|
formmail.to:
umnoreform
From_Email: umar
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Golongan bukan Islam Semakin Berani
menyentuh hal-ehwal berkitan Islam.
Merujuk ucapan beriku:
Ucapan Menjunjung Kasih Titah Diraja DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong oleh Ahli
Parlimen DAP untuk Bukit Mertajam dan Timbalan
Setiausaha Agung DAP Chong Eng Di Parlimen Pada
29.3.2007.
Setiap hari kita mulakan mesyuarat kita dengan
bacaan doa. Doa itu mengatakan Allah Maha Pemurah
dan Maha Pengasih. Oleh sebab itu, Saya sangat
terkejut pagi ini apabila saya terbaca satu laporan
surat khabar dimana sepasangan suami-isteri telah
dipisah dan anaknya juga dipisah daripada ibunya
atas nama agama Islam.
Kes ini berlaku di negari Melaka. Ibu yang terlibat
ialah Siti Fatimah. Beliau dilahir sebagai seorang
Islam kerana ibu-bapanya memeluk agama Islam. Saya
petikkan laporannya:
Saya dilahir pada 1978. Ibu bapa saya adalah orang
yang memeluk Islam. Walau saya dilahir oleh sepasang
suami isteri Muslim, tetapi sejak kecil lagi saya
dididik dan dibesarkan dengan ajaran agama Hindu
oleh nenek saya. Jadi pada tahun 2004, saya telah
berkhawin dengan Seresh a/l Veerappan. Walaupun
perkhawinan kami ditentang oleh keluarga saya.
Semenjak itu hingga ke hari ini, berbagai-bagai
masalah telah timbul oleh keluarga saya terhadap
saya dan keluarga suami saya.
Pada 19 Disember 2005, saya telah lahirkan seorang
anak perempuan di Hospital Besar Melaka. Pada 21
Disember 2005, semasa saya sedang membuat persiapan
di Wad Bersalin untuk pulang ke rumah, datanglah
empat orang, tiga orang lelaki dan seorang wanita
mengenalkan diri mereka sebagai pegawai dari Jabatan
Agama Islam Melaka (JAIM) dan menyurah saya serahkan
anak saya kepada mereka dengan nada yang kasar dan
tinggi.
Setelah berlaku pertengkaran mulut di antara
pegawai-pegawai JAIM dengan saya, mereka
meninggalkan hospital dengan memberi amaran bahawa
mereka akan mengambil tindakan yang lebih kasar
sekiranya saya enggan mematuhi kehendak mereka.
Hingga hari ini saya tidak dapat uruskan surat akuan
beranak untuk anak saya mengikut agama Hindu. Saya
perlu menukar nama saya kepada nama Hindu dan harus
mendaftar perkhawinan kami dengan sah supaya
membolehkan saya menguruskan surat akuan beranank
saya.
Memandangkan sejak kecil lagi saya telah memeluk dan
mempraktikkan agama Hindu dan tradisinya, sebagai
seorang Hindu, ia telah meresap dalam darah dan jiwa
saya. Setelah berfikir lebih mendalam dengan sedar
dan rela hatinya saya telah membuat keputusan untuk
menukar nama saya kepada nama Hindu iaitu Rovathi
dengan sah�.
Tuan Yang Di Pertua,
Apa yang dihadapi oleh beliau bukan kes isolation.
Terdapat kes-kes yang lain. Saya berpendapat agama
adalah berkenaan dengan sifat kemanusiaan. Saya rasa
tidak kira atas apa undang-undang pun, kalau kita
memisahkan suami-isteri dan ibu dengan anaknya, saya
rasa ini tidak secocok dengan nilai agama khasnya
Islam yang mengatakan Allah itu Maha Pemurah dan
Maha Penyayang. Tindakan ini juga bertentangan
dengan nilai yang ingin dipupuk oleh Kementerian
Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kempen
Utamakan Keluarga.
Sekarang Revathi ditahan di Pusat Pemulihan di Ulu
Yam untuk selama 100 hari dan polis telah datang
dengan pegawai Agama Islam dan ibu Rovathi untuk
mengambil anaknya.
Suaminya telah buat laporan polis pada 26 Mac
mengatakan:
Pada 26 Mac tahun ini, jam lebih kurang 6 petang,
apabila saya sampai ke rumah saya, saya telah
diberitahu oleh kakak dan abang saya bahawa anak
saya nama Divayah Tharshini, umur 1 tahun 3 bulan
telah diambil oleh pihak JAIM yang datang bersama
seorang peguam dan seorang anggota polis serta emak
kepada isteri saya. Isteri saya namanya Siti Fatimah
telah ditahan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam,
Selangor 100 hari dan sekarang masih ditahan lagi.
Dan sepanjang tempoh tersebut, anak saya dibawah
jagaan saya sehingga laporan ini
Suresh kata beliau tidak tahu di mana anaknya
sekarang. Saya rasa sekurang-kurangnya anak ini
harus dikembalikan kepada ibunya. Bukankah ibunya
masih ada? Saya difahamkan Islam itu tiada paksaan.
Dalam kes ini, Rovathi telah kata beliau tak pernah
praktikan agama Islam dan dia ingin keluar dari
Islam. Kalau beliau tidak dibenarkan, bolehkah kita
kata dia tidak dipaksa? Dari pandangan seorang ibu
dan rakyat biasa, saya rasa tindakan memisahkan
suami-isteri dan ibu dengan anaknya adalah sangat
kejam.
Saya khuatir kes ini juga akan menjejaskan nama baik
agama Islam. Oleh yang demikian , saya merayu kepada
Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak-pihak yang
berkenaan memulangkan anaknya kepada Revathi.
CHONG ENG
__________________________________________________
Lihat bagaimana seorang kafir mempergunakan
perkataan mereka untuk kononnya menjaga hati umat
Islam, sedangkan mereka bukannya percaya pada Allah.
Kes ini adalah kes murtad, dan mereka tidak layak
untuk mencampuri hal-hal berkaitan dengan Islam.
Mereka dengan berani mempergunakan nama 'Allah Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang' sedangkan mereka tidak
percaya akan kewujudan Allah. Mereka juga
menggunakan perkataan bahawa 'Islam itu tiada
paksaan' dalam memperjuangkan kekafiran seseorang
Islam yang murtad. Ini jelas menampakkan bahawa,
dibawah pemerintahan UMNO, agama Islam mudah
diperlekeh oleh kafir laknattullah...
|