|
ISU PEMECATAN
MUFTI PERAK SELESAI SECARA BAIK
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)
mengucapkan Alhamdulilah dan syabas kepada seluruh
umat Islam kerana kemenangan yang diberikan oleh
Allah terhadap Isu Pemecatan Mufti Perak.
Tindakan YB. Datuk Dr Tan Kee Kwong memohon maaf
secara terbuka adalah bukti bahawa jika umat Islam
bersatu dan bangkit mempertahankan hak dan
kepercayaan, maka tiada siapa yang berani menghina
serta memperlekehkan umat Islam.
DPPWP berharap agar kejadian ini menjadi satu
pengajaran kepada semua pihak agar terus menghormati
hak dan kepentingan semua pihak.
Penyelesaian sebegini adalah positif dan memberikan
impak yang berganda kepada semua pihak. Tindakan
Parti Gerakan dan YB. Tan dalam menyelesaikan
masalah ini dengan segera amatlah bertepatan dengan
kehendak semua pihak dan DPPWP akan meneruskan misi
bagi membina hubungan yang baik bersama Parti
Gerakan dan seluruh organisasi politik dan NGO yang
ada.
DPPWP tidak berminat untuk bermusuh dengan mana-mana
pihak. Bukanlah dasar PAS untuk menjadi kumpulan
ekstrimis atau cauvinis. PAS lebih suka memilih
jalan perundingan dan demontrasi adalah pilihan jika
perundingan dianggap kurang menyengat.
Tindakan Demontrasi pada Jumaat lalu bukanlah
propaganda DPPWP untuk menakutkan rakyat tetapi
sebagai satu perhimpunan umat bagi menyatakan hasrat
rakyat yang beragama Islam yang cintakan kedamaian
dan keharmonian. Setiap bangsa dan agama mempunyai
budaya dan kepercayaan yang harus dihormati semua
pihak.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua memahami
batas-batas yang ada dan saling hormat menghormati.
Kamaruzaman Mohammad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
|