BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Semalam di Ijok - Barisan Nasional terdesak?
 
 Tuan Editor,
 (tolong kalau boleh letakkan kembali gambar rumah peneroka kota – saya percaya Tuan Editor ada gambar tersebut. Ini bukan masalah pengundi, ini masalah rakyat)
 
 
Ceramah Khir Toyo di Simpang Tiga Ijok menyaksikan raungan dan bukan laungan. Seakan lelong – lelong undi satu dapat satu free. Undi K.Parthiban dapat Khir Toyo. Berjanji Khir Toyo untuk membuka pejabat Menteri Besar cawangan Ijok. Ijok jadi anak angkat sementara Anwar dan Khalid menipu. Malang tepukan yang ada hanya berbunyi serunai India, hanya berlagu gendang Cina kerana yang Melayu tidak wujud pada waktu itu. Mungkin sokongan Melayu di Ijok terhadap Barisan Nasional semakin kurang, mungkin betul,kerana Melayu yang hadir mendengar Menteri Besar Khir Toyo berceramah adalah anak – anak kecil bukan pemuda. Mereka memakai kemeja T – Pemuda UMNO dan bukan Putera UMNO.

Bukan mahu menyorok bukan mahu mengambil langkah memburuk – buruk tetapi terpaksa juga kerana apa yang kelihatan dan didengari adalah satu omongan yang memilukan. Ini didengari bila MB Selangor mengatakan kita tahu, ada masalah pengagihan tanah, kita tahu ada tanah yang dirampas sungguhpun sudah 30 tahun mereka menduduki tempat itu. Ini sudah kami ambil tindakan. Kami sudah berbincang untuk menyelesaikan masalah tanah – tanah tuan dan puan – puan. Ini janji MB. Dengar raungan mengatakan bahawa dia “heavy weight” di Selangor.
 
Ini mungkin menyentuh sendiri nostalgia apabila teringat semula perjuangan rumah orang – orang peneroka kota di  Beremban, Batu 8 Hulu Kelang, Sg Sering dan berpuluh kawasan yang di runtuhkan tanpa sedikit pun balas ihsan. Mungkin Khir Toyo lupa tetapi mereka yang berpeluh dan terseksa tidak akan lupa. Kita lihat anak – anak belajar mahu mengambil peperiksaan di bawah bangsal kerana rumah di robohkan sedang anak – anak kita mahu mengambil peperiksaan. Rumah di roboh sedang kita masih lagi dalam bulan mulia Hari Raya. Hari ini Dr Khir Toyo mahu menyelesaikan masalah penduduk yang hampir 30 tahun menetapi kawasan di Ijok . Baru hari ini selepas kematian wakil rakyat Ijok.
 
Inilah dia Menteri Besar Khir Toyo yang mahu menjadikan Ijok anak angkat dan kalau mati atau meninggal wakil rakyat seluruh Selangor maka berpuluhlah janji dan beratus Pejabat Menteri Besar cawangan seperti di Ijok dibuka.
 
Apa pun pada Hari Ceramah Menteri Besar Selangor semalam 23/04/2007 - gendang dan seruling tidak akan berjaya menambat hati. Mungkin dalam Dr Khrir Toyo mengatakan bahawa Anwar Ibrahim menipu Melayu, Cina dan India beliau tergigit lidah kerana apa yang dikatakannya adalah pembohongan juga. umno-reform jangan tak siarkan pulak!

 



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762