|
Mohamad Sufian Abdul Malek
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Cadangan Tentang Kepimpinan Baru Dalam
PAS
Tulisan tentang perubahan kepimpinan dalam PAS yang
mula dipalu gendang oleh saudara Fathi Aris Omar
amat menarik minat saya dan rakan-rakan usrah di
sebuah IPTA untuk turut sama memberikan sedikit
pandangan. Sebagai permulaan, diharap pandangan kami
ini tidak akan dianggap untuk mengguris hati
mana-mana kepimpinan PAS. Ianya hanyalah bertujuan
untuk kebaikan PAS itu sendiri.
Justeru, terpulanglah kepada ahli PAS di peringkat
akar umbi samada untuk menerima atau menolak
cadangan kami ini. Cadangan ini bertujuan bagi
mempersiapkan susunan kabinet bayangan PAS (bersama
Barisan Rakyat) bagi menghadapi pilihanraya umum
yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Kabinet bayangan ini perlu disertai oleh pimpinan
PAS yang progresif dan realistik dengan tuntutan
semasa semua masyarakat dalam negara ini.
Kami mengesyorkan supaya ahli dapat mencalonkan
pimpinan ini bagi jawatan-jawatan dalam kepimpinan
eksekutif PAS:
Presiden: Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden: Haji Husam Musa
Naib Presiden: Dr Mahfuz Mohamad
Naib Presiden: Haji Mohamad Sabu
Naib Presiden: Dr Dzulkifli Ahmad
Ketua Pemuda: Saudara Salahudin Ayub
Ketua Muslimat: Dr Siti Mariah Mahmud
Ketua Ulama: Dr Haron Din
Sementara itu, terpulanglah kepada ahli untuk
mencalonkan sesiapa sahaja yang mereka rasa mampu
untuk menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat.
Kami rasakan pimpinan seperti Tuan Guru Abdul Hadi
Awang dan Tuan Guru Harun Taib lebih sesuai untuk
menduduki jawatan dalam Majlis Syura Ulama PAS yang
merupakan badan tertinggi dalam PAS bagi menentukan
hala tuju PAS tidak lari dari prinsip perjuangan
PAS.
Biarlah mereka yang diatas itu mengemudi kepimpinan
eksekutif PAS untuk membawa PAS realistik dengan
tuntutan semasa dan menjadi sebuah parti politik
yang berusaha untuk memenangi pilihanraya umum
bersama Barisan Rakyat (harapan kami DAP akan
kembali ke pangkuan pakatan pembangkang dan Dr
Mahathir bersama dengan pembangkang) bagi memastikan
rakyat akan kembali menikmati arus kemajuan negara
dengan adil dan sistem Malaysia diperintah secara
adil dan telus.
Mohamad Sufian Abdul Malek
Nama pena: Usrah IPTA
|