|
Suara Rakyat:
BN akan Menang, Undi berkurangan
Oleh Zulfikar Samsuri
Rata-rata yang ditanya
mengatakan bahawa BN akan menang. Menang pilihan
raya ke 12 kali ini dengan keputusan yang penuh
cemerlang.
Kebanyakan pihak yang
kami tanya, juga turut mengatakan bahawa pembangkang
kali ini amat mustahil untuk memerintah Malaysia.
Cuma kebanyakkan dari mereka berpendapat bahawa
jumlah undi kepada BN akan susut. Namun begitu ada
satu pandangan yang cukup menarik mengatakan bahawa
BN akan menang besar. "BN akan menang
'landslide!'," kata Mohamad Firdouse Esahar
yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur.
Ikuti beberapa
responden dari pelbagai latar belakang yang sempat
kami tanya tentang siapa yang akan menang di antara
Barisan Rakyat atau Barisan Nasional.
Akhdan Sheikh,
Destop Publisher, Shah Alam: Aku rasa BN akan menang
tapi undi kepada BN aku rasa akan berkurang.
Suasana kat sini (TTDI Jaya, Shah Alam) pun tak
meriah sangat. Parti yang berlawan tak banyak
sangat lagi la pasang bendera.
Azman Alias,
Juruteknik, KL: PAS, aku rasa PAS akan menang.
Sebab masa ni aku tengok ramai yang cari PAS.
Nazri Annuar/Vovin,
Blogger dan Penulis Novel Fantasi, PTS Publishing,
KL: Pandangan aku berdasarkan keadaan semasa dan
berdasarkan keadaan semasa aku akan jawab BN akan
terus memerintah negara.
Haris Fadhli, KL:
Pilihanraya tahun ni ke? Aku rase cam BN je yg
menang. Sebab aku rasa kemajuan negara kita dari
dulu sampai skang ni hasil usaha diorang kot.
Nasir Rashid,
Bekas Editor Majalah Muzik Pertama, KL: Siapa yang
kuat akan menang. Kalau kau rasa BN kuat, parti tu
akan menang. Tapi kalau kau rasa Barisan Rakyat
kuat, makan Barisan Rakyatlah yang akan menang. Di
Kelantan PAS akan menang. Tapi tak tahulah, mungkin
aku cakap macam tu pasal bapak aku orang kuat PAS
kot.
Roslan Alang Endut,
Jurutera MISC, KL: BN menang lagila, tapi tak taula
sama ada kurang atau lebih (undi) daripada yang
lepas.
Warprat, Pereka
Dalaman, KL: Macam BN je, macam biasa kot, aku rase
laa kan. Perlu ada satu parti yang macam die (BN)
gak. Kalau tengok BN, dia semua bangsa ada. Diorang
plak bukan menyebelah satu kaum atau satu ideallism
yang khusus. Keadilan mungkin boleh (menang) kalau
diorang quit cari salah pasukan lawan and be a bit
more professional.
Muhamad Abdullah,
Blogger dan Penulis, Kedah: BN stiill memerintah,
tapi mungkin majoritinya menyusut. Dah macam jadi
satu trend dah bergilir-gilir menang besar umno/bn
tu.
Mohd Nazri,Pereka
Grafik, Perak: Kerajaan yang ada sekarang (tapi)
PKR dgn PAS dah settle pasal kaw tpt bertanding so
ada harapan (nak menang).
Ahmad Faisal Othman,
Aktivis Food Not Bomb KL, Kota Baharu: BN.
Faham-faham je lah, mana pernah telus baik zaman
mahathir lagi dari sekarang, Pak Lah nak sapu satu
Malaysia ni.
Al-Mustaqeem Mahmod
Radhi, Bekas Editor Majalah Siasah, Pengasas
Middle Eastern Graduate Center, IOWA, AS: Yang boleh
dan satu2nya orang yang LAYAK jadi PM malaysia:
Anwar Ibrahim. Siapa menang di Kelantan kurang
penting, yang penting nafikan 2/3!
Ibnu Amir al
Pendangi, Penulis dan Kolumnis di Siasah dan
Harakah, KL: Saya lihat BN still memerintah
Malaysia. Dan saya khuatir kerajaan Pas akan dapat
memerintah Kelantan. Nampaknya akan jadi sebegitu,
kerana imej Pas Kelantan pun tercemar mutakhir ini.
Tilmizatun
Jayyidatun, Pembantu Pensyarah UIA, Nilai: If U
have money, nothing impossible. If u don't have
money but u have power, u can grab the money from
others. (Pasal Kelantan plak) PAS dah jadi darah
daging (kat sana). Lainlah kalau golongan mudanya
buat reformasi nak gulingkan PAS.
Mohd Yazdi,
Pembantu Pensyarah, Universit Putera Malaysia,
Serdang: Hanya parti Melayu sahaja yang layak
memerintah negara. Cuba bayangkan kalau semua parti
melayu bergabung bukan kah lebih banyak majoriti
Melayu? Ini semua berkemungkinan kalau semua
berpegang dengan sunnh dan al-Quran. Simple tapi
susah nak buat. Sesape pun boleh memerintah, yg
penting org melayu. Jgn sampai kita bertelagah
sesama sendri tp negara kita tergadai. Cukup laa
Singapura, Tanah Melayu kita lepaskan. Jadi bg aku,
selagi org melayu memerintah xde masalah. PAS nak
memerintah pun takde masalah, cuma Agenda melayu
perlu diperjuangkan. Kerjasama dengan parti bangsa
lain pun takde masalah tapi jangan sampai kena pijak
kepala.
Zulhazry, KL: BN
tidak akan tewas kecuali mungkin selepas 20 atau 25
tahun daripada sekarang. Teori evolusi bagi sayalah.
Golongan muda dan berpendidikan akan mengambil alih.
Namun evolusi tidak akan berlaku jika tiada tangan
yang membuat perubahan, khususnya untuk meyakinkan
orang muda yang ada sekarang bagi menghadapi tempoh
20 atau 25 tahun yang akan datang. Jika tidak orang
muda juga akan turut selesa dengan kehidupan sama
seperti kebanyakan generasi tua fikirkan pada hari
ini. Untuk merubah minda generasi tua hari ini sudah
terlalu lewat, mereka merasakan mereka berada dalam
zon yang selesa walaupun kisah mereka pernah
ditayangkan dalam program Bersamamu di TV3. Atau
boleh tidak jika kita katakan BN tidak akan tewas
kecuali PRU di BolehLand dijalankan oleh badan bebas
yang dilantik PBB. Kelantan is the most democratic
state in Malaysia. Mereka mungkin tewas, maksud saya
PAS, jika Nik Aziz berundur atau pun melalui
penipuan pilihanraya. Secara rasional tidak mungkin
rakyat Kelantan sanggup menolak keperibadian
pemerintahan Nik Aziz sekarang. Oh ya, saya bukan
ahli mana-mana parti politik.
Cain, Perak,
Perkumpulan Anak Muda arahKIRI: Jangan tanye siapa
yang (akan) merintah tapi adakah yang memerintah itu
adil atau lebih rasa kemanasuaian dari yang lepas2,
jangan tanye siapa tapi tanya adil atau tidak, tanya
adakah yang memerintah itu menjadikan permasalah
rakyat terbanyak itu nadi untuk berkhidmat. Kita
masih didalam mentaliti "pemimpin baik" dari "rakyat
yang berdiri dengan pemikiran sendiri", adakah ini
kesalahan. Pembentukan mentaliti ini, yang diasuh
dari kecil atau azali yang sesuai, dengan "social
contract" mengarut melayu harus kita lempar jauh2.
Tiba zaman untuk berubah, umat melyu khususnya.Harus
sedar bahawa tiada lagi yang harus di hunus selain
ilmu yang membezakan kita dari bangsa Malaysia yang
lain.
Jangan terlalu berharap
juga untuk melantik diktator melalui pilihan raya
kali ini, tak kira apa parti pun. Ingat kekuasaan
total tanpa bangkangan adalah dosa besar didalam
doktrin demokrasi, cukup 50/50 didalam parlimen.
Parti yang merasa selesa dengan keputusan yang
dibuat tanpa ada bangkangan, di mana2 negara di
dunia ini adalah (melakukan) dosa besar yang harus
ditangung sendiri. Jika komunis yang ada di parlimen
di dunia ini faham akan tangungan mereka atas segala
perbuatan JOSEPH STALIN, umat Malaysia khususnya
yang mengaku berugama atau setidak-tidaknya mengaku
masih mengamal hukum sivic, harus sedar dan kalau
tidak, harus disedarkan, bahawa DIKTATOR TERPILIH
adalah dosa besar dalam demokrasi.
*pertama kali
tersiar di Kolum Suara Ralyat di
http://republikkata.blogspot.com
|