BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Machap - siapa kata undi Cina beralih?

Sebagai satu bahan lawak - kawan kami yang juga berbangsa Cina dan tidak begitu pro kerajaan berkata - the only straight thing about the Chinese is their hair, kemudian dia ketawa. Bagaimanapun secara serius beliau mengatakan bahawa untuk memperoleh undi Cina, hanya faktor ekonomi sahaja yang mampu menjadi penentu. Lain semua adalah sampingan dan tidak begitu penting, kata beliau. Atas andaian itulah dakwaan bahawa 60% pengundi Cina beralih dari Barisan Nasional ke pembangkang adalah tidak tepat.

Sungguhpun Machap adalah pilihan raya kecil tetapi sedikit sebanyak kita tidak nampak 60% undi Cina beralih dari BN ke pembangkang wujud. Apa yang kita nampak adalah keadaan politik masih sama dan akan kekal sama dengan mainan yang wujud dari kedua – dua pihak.

Selesai pilihan raya maka yang kalah akan menuduh bahawa tidak ada ketelusan dan tidak ada demokrasi dalam pilihan raya tersebut tetapi sehingga hari ini tuduhan hanya lekat sebagai tuduhan.

Sebenarnya pilihan raya bagi adalah satu proses menyerahkan amanah dan penyerahan amanah itu perlu dilakukan berhati – hati. Ini adalah satu tanggung jawab penting dan pemberian amanah ini sekiranya tidak dilakukan berhati – hati akan merugikan rakyat itu sendiri.

Justeru itu yang penting untuk kita lakukan adalah untuk menyedarkan rakyat bahawa adalah penting untuk kita memilih wakil – wakil yang benar – benar telus dalam mahu melunaskan amanah yang telah diberi oleh rakyat. Sekiranya tidak maka pada pilihan raya akan datang mereka cuma ada satu alternatif – ubah wakil rakyat mereka. Kalau ini boleh dilakukan maka pilihan raya akan datang akan melahirkan wakil – wakil rakyat yang mahu berjuang untuk rakyat kawasan dan daerah mereka.

Rakyat perlu disedarkan bahawa pemilihan mereka adalah penting dan itu akan menjadikan wakil – wakil rakyat yang mereka lantik lebih berwibawa dan bertanggung jawab.

Akhirnya bagi masyarakat Cina, setakat apa yang ditunjukkan, mereka tidak lagi berubah arah dan Barisan Nasional masih lagi menjadi pilihan mereka.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762