|
CUKUP JANGAN TIDUR LAGI!!
Pelik
sungguh dengan orang Melayu. Ke mana hilangnya
maruah dan jati diri mereka!! Hak di tanah air
sendiri dipersoalkan dan dilucutkan, agama dicerca
dan dihina. Sesuatu yang diluahkan atas sebab hak
mereka di pujuk dan di layu oleh kepimpinan
sendiri. Bagaikan ‘pucuk di cita ulam mendatang’
kaum lain lantas menerjah kesempatan tanpa segan
silu mencaci cela Islam yang maha suci. Kaum China
dan India semacam mendapat ‘tauliah’ dari kepimpinan
Melayu/UMNO berbuat apa saja atas nama muhibah.
Melayu disuruh diam ‘so as not to rock the boat’
kalau tidak kemajuan dan pembangunan yang kecapi
akan hancur lebur.
Berapa
letak harga dan nilai maruah dan agama Islam? Begitu
mudah sekali Melayu diperkotak-katikkan walhal bumi
ini milik mutlak mereka. Se antoria alam, tiada
bangsa sehebat Melayu yang paling tinggi
toleransinya. Dunia berebut konon mahu belajar dan
mencontohi. Melayu menang sorak .. alahai kampung
nyaris tergadai.
Paling
sulit dan rumit memecah persoalan ini. Kenapa dan
mengapa begitu sifat mereka. Atau sememangnya untuk
bergelar Melayu glokal prasyaratnya kita mesti
sanggup berkorban dan mengorbankan apa sahaja yang
ada dan hak kita?
Perubahan ini mendadak. Melayu dan kepimpinan
sehingga zaman Allahyarham Tun Hussein Onn terkenal
dengan ketegasan, tetapi tetap adil. Almarhum Tunku
Abdul Rahman menimbulkan kegelisahan kerana sikapnya
yang bersahaja, ‘biaqpi apa depa nak kata.’ Pun
begitu di sebaliknya terdapat suatu ketegasan dalam
persoalan jatidiri bangsanya dan rela ditembak demi
mempertahankan prinsip dan apa yang sudah
disepakati.
Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (Menteri
Dalam Negeri) dua tiga kali masuk dan keluar
Kabinet atas ketegasannya pada prinsip hingga Tunku
terpaksa bersembunyi setiap kali Tun Ismail datang
ke Residensi. Inilah sifat kepimpinan Melayu dalam
Kerajaan dulu, sebelum Mahathir. Pada zaman
kepimpinan inilah Melayu ada
sedikit maruah dan jati diri.
Tiada
siapa menyangkal kalau barisan kepimpinan Melayu
dan UMNO waktu itu mendakwa mempertahankan agama,
bangsa dan negara. Apa salahnya kalau mereka
memfokuskan kepada konsolidasi kuasa masing-masing
kerana merekalah yang meragut kemerdekaan ibu
pertiwi dari Britain dan mengasaskan pembangunan
negara.
Apakah
Allahyarham Tun Dr Ismail boleh disifatkan seorang
manusia yang gila kuasa atau pengaruh berulang kali
meletak jawatan semata-mata kerana percanggahan
pendapat? Sepatutnya beliau berfikir seribu kali
sebelum bertindak demikian sebab beliau akan
kehilangan status terutama kuasa manakala ketua
kabinet belum tentu menerimanya kembali !
Bagaimana kita menyandarkan sikap kepimpinan masa
kini? Layak kah mereka dan UMNO mencanangkan cogan
kata ‘Tradisi Membela Rakyat’? Respons saya adalah
‘jauh panggang dari api’!! Pada saya mereka hanya
boleh diharapkan ‘gah’ dengan slogan sahaja tetapi
kosong. Sedikit di pressure kaum China, keris pusaka
yang dihunus tak semena-mena terkulai matanya belum
pun sempat di masuk ke dalam sarungnya!!
Fikirkan Almarhum Tunku yang dikata-nista oleh
Mahathir sanggup mati demi mempertahankan haknya
(Melayu) sedangkan Mahathir glamour dengan jolokan
(konon) pemimpin radical terbukti
menghakis dan menggadaikan segala hak milik orang
Melayu demi mengekalkan kuasa politiknya. Seluruh
UMNO buntu fikiran sebab ghairah meraih sedikit
kuasa untuk menghimpun harta. Ahli-ahli cuma mampu
‘angguk - angguk, geleng-geleng” !!!
Inilah
Melayu alaf 21. Melayu bandar sudah tidak peduli apa
itu Islam dan kaitan agama dengan keturunan bangsa
dan tanah airnya. Melayu di kampung sudah lali dan
bosan dengan kemiskinan. Pada kedua-duanya Islam
tidak membawa sebarang manfaat pun. Aneh, mereka
masih mengaku Islam walhal mereka tidak percaya/iman
bahawa kehidupan di dunia ada pertanggungjawaban di
hari akhirat.
“Soal-soal itu tidak relevan lagi,” kata kepimpinan
- dengan maksud pahala dan dosa adalah perkara lama
dan tidak sesuai direnungkan pada alaf ini. Si
orang kampong akan mengambil dan menerima apa sahaja
yang disuakan asal dapat mengalas perut yang
keroncong. Si cerdik pandai dan elit kota menolak
agama kerana penghalang kepada kemajuan, mengundang
kemunduran.
Saya
pinjam kata-kata ulama besar dari Indonesia –
Buya Hamka. Allahyarham yang diiktiraf Perdana
Menteri kedua sebagai kebanggaan rumpun Melayu
pernah berkata, ‘Tidak ada Melayu tanpa Islam. Di
balik Melayu adalah Islam. Melayu tanpa Islam
hilang “me”nya, jadi layulah dia. Begitu juga
Minangkabau tanpa Islam hilang “Minangnya” jadi
kerbaulah dia*”.
Melayu
begini sifatnya buta mata, tuli telinga, lemah daya
pikiran dan kabur mata hati. Lemah daya fikiran
menyebabkan kurang daya ingatan mereka. Melayu
menyangka dengan kuasa dia tidak tergugat. Syurga
dan neraka cerita lama.
Itulah
penyakit orang/kepimpinan Melayu selama ini. Apabila
syndrome TahTA= kuasa, harTA dan waniTA membelenggu,
dunia dirasakan dia punya.
Kerana
daya ingatan yang lemah, Melayu baru jahil
membezakan siapa kawan siapa lawan.
Kaum
China dalam tiap langkah atau tindakan ada
percaturannya. Perancangan mereka bersandar pada
strategi. Tiap usaha mereka sudah dikaji terlebih
dahulu timbal baliknya.
Kaum
ini terbukti pantas merampas peluang ‘menangguk di
air yang keruh’ Mereka telah mengkaji kepimpinan
Melayu mabuk kuasa dan harta manakala Melayu marhaen
sentiasa kelaparan perut keroncongan. Justeru sogok
mereka habis-habisan. Apabila sudah kenyang Melayu
mudah lupa peristiwa hitam yang natijahnya untuk
merampas kuasa.
Pernah
kita renungkan apa yang telah menimpa orang Melayu
sejak perang dunia kedua?
Kaum
ini menggerakkan apa yang dinamakan MPAJA (Malayan
People Anti Japanese Army). Matlamat tersurat
gerakan ini konon mahu mengusir Jepun dari Tanah
Melayu. Gerombolan yang majoriti anggotanya kaum
mendatang berpura-pura bersahabat dengan British
sedang muslihat yang tersirat adalah merampas kuasa
di negeri-negeri Melayu.
Selepas
itu di kala keadaan masih kucar kacir orang Melayu
dihambat dan diburu atas alasan orang Melayu
bersubahat dengan Jepun. Dalam erti kata lain,
kezaliman ke atas orang Melayu mencerminkan bahawa
orang China yang dibawa masuk oleh British merasakan
mereka lebih berhak membela negeri-negeri dalam
gagasan Nusantara Melayu. Selama tiga hari Bintang
Tiga bermaharajalela, nyawa orang Melayu terletak
‘di hujung tanduk’
Sekarang timbul versi baru punca dan sebab musabab
tercetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Konon
kepimpinan Melayu menjadi punca. Dari satu segi -
sikap longlai mereka, mungkin ada kebenarannya.
Kepimpinan Melayu terlalu menjaga hati orang China
dan India hingga bukan Melayu bertindak melampaui
batas tanpa sedikit pun rasa hormat. Pun begitu
mereka terus dijulang dan di dewa-dewa berulang kali
dan terbaru diisytiharkan orang China lah rakan
kongsi yang paling rapat.
Dari
segi lain versi itu yang konon bersumber dari London
adalah karut. Pada saya ini suatu helah kalangan
tertentu mengalih atau meredakan perasaan orang
Melayu. Kalau laporan ‘The May 13 Tragedy’
menyalahkan anasir subversive (lumrah)
versi terbaru it menuding kepada perebutan kuasa
antara Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan
Allahyarham Tun Abdul Razak.
Justeru
implikasinya melepaskan kaum China dan India yang
‘provoke’ orang Melayu. Sebagai anak Melayu dan
tempatan, masih mempunyai ingatan yang kuat ini
adalah pembohongan dan rapuh sekali.
Mengapa
kita mesti takut pada realiti kejadian. Kita semacam
menumpang dan mengemis, tunduk setunduk-tunduknya di
tanah air sendiri. Perasaan kaum bukan Melayu
ditatang bagai minyak yang penuh hingga semua fakta
tercetusnya peristiwa berdarah itu dihapuskan dari
sejarah.
Siapa
Goh Hock Guan – DAP Bangsar (1969) dan lain-lain
pemimpin China yang lantang dengan hak orang Melayu?
Party Gerakan semasa kempen pilihanraya mengumpan
penduduk Segambut wang (lima ringgit) untuk meraih
undi!
Betapa
biadab kaum China belum sempat diisytiharkan menang,
sudah keluar berarak sambil memaki hamun orang
Melayu. “Ini negeri sekarang kita perintah, Melayu
balik kampung!!.
Ini
realitinya. Realiti sikap kaum China terhadap negeri
ini. Tetapi Melayu juga yang dihasak sepanjang masa
menerima reality kaum ini sudah bermastautin sekian
lama, maka diterima dalam masyarakat kita?
Mengapa
kaum ini tidak boleh menerima reality bahawa negeri
ini adalah sebahagian gagasan Nusantara Melayu dan
mereka datang dengan ikhlas untuk mencari hidup.
‘They twisted and misrepresented certain provisions
in the Constitution, principally Articles 152 and
153. They agitated for the removal of Article 153
which provides for safeguards for the special
position of the Malays
Secara
peribadi walau apa pun senario politik semasa,
transformasi penolakan kaum China dan yang lain
terhadap ketuanan Melayu di negeri Melayu tidak akan
menjelma sekalipun hingga akhir zaman.
Namun
kepimpinan Melayu dan UMNO masih mampu memendam
toleransi dan sanggup berbuat apa sahaja demi
muhibbah dan perpaduan. Adakah ini tactic licik
mereka untuk bergantung terus pada kuasa apapun yang
menimpa Melayu umum?
‘We assume that those who
chose to participate in public life would understand
the delicate realities of our society and
consequently recognize the need for a certain degree
of restraint and maturity in their acitivites’.Phrasa
berhelah!! Do remember
Assumption mothers disaster!!
Saya
malu apabila tersepit baru terkenang darah daging
sendiri.
Minang
Menung
|