BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

ayang a" <PiMaiPiMi@umno-reform.com>
To: anuarmohdnor@yahoo.com
Subject: Apa sudah jadi dengan Melayu
Sdra. Anuar,

Setelah hampir 50 tahun merdeka, satu per satu hak dan ruang tapak legar orang melayu dijaja dan dijual. Cuba kita lihat berapa banyak syarikat GLC sekarang ini telah menganak -tirikan pembekal bumiputra atas nama pengurangan kos dan secara tidak langsung membunuh mereka secara senyap. Dimanakah wawasan melayu itu dan tempat mereka mengadu seperti GLC juga bertindak sebagai lubang kubur mereka. Hendak berniaga dengan bukan bumiputra di syarikat-syarikat selain GLC yang didominasi oleh pihak pengurusan bukan bumiputra, mampuih tidak akan dapat kerana semangat assobiah mereka jauh lebih menebal lagi.

Dan sekarang ini proses membunuh ketuanan melayu sedang berlaku dengan giatnya di syarikat-syarikat GLC. Proses pertama yang sedang dilaksanakan adalah dengan menukar anak syarikat R&D GLC kepada syarikat teknologi atau menjadikan Division R&D GLC kepada anak syarikat. Satu insentif yang dilaksanakan kerajaan dari kerajaan sebelum ini bertujuan menggalakkan R&D dari kalangan bumiputra melayu khususnya ialah dengan memberi insentif pengecualian cukai dua kali kepada syarikat-syarikat termasuklah GLC. Atas insentif ini, syarikat GLC telah memperuntukkan 1% dari pendapatan mereka kepada R&D. Namun sekarang ini dalam proses untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda dan menunjukkan kebolehan antara CEO GLC sejak akhir-akhir ini telah menidakkan peruntukkan kepada R&D malahan meletakkan R&D di GLC yang didominasikan oleh orang-orang melayu juga ikehendaki menjanakan pendapatan kepada syarikat. Proses ini sangat lah bagus namun ianya tidak akan menjanakan pendapatan tambahan tetapi secara tidak langsung akan mematikan intelektual melayu serta kapasiti membangun modal insan di kalangan orang-orang melayu secara tidak langsungnya kerana proses membangunkan produk dan mematangkannya dalam pasaran dari R&D mengambil masa yang agak lama. JIka dilaksanakan secara terburu-buru pasti tidak akan kemana-mana pun.

Kenapa perkara ini berlaku, GLC menekan orang melayu sendiri? Jawapan agak mudah. Jika syarikat R&D GLC Bumiputra bertukar menjadi Syarikat Teknologi, secara tidak langsung taraf R&D akan hilang dan sebarang syarikat termasuk Syarikat GLC yang melabur kepada anak syarikat R&Dnya tidak akan mendapat insentif pengecualian cukai kerajaan malahan Syarikat R&D yang bertukar taraf kepada Syarikat Teknologi juga akan dikenakan cukai dan ini akan mematikan secara tidak langusung penguasaan R&D dari kalangan orang melayu di syarikat GLC. Sekiranya Syarikat GLC memerlukan insentif kerajaan, mereka perlu melabur ke badan atau syarikat R&D yang lainnya dimana di monopoli oleh bukan bumiputra. Perkara ini sedang berlaku di Telekom Malaysia (TM - Tolak Melayu). Proses menekan syarikat R&D bagi menjanakan keuntungan telah memaksa proses pertukaran kepada syarikat teknologi dimana proses R&D tidak lagi menjadi tonggak dan akan mematikan keintelektualan orang melayu. Apa yang sedang berlaku sekarang ini di TM, 1% dari pendapatan untuk aktiviti R&D sedang dilobi oleh Multimedia Universiti (MMU) yang didominaskan oleh bukan bumiputra. MMU sejak dari dulu lagi telah berusaha melobi peruntukan ini namun telah dinafikan oleh pimpinan Telekom sebelum ini. Dengan pimpinan baru TM sekarang, lobi ini semakin hebat dilaksanakan malahan Syarikat R&D TM berada diambang kemusnahan secara beransur-ansur dan secara tidak langsung vendor-vendor melayu juga akan mengalami nasib yang sama seperti di TM sendiri.

Di mana keprihatinan MELAYU untuk menjadi tonggak kepada Negara MALAYSIA. Sungguh menyedihkan!

PiMaiPiMai dari meja UM (untuk melayu)

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762