BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Ijok BN menang tambahan undi majoriti

Ijok akan kembali sepi mulai esok setelah pilihan raya selesai sebenar tadi. Pekan Ijok akan kembali senyap dengan wakil rakyat baru. Sungguhpun begitu pekan Ijok mengalami perubahan mendadak seolah  - olah seluruh peruntukkan Rancangan Malaysia ke 9 diperuntukkan di Ijok  

Calon MIC K Parthiban memperoleh 5,884 undi sementara PKR's Abdul Khalid Ibrahim, 4,034.Majoriti 1,850, adalah lebih besar dari pilihan raya 2004 dimana BN menang pada masa itu dengan majoriti 1,649. Ini adalah tambahan 201 undi dari majoriti sebelumnya.

Sungguhpun begitu Khalid Ibrahim dalam kenyataannya mengatakan bahawa beliau berpuas hati memandangkan seluruh jentera kerajaan digunakan hanya untuk tambahan 201 majoriti dari tahun lepas.

Parti Keadilan Rakyat seperti biasa bertindak mengatakan bahawa kemenangan yang diperoleh adalah kemenangan tidak demokratik. Dlaam pada itu salah satu rakaman suara dikatakan adalah rakaman pembelian undi yang telah dirakam sewaktu pilihan raya ( rumah melaka)

 

Rakaman ini telah dihantar kepada www.umno-reform.com melalui tag board. Rakaman ini menunjukkan pembelian undi dengan harga RM 150.00. Kesahihan rakaman ini tidak dapat dipastikan. Sekiranya benar mungkin kita akan dengan bantahan dari parti Keadilan Rakyat mengenai pembelian undi yang berlaku di Ijok.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762