BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Berpandukan  buku Dewan bahasa dan Pustaka

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed (sekarang Tun) dalam Akhbar Merdeka keluaran Februari 1988 berkata :  UMNO tidak akan hancur kerana serangan musuhnya, tetapi UMNO boleh hancur kerana pecah belah dalam parti dan sengketa di antara ahli UMNO dan pada hari Khamis 4 Februari 1988 maka "mati" UMNO yang sebelum ini dikatakan sebagai pembela kaum Melayu dan memperjuangkan Tanah Melayu. Kenapa isu ini dibangkitkan? Kenapa hari ini kita masih memperkatakan soal "bumi dipijak milik orang". Ada yang mengatakan ini soal lama, politik lama dan sebagainya.

Namun tidak ada seorang dari mereka yang memperkatakan mengenai isu ini sedar bahawa keadaan sekarang memerlukan penelitian kedudukan orang - orang Melayu dibumi ini. Sekali lagi "Ini persoalan perjuangan Melayu " tidak ada kaitan dengan diskriminasi kepada kaum lain di Malaysia hari ini, sungguhpun terpaksa diperkatakan agar apa yang mahu diberitakan menjadi satu persoalan kepada kita kaum Melayu - siapakah yang sebenarnya membiarkan bumi yang dipijak ini milik orang? Di katakan dalam laman web  WTV8  bahawa Melayu tidak hilang di dunia tetapi dunia Melayu yang luput dalam lipatan sejarah dan hari ini dunia Melayu itu terus lenyap atau bakal lenyap kerana satu perkara utama : persengketaan antara kita. Ini tidak mengira wadah politik tetapi halanya sama " persengketaan akhirnya membenarkan bumi dipijak milik orang

Menurut buku itu lagi perpecahan UMNO sudah beberapa kali berlaku dan dilampirkan senarai kedudukan UMNO sejak penubuhannya

 
1. 1946-1948  Tahap pembinaan penyatuan Melayu melalui UMNO
2. 1948-1950  Tahap penyusunan organisasi
3. 1950-1953  Tahap perpecahan awal
4. 1953-1956  Tahap perjuangan kemerdekaan
5. 1956-1958  Tahap zaman merdeka
6. 1958-1960  Tahap cabaran zaman merdeka
7. 1960-1963  Tahap pembangunan dan kestabilan
8. 1963-1966  Tahap penyatuan Melayu
9. 1966-1969  Tahap menghadapi cabaran dari pada bukan Melayu
10. 1969-1971  Tahap era baru
11. 1971-1973  Tahap keretakan dan penyisihan
12. 1973-1976  Tahap kestabilan elit pemerintah
13. 1976-1978  Tahap ujian kepimpinan dalaman
14.  1978-1982  Tahap pergolakan awal regim baru
15. 1982-1984  Tahap perpecahan dan puak
16. 1984-1986  Tahap konflik dan delima "kehancuran"
17. 1986-1988  Tahap "kematian" UMNO
18.  1988-1997  Tahap pemerintahan paradigma baru*
19. 1998-2004  Tahap cabaran gerakan reformasi*
20. 2004 - now

 Tahap perubahan politik Melayu*

Pembahagian era oleh Ahmad Fawzi Basri, Mohd Idris Salleh dan Shafee Saad kecuali yang bertanda *


Setiap insiden ini memberi kesan kepada senario sejagat dalam Malaysia dan setiap senario yang mengugat akan menjadikan Melayu korban dan hak ke atas Tanah Melayu terhakis. Ini bukan satu asas penulisan yang tidak jelas malah paling jelas kerana persengketaan elit kepimpinan bakal mengikis hak-hak orang Melayu dan ini bermula sejak awal lagi - pergeseran Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman. Pergeseran inilah yang merugikan Melayu sehingga Majlis, sebuah akhbar Melayu yang berpengaruh, mengingatkan pembacanya pada 20 Jun 1950,

Bahawa orang - orang Melayu pada masa ini belum mahu mengiktiraf kehendak anak - anak dagang dengan sebab selama ini mereka sentiasa memberi tetapi tidak menerima dari mereka.....

Peringatan ini berlaku kerana pergeseran idealogi antara elit Melayu telah membuka ruangan untuk kaum lain bertapak kukuh dengan sokongan penjajah. Pergeseran ini dilihat akan merugikan kaum Melayu dan akhirnya perjuangan untuk hak orang - orang Melayu hanya berpaksikan cita-cita politik kecil individu sedang bumi dipijak milik orang. Adakah hari ini berbeza dengan hakikat tergadainya "hak orang - orang Melayu" malah hak semua kaum di Malaysia atas pergeseran sesama? Siapa lagi yang mahukan pengaruh lantas sanggup berjuang atas nama Melayu tetapi sebenarnya menggadaikan hak yang ada.. Mulai minggu depan kita akan terus mengulas isu "Desakan kepimpinan Melayu untuk menghapuskan hak orang - orang Melayu atas nama politik" Adakah saranan Abdullah Hj Ahmad Badawi, perjuangan Anwar Ibrahim dan angkatannya yang menolak hak keistimewaan Melayu kini menjadi satu proses berterusan mengadai sedikit demi sendikit hak Melayu.   

sambungan Bumi di pijak Milik orang sesi 2

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762