BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

HARUN TAIB : KONSEVERVATIF YANG PROGRESSIF
Oleh: Lampu Ajaib

Itulah ayat yang banyak didodoikan menjelang Muktamar PAS tahun ini. Dan pelbagai terma ini timbul bila mana sahaja adanya Pemilihan pucuk kepimpinan parti. Pada pemilihan yang lalu, terma ini jugaklah yang menumbangkan Ustaz Hassan Shukri, seorang aktivis yang telah mengorbankan jiwa dan masa untuk PAS sebaik sahaja graduate dari Baghdad.

Nampaknya tahun ini terma yang sama jugak didodoikan oleh media dan kumpulan-kumpulan yang tidak senang dengan mereka yang tulin dengan perjuangan PAS sejask dulu.

Saya menjadi sangat hairan kenapa ahli PAS melatah dengan terma yang diberikan oleh pihak media dan Umno ini untuk memecah belahkan PAS. Sepertimana yang dijelaskan oleh Mursyidul Am PAS bahawa dalam PAS semuanya sama. Kebetulan jawatan panas tahun ini ialah ‘Timbalan Presiden PAS’ yang ada pertandingan. Menyingkap penyandang jawatan dan pencabar jawatan sememangnya keduanya mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Namun saya sangat tidak bersetuju bila Ketua Dewan Ulama PAS di perlekehkan seperti Ulama Konservatif yang jumud dan backdated.

Mengapa ungkapan tersebut tidak ditujukan jugak kepada Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS yang lagi jelas kenservatif mereka. Mengapa mereka tidak dilabel kan demikian. Mengapa hanya Ketua Dewan Ulama sahaja dimomokkan oleh kumpulan tertentu dengan slogan tersebut. Saya rasa artikel yang ditulis dalam Utusan Malaysia baru-baru ini telah menjawap sebabnya : iaitu Harun Taib seorang tegas dan berani tanpa mengira status dan jawatan. Ini jelas apabila beliau senantiasa menegur pimpianan parti tanpa mengira bulu, hatta Mursyidul Am sendiri, kerana manusia itu tidak maksum. Adakah perkara ini diamalkan oleh pimpinan lain dalam kepimpinan tetinggi PAS sekarang.

Dari pemantauan saya, setelah pihak tertentu dalam PAS memomokkan ayat ‘konservatif’ kepada Us Harun, saya mengambil sedikit inisiatif untuk mengelongkar kekonsevertifannya Ustaz Harun ini. Pucuk dicita ulam mendatang, setelah meneliti edisi-edisi Harakah lalu dan kertas-kertas kerja serta laporan Kerajaan Negeri Terengganu penggal lalu. Maka saya sangat bersetuju terma ‘konservatif’ tersebut dinobatkan kepada Ustaz Harun Taib. Ini kerana

1. Dewan Ulama dibawah kelolaan beliaulah yang mula-mula menubuhkan Kelab IT Pas sebelum PAS Pusat dan agensi-agensinya celik IT.

2. Kejayaan beliau menguruskan TDM (sebuah syarikat gergasi Kerajaan Terengganu) sehingga tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur serta berjaya melangsaikan hutang-piutang TDM sebelumnya dan menghasilkan keutungan berlipat ganda.

3. Berwawasan jauh bila beliau menghantar hampir 50 pelajar Darul Quran Rusila untuk menuntut diperingkat Ijazah Pengajian Islam di United Kingdom. Dan akan menghasilkn ulama yang mampu dalam dwi-bahasa Arab dan English untuk dakwah.

4. berpengalaman sebagai Exco Kerajaan negeri, yakni ada pengalaman memerintah kerajaan negeri, memimpin rakyat dan kakitangan kerajaan.

5. kejayaan dalam porfolio Pendidikan dan Dakwah Kerajaan PAS Terengganu : Cth : Penubuhan Fakulti Perubatan yang diilhamkannya sendiri dan banyak lagi (sila rujuk pekeliling kerajaan negeri Terengganu 1999-2004)

6. Exco-Exco Dewan Ulama yang kebanyakannya berlulusan Phd menjadikan Dewan Ulama antara Dewan yang disegani.

7. Hubungan Antarabangsa Ustaz Harun Taib dengan Gerakan Islam Antarabangsa.

8. Hubungan Antarabangsa dalam pendidikan dimana beliau berjaya mendapatkan pengiktirafan dari Institute of Europena Studies and Human Sciences UK dan Islamic Foundation of Education Looborough UK untuk sekolah-sekolah SAR Terengganu.

9. Mempelopori penubuhan sekolah-sekolah agama rakyat dan moden untuk semua.

10. sebagai tiang kepada perkaderan dan tarbiyah PAS. Kejayaan beliau dalam melahirkan pelapis-pelapis parti tiada tolok bandingnya. Memimpin ILHAM dan Silibus Tarbiyah PAS Pusat untuk semua ahli PAS yang digunakan Semarang.

Maka cukup 10 sebab diatas untuk saya katakan dia ‘konservatif’ agaknya. Namun dialah sebenarnya Ulama terkini dan progresif tanpa kita sedari. Maka harapan sayasyaa para perwakilan, selami lah, bongkarilah sumbangan Ustaz Harun Taib yang kalian semua cemuhi ini. Sanggup pulang ke Tanah Air ketika sedang menuntut untuk Phdnya di Mesir atas arahan jemaah. Seorang yang menginfakkan dirinya Sejas tamat iajazah pertamanya di Mesir.

Maka tercera kepada perwakilan untuk mengurai tahap konservatifnya Ustaz Harun ini. Semoga PAS akan senantiasa dilindungi oleh Allah SWT

Selamat Bermuktamar


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762