|
Machap - Cina mana
menguasainya?
Pilihan raya Machap akan
menyaksikan kebenaran sama ada 60% undi Cina akan
menyimpang dan beralih arah kepada DAP. Soalan
mengenai 60% pengundi Cina tidak akan mengundi MCA
atau Barisan Nasional. Ini akan jadi penentuan. Ini
akan jadi pengiraan dan sekiranya BENAR 60% pengundi
Cina tidak lagi menyokong Barisan Nasional maka
hampir pasti Barisan Nasional akan menghadapi
masalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Persoalan utama adalah mengapa ada aura – ura yang
mengatakan 60% undi Cina ini akan berubah. Adakah
kerana mereka melihat kegagalan MCA dalam menerajui
perjuangan kepentingan mereka? Apakah sebenarnya
perjuangan mereka? Adakah Malaysian Malaysia menjadi
sandaran perjuangan dan ini akan memberi peluang
kepada DAP untuk menjadi landasan perjuangan orang -
orang Cina.
Namun ada yang agak pesimis terhadap statistik ini.
Ada yang mengatakan undi Cina akan beralih kembali
kepada Barisan Nasional bila menghampiri pilihan
raya baik umum atau pilihan raya kecil. Cina akan
menyusul trend perniagaan dan kemakmuran ekonomi
dalam memberi undi, kata sesetengah pihak.
Namun ada juga yang mengatakan bahawa kali ini orang
– orang Cina sudah lebih bijak. Mereka akan mengundi
parti – parti yang memperjuangkan hak kemanusiaan
dan demokrasi. Mereka lebih tertarik kepada parti
yang memperjuangkan atas landasan Bangsa Malaysia
dan ini sebenarnya mengerumus kepada parti yang
mencadangkan hak keistimewaan orang – orang Melayu
di tarik kembali. Perjuangan parti yang menyokong
kebebasan agama, meritokrasi dan penghapusan
matrikulasi adalah antara isu – isu yang akan
menarik minat orang – orang Cina untuk menyokong
parti itu.
Adakah kerana hak keistimewaan yang ada pada Melayu
akan dikorbankan sekiranya benar kekuatan undi Cina
melampaui 60% dari Barisan Nasional dan penghapusan
hak ini akan dapat memulangkan kuasa kepada kerajaan
lantas ia akan dilaksanakan. Apa pun kita tunggu
keputusan pilihan raya Machap.
|