|
Gabem dan orang
Melayu
Rahim Zain
rahimzain@hotmail.com
Kekecohan mengenai
ketua-ketua GLC tidak menyertai seminar GABEM (gagasan
bertindak ekonomi Melayu) di PWTC baru-baru ini
memberi kesempatan kepada orang Melayu melihat dari
jauh tentang sifat tongkang hilang kemudi. Dari
sedikit yang tersiar dalam media memang padan jika
ketua-ketua GLC yang terdiri dari professional yang
berkelulusan tinggi tidak hadhir di majlis itu
kerana isu yang dibincang ialah isu lapuk, isu biasa,
atau isu yang tidak boleh dibincang ramai-ramai
tetapi sesuai untuk dibincang oleh pakar dalam
kumpulan yang kecil. Ternyatalah seminar itu telah
diadakan tanpa bersandar kepada pengurusan perubahan
yang baik. Mengadakan seminar tanpa persediaan
strategy untuk mendapat kesan adalah sia-sia. Gabem
sebagai organisasi akan juga hilang tenaga batin dan
meleset seperti banyak organisasi lain yang mahu
berkhidmat untuk memajukan orang Melayu tetapi tidak
berdaya kerana kuasa fikirnya kurang.
Ramai orang Melayu
professional yang berjaya selama ini mengelak
politik kerana tidak suka kepada orang politik yang
berpoliticking; dan agaknya apabila ketua-ketua GLC
mengelak menghadhiri seminar yang biasanya menjadi
tempat meluah perasaan itu adalah manifestasi dari
rasa tidak gemar masuk gelanggang yang berbau
politik. Di situ bukan tempat ketua GLC menjawab
soalan. Itu bukan cara menyelesai masalah. Lagi pun
tidak lama dulu ada suara kepimpinan Melayu yang
marah apabila harta GLC dirangkum sebagai harta
Melayu dan menunjuk Melayu sudah milik kekayaan yang
banyak dan kali ini GLC diminta berdamping rapat
seolah-olah mereka menjaga harta Melayu. Betulkah
begitu? Tidakkah itu celaru namanya. Apa lagi
apabila perkara yang remeh temeh seperti bekalan
bahan binaan dijadikan perkara besar. Isu membekal
bahan binaan kepada kontraktor Melayu adalah perkara
yang paling kecil dan paaaling mudah di selesaikan
jika pegawai-pegawai yang ditugas untuk menolong
orang Melayu berminda kelas satu seperti yang Pak
Lah mahu. Janganlah timbul perkara hendak kemukakan
memorandum kepada kerajaan dalam perkara sekecil
seperti itu. Nampak sangat Melayu tidak pandai
mentadbir, mengurus dan berfikir. Nampak sangat
pemuda Melayu yang diletak di jawatan penting tidak
pandai mengguna kedudukan tinggi untuk bertindak
menyelaras bagi kepentingan Melayu tanapa perlu
minta PM campur tangan dengan memadai perkara kecil
seperti itu diselesai diperingkat pengurusan sahaja.
Idea mengadakan Gabem
bagi meneguhkan kedudukan ekonomi orang Melayu
adalah betul dan kena pada masanya. Adanya
kebelakangan ini seminar dan kongres anjuran orang
Melayu menandakan orang Melayu bergelisah mencari
jalan keluar dari masalah yang sukar diselesaikan
oleh kerajaan. Walaupun Gabem betul dari segi
penubuhannya tetapi nampaknya pengurusannya seperti
yang dapat dilihat dari luar setakat ini adalah
tidak baik. Gabem dilahirkan oleh UMNO dalam
keadaan senjata politik untuk meneguhkan kedudukan
ekonomi orang Melayu sudah tumpul. Orang Melayu kena
mulai cari jalan sendiri untuk meneguhkan kedudukan
tanpa mengharap sangat kepada apa yang kerajaan
mampu membuat. Masyarakat hanya tahu sedikit
sebanyak mengenai Gabem dari beberapa peristiwa yang
dibawa oleh media. Pertama kali waktu pelancaranya,
ke dua apabila ada majlis anjurannya di Utara dan
yang akhir ialah adanya seminar Gabem di PWTC.
Dicelah-celah tiga peristiwa itu masyarakat pembaca
atau penonton atau penndengar tidak berpeluang
mengetahui apa yang Gabem tuju dan buat.
Sebagai badan yang
mahu main peranan besar Gabem mesti tahu dan faham
tentang cabaran pengurusan perubahan. Gabem
muncul bagi tujuan membawa perubahan. Bertolak dari
situ Gabem perlu melibatkan orang Melayu minda kelas
satu untuk menganalisa masalah, menyusun kaedah dan
keutamaan, menyediakan sumber keupayaan dan
kemahiran untuk menggerakkan masyarakat diatas asas
kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap Gabem
sebagai penggerak. Tanpa persediaan sedemikian
dibuat Gabem adalah tudak berbeza dengan berpuluh
NGO yang berhasrat membuat baik tetapi tidak berdaya
membawa perubahan yang berkesan, hidup segan mati
tak mahu. Berseminar adalah baik tetapi di tangan
orang Melayu seminar menjadi tempat meluah. Gabem
perlu kepada jentera berfikir yang hebat dari segi
menganlisa dengan betul dan mengenalpasti penyakit
orang Melayu, bebas dari pengaruh melihat penyakit
orang Melayu dari kaca mata politik UMNO seperti
yang dilakukan selama ini. Ini tidak bermakna UMNO
diketepikan tetapi proses yang baik perlu
mengenepikan segala halangan yang merintangi
penglihatan terhadap pesakit. Oleh siapa dan bila
analisa yang betul telah dibuat? Apa ubat yang perlu
diberi? Tidak ada ruang harus diberi kepada
individu untuk politicking dalam Gabem.
Jika program Gabem
seperti seminar yang diadakan itu dibuat secara
berstrategi dan tanpa perancangan yang rapi tentang
penyertaan dan kesannya maka jangan kecewa jika
hasil yang rambang yang diperolehi. Pak Lah
berharapan besar tetapi minda kelas satu tidak
digembelengkan di Gabem sendiri untuk menjayakan
gagasan yang besar. Ini adalah satu simtom bagi
penyakit di kalangan orang yang tidak faham, tidak
mahu faham, tidak mahu belajar tetang seluk beluk
mengurus dan membawa perubahan dalamm masyarakat
Melayu yang selama ini menunggu kepada pedekatan
yang mujrab. Ketiadaan kesedaran sedemikian
meletakkan orang Melayu yang mengharap-harap dan
kaum lain juga yang mengharap-harap melihat masalah
Melayu diatasi akan terus berada dalam UMNO dalam
risiko tinggi.
Selama ini bermacam
seminar ekonomi telah diadakan termasuk jihad
ekonomi tetapi orang Melayu tidak kemana.Program
memajukan orang Melayu secara hebat tidak kelihatan.
Kenapa? Gabem boleh memberi kesan dan Gabem patut
dijadikan badan yang berkesan dengan Gabem sendiri
mengambil langkah bertindak secara berperancang
degan berhemah tinggi, melibatkan kepakaran yang
betul-betul pakar dan bukan mana-mana professor
Melayu yang ada masa lapang untuk lepak di meja
Gabem. Kepakaran perlu dicari. Minda yang kreatif
dan kritikal perlu dikenalpasti, pakar dari luar
dari masyrakat Melayu dan luar Negara yang
berkebolehan tinggi perlu diminta membantu dan
jadikanlah Gabem organisai alaf baru untuk memajukan
orang Melayu dari segi berfikir, merancang, and
pengurus pelaksanaan tanpa melibatkan diri secara
lansung dalam remeh temeh jentera pelaksanaan.
Program memajukan orang Melayu sekarang menghadapi
maslah pemikiran yang bercelaru.
Orang Melayu harus
dilihat secara inclusive. Orang Melayu harus dilihat
secara menyeluruh. Orang Melayu harus dilihat
sebagai boleh di dorong atau dibimbing untuk
menghulur bahu menolong kerajaan. Orang Melayu harus
dipimpin oleh Gabem ala muafakat dan dengan itu
membebaskan program dari ikatan politik kepartian
dan memberi erti kepada Melayu sebagai Melayu.
Melayu yang sudah tidak lagi ada senjata politik
yang tajam perlu kepada kaedah berdikari. Gabem
harus pertajamkan focus untuk menjadi organisasi
berkesan bukan topeng sediwara politik jangka pendek.
Program yang betul patut disediakan, pelaksanaan
yang cekap dimulakan, penyertaan yang berkesan
dilahirkan dalam semua bidang. Melayu akan maju jika
diletak diatas tapak yang kukuh. Melayu tidak boleh
diletak ditangan petualang yang telah menghampakan
program meneguhkan orang Melayu selama ini.
Organisasi yang ditugas menolong Melayu sudah
menjadi sarang Ke Melayuan yang sesat yang
tidak mahu melihat kepada dunia luar untuk
memperteguhkan proses perubahan.
Analisa masalah yang
dihadapi oleh orang Melayu perlu melahirkan strategy
pintar. Srategy sedemikian perlu menjadi asas kepada
segala program meneguhkan kedudukan orang Melayu.
Pengurusan proses perubahan perlu berdaya menarik
perhatian, minat, sambutan, dan sokongan ramai.
Tanpa pengetahuan dan kefahaman serta penerimaan
yang meluas bagi satu-satu program akan amat sukar
untuk satu-satu projek itu mendapat sambutan.
Hakikat ini telah mencorak prestasi projek-projek
kerajaan bagi tujuan memajukan rakyat. Dalam situasi
biasa kerajaan merancang dan melancar projek. Yang
tahu tentang projek ialah birokrat yang ditugaskan
untuk melaksana. Dialah yang tahu skop projek dan
dana untuk projek. Jarang pemimpin tempatan diminta
melibatkan diri secara rapat untuk menjayakan
projek. Mungkin kadang-kadang jawatankuasa ada
ditubuh berhubung dengan pelaksanaan projek tetapi
kesan pemanduan jarang terbit dari jawatankuasa
demikian. Perkara-perkara yang menentukan kejayaan
dari segi memandu dan melibatkan diri secara rapat
dengan penerima projek jarang atau tidak
berlaku. Projek mengambil wajah percaturan
politik dan merugikan Melayu apabila gagal.
|