BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

DATO LAKSAMANA HIBA , MENJELANG 50 TAHUN MERDEKA

Merdeka merdeka merdeka!!Suatu perkataan dan menjadi ungkapan yang menghangat dan memeriahkan suasana menjelang tarikh keramat 31 Ogos rakyat Malaysia pertama kali melaungkannya pada tahun 1957.

Pada anak kecil dan orang dewasa umum kalau ditanyakan erti merdeka akan dijawab ‘kita bebas dari penjajah British’ Kalau diangkat kepada ta’rif ilmiah pengertiannya lebih dari itu. Merdeka negara adalah bebas (minda) pentadbirannya, penggubalan dan pelaksanaan pembangunannya serta penyusunan dasar (tanpa ditunjuk/dictate oleh pihak luar) untuk kemaslahatan rakyat.

Begitu juga hal kemerdekaan yang dinikmati rakyat, selama tidak melanggar kerukunan yang disepakati dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembangan.  Dalam keadaan bernegara seumpama ini masyarakat itu tampak syumul dengan mertabat yang mulia. Sebab pemerintah tahu dan memahami kewajipan serta tanggungjawabnya kepada rakyat, manakala warganya pun sedar akan tugas dan kewajipan kepada tanah air dan negaranya.

Dunia Melayu pernah terangkat ke suatu mertabat sebegini. Melaka menjadi perhatian dan namanya menjadi sebutan di benua Eropah juga Asia. Kalau bukan kerana mertabat dan kedaulatan kerajaannya yang tinggi, masakan Hang Tuah mengungkapkan ‘Tak Melayu hilang di dunia’
Pengertian yang boleh diambil tentunya pemerintahan Islam Kesultanan Melaka di bawah naungan Sultan Mansor Shah, menepati ciri-ciri kedaulatan sejagat.

Laksamana yang turut mendukung kedaulatan itu bangga dengan pencapaian bangsanya - Melayu mampu meraih mertabat dan kedaulatan yang tinggi hingga harum nama Melayu diseluruh dunia.
Lalu dengan kemegahan itu timbul keyakinan bahawa Melayu dan dunianya tidak akan pupus di mata dunia.

Keyakinan Laksamana hulu balang terbilang itu adalah dalam context keluhuran dan kesusilaan pada sifat Melayu zamannya yang bersendikan agama.

Difikirkan balik bagaimana Melayu pada zaman tidak secanggih sekarang dengan kemajuan technology dan biotechnology, dikagumi dan disegani masyarakat sejagat? Kuasa asing di barat dan timur begitu tertib dan sopan apabila berhadapan dan berurusan dengan kita.

Apakah keterlaluan saya menganggap negeri China menggunakan diplomasi ‘perempuan’ demi memastikan hubungan dengan Kerajaan Melayu Melaka terlaksana!!

Mengikut sejarah Laksamana Cheng Ho datang membawa bersamanya puteri Hang Li Po yang ‘ditawarkan’ menjadi permaisuri Sultan Mansur Shah. (Saya melihat unsur ‘sogok’ menjadi budaya kaum ini seperti juga rasuah, judi, perasugut dll asal maksud tercapai - ‘means justifies the end.’).

Mengapa Melayu alaf 21 yang ramai berkelulusan ijazah; di antaranya dikatakan lulusan Universiti terbilang (class ijazah almaklum) dipandang sebelah matapun tidak, oleh kaum lain?
Kaum China dan India tidak segan silu menghasak dan menuntut pelbagai kemahuan kepada kepimpinan Melayu yang kononnya memegang kuasa politik.

Tiadanya reaksi tegas daripada kepimpinan Melayu dihelah kononnya semua perkara (keputusan politik belakang tabir) tidak boleh didedahkan demi memelihara keharmonian. Hakikatnya adalah, tiap-tiap kenyataan/pengumuman yang menyusul (pastinya jawapan kepada tuntutan mereka), dengan bahasa sehalus mungkin, mengubahsuai dasar dan program yang sedia ada untuk menfaat orang Melayu dan Bumiputra.

Ini biasanya diiring dengan hasil pelbagai kajiselidik (kononnya) yang mendapati ada kewajaran ubahsuaian dilakukan. Justeru peruntukan/keistimewaan orang Melayu dan bumiputra dikurangi atau diimbangi.

Kesan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu/Kebangsaan bagi pembelajaran mathematics dan science dapat dilihat apabila bilangan pelajar Melayu dan bumiputra di institusi pengajajian tinggi menurun tahun demi tahun (sejak tiga tahun kebelakangan). Walaupun ini hakikat, kepimpinan dan UMNO seluruhnya masih bertahan dengan pandangan meleset ‘untuk mampu bersaing dan menimba ilmu, bahasa Inggeris’ adalah mediumnya.

Penulis pernah bersama rombongan Mahathir Mohammed melawat Eropah beberapa kali. Lawatan meliputi Germany, Perancis dan negara-negara Nordic.

Germany dan France – dua negara pengeluar kereta dan teknologi tinggi tersohor tidak menggunakan sepatahpun bahasa Inggeris dalam industri masing-masing. Namun lebih maju dari Britain di mana kebanyakan industry automotive telah lumpuh.

Dalam hubungan ini timbul persoalan. Walaupun kuasa politic/political power berada ditangan – (satu notion yang rapuh) UMNO dan orang Melayu tidak berdaya?

Ke mana ghaibnya ‘semangat’ Hang Tuah? Apapun, bersandar pada semangat semata-mata tanpa ‘lillah’ mengundang bahaya dan ancaman.

Apakah Melayu alaf 21 tipis sekali keimanan mereka dan mudah diumpan dengan duniawi. Ketuanan Melayu cuma tinggal nama maka itulah tiada langsung perasaan kasih sayang antara satu sama lain.
Bagi Melayu, Islam hanyalah cosmetic dan pelengkap untuk ‘mewajarkan’ mereka digelar Melayu mengikut ta’rif Perlembangaan. Tidak lebih dari itu.

Berlatar belakang hakikat ini samalah ertinya runtuh dan punah segala benteng ketahanan rohaniah Melayu. Apabila ini berlaku kitapun sesat dalam perjalanan hidup. Dalam kesesatan manusia lemah, putus harap dan kelaparan. Lantas apa sahaja yang tersua – halal atau haram, madu mahupun racun tidak lagi menjadi perhitungan.

Keagongan Melayu zaman silam menusuk kalbu meremang roma. Melaka dan Majapahit bersahabat akrab.

Lieutenant Soetikno (yang mengepalai gerombolan TNI digugurkan di Johor) dalam sidang media berlinang airmata, kesal dia tertipu dan diperintah membunuh darah sendiri. Darah ‘melayu’ AKHIRNYA menjadi penawar dan petunjuk. Confrontation 1965 atau konfrantasi istilah yang terkenal, menamatkannya segera.

Bagaimana melayu zaman kita? Dasar kita umpama berdepan musuh jahanam. Tiada langsung bibit kesusilaan Melayu. Belakang kira atau peduli apa darah yang mengalir dalam tubuh kita.
Justeru jika ditakdirkan masih hidup, Laksamana Hang Tuah mungkin hancur luluh hatinya kerana kejelekan pewaris pemerintahan Melayu.

Dato’Maharaja Lela, Mat Kilau dan Dato’ Bahaman juga kesal malah sia-sia mempertaruh nyawa demi menjulang mertabat Melayu tetapi kemudian Melayu itu sendiri menodai jatidiri dan kedaulatan ibu pertiwi.


Minang Menung















 


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762