sahaja di Penang, selangor dan
selepas ini Johor.
Ingatlah Wahai Orang-Orang Melayu,..... banyak lagi
!!!!
Tepuk dada tanya Iman.... Ingat jangan tanya Si
Aiman dalam UMNO, kerana kita tahu Jawabnya ialah
Aiman Tak Kisah.
|