|
ANWAR IBRAHIM
–
aniaya
diri sendiri
Ketika ini negara pastinya heboh dengan isu yang
melanda DSAI iaitu hubungan beliau dengan Presiden
Bank Dunia yang bakal ‘dibersarakan awal’ Paul
Wolfowitz. Jawapan DSAI saya kira wajar kerana
beliau harus mempertahankan dirinya. Yayasan bagi
Masa Hadapan yang dipengerusikan DSAI tentunya harus
lebih pentingkan masa depan, bukannya sibuk menjawab
isu masa lepas.
Satu hal yang perlu direnung kembali, bagaimana
serta apakah perlu DSAI terlibat dalam hal-hal
demikian. Saya menyokong pendapat pembantu DSAI, Nik
Nazmi yang mengatakan bahawa DSAI telah melakukannya
mengikut semua prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan. Tiada apa salahnya DSAI menulis surat
memohon perkara-perkara begitu. ( rujuk NST 18 mei
07. m/s 12)
Penglibatan DSAI dengan pemimpin-pemimpin barat ini
adalah lumrah bagi beliau. Lihatlah dahulu bagaimana
beliau begitu akrab dengan William Cohen (berketurunan
Yahudi Amerika), bekas Setiausaha Pertahanan Amerika
Syarikat semasa pentadbiran Bill Clinton.
Persahabatan ini menuntut harga yang mahal apabila
DSAI dilabelkan pengkhianat serta agen asing dalam
pertuduhan semasa penyingkiran beliau sebagai TPM
oleh Dr. Mahathir. DSAI pernah mengatakan beliau
memang berkawan baik dengan William Cohen dari tahun
70-an hingga mereka sama-sama terlibat dalam
‘Rundingan Meja Bulat Piagam Pasifik’, satu kumpulan
pemikir dianggotai DSAI, William Cohen serta
beberapa pemimpin Asia yang pro Amerika.(rujuk
jurnal Institut Kajian Strategik Malaysia [ISIS]
1992 jilid 5, malahan ISIS diarah DSAI untuk menjadi
sekretariat persidangan itu) Persidangan tersebut
diadakan tiap-tiap tahun di Kuala Lumpur sehinggalah
DSAI disingkirkan dari Kabinet pada 1998. Semasa
lawatan rasmi DSAI ke AS, beliau telah diberi
sambutan karpet merah serta tembakan meriam walaupun
hakikatnya sambutan tersebut adalah untuk Ketua
Negara sahaja. Setelah 1998 nama William Cohen sbg
sekutu rapat DSAI kurang didengari.
Semasa krisis kewangan 1998, antara faktor DSAI
disingkir adalah kerana DSAI begitu rapat dengan
Michel Camdessus, Pengarah Urusan Tabung Matawang
Antarabangsa (IMF), sehingga DSAI dikatakan sanggup
‘menjual Malaysia’ semata-mata mahu memenuhi
keperluan IMF agar Malaysia meminjam serta mengikuti
pakej-pakej pemulihan IMF. Hubungan DSAI dengan
Michel Camdessus ini begitu rapat hingga pertemuan
demi pertemuan di atur samada di Malaysia atau luar
negara. Hubungan rapat mereka turut tidak disenangi
Singapura, malahan Dr. George Yeo, Menteri Kewangan
Singapura ketika itu dalam satu kenyataan sinis
secara terbuka menyifatkan Malaysia lebih beruntung
berbanding Singapura kerana mempunyai DSAI yang
begitu baik dengan IMF ( rujuk Singapore Straits
Time 18 okt 97). Michel Camdessus sekarang adalah
ketua Paderi di Vatican City. Itali dan seorang
Kristian ortodoks yang taat. DSAI ada bertemu dengan
Michel baru-baru ini di Rome, Itali dalam satu
persidangan ‘Perbincangan Masa Hadapan Dunia’.
Semasa DSAI dalam tahanan, muncul Madeleine
Albright( juga Yahudi Amerika), bekas setiausaha
Negara AS sebagai sekutu kuat DSAI. Madeleine
Albright semasa menghadiri persidangan di Kuala
Lumpur telah secara terbuka mencerca kerajaan
Malaysia agar segera membebaskan DSAI. Madeleine
juga dengan gembira menerima kunjungan Dr. Wan
Azizah yang ingin sangat-sangat menemui Madeleine,
walaupun dibantah oleh kerajaan Malaysia. Dr. Wan
Azizah juga semasa kunjungan ke Amerika Syarikat
telah beberapa kali menemui Madeleine di rumah
Madeleine. Lawatan Nurul Izzah ke AS beberapa kali
juga telah dibiaya National Democratic Institute (NDI)
yang diketuai oleh Madeleine Albright, dengan Nurul
Izzah mengikuti kursus jangka pendek di institut
tersebut. NDI dalam Laporan tahunan 1999-2000 telah
melapor menyediakan geran permulaan bagi pembiayaan
kursus-kursus pendek berbentuk kepimpinan untuk
tenaga-tenaga muda Asia termasuklah Nurul Izzah.
Madeleine Albright juga antara pelobi utama yang
giat melobi sokongan AS untuk DSAI dilantik sebagai
Setiausaha Agung PBB. DSAI telah bertemu Meadeleine
dalam beberapa kunjungan beliau ke AS baru-baru ini.
Bekas Naib Presiden AS Al Gore semasa mesyuarat APEC
di Kuala Lumpur telah secara terbuka menyebut
perkataan reformasi semasa berucap di hadapan
puluhan pemimpin Negara termasuklah Dr. Mahathir.
Hubungan baik DSAI dengan Al Gore ini masih
berterusan hingga sekarang. DSAI adalah salah
seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Timur Barat
(East West Foundation) yang berpusat di AS dengan
diketuai oleh Gore sendiri. Peranan yayasan ini
kononnya adalah untuk mencari titik pertemuan antara
Islam dan Barat selepas insiden September 11.
Pertemuan mereka adalah berkala 2-3 bulan sekali di
AS dan DSAI menerima gaji bulanan dari yayasan ini.
Dipercayai jumlahnya lumayan namun DSAI tidak pernah
mendedahkan hal ini kepada awam. Beliau sering
menyatakan menganggotai suatu pertubuhan
antarabangsa untuk mencari titik penyelesaian antara
Islam dan Barat, namun tidak pernah menyatakan
yayasan tersebut diketuai oleh seorang Kristian yang
menggunakan dana AS untuk mengaburi pandangan umat
islam Malaysia. Ini sesuai dengan DSAI yang
berpandangan liberal terhadap Islam serta tidak
keras menentang Barat.
Seorang lagi teman baik DSAI ialah James Wolfenson,
bekas presiden bank Dunia yang juga berketurunan
Yahudi Amerika. Beliau banyak membiayai
perbelanjaan-perbelanjaan Dr. Wan Azizah dan Azmin
Ali semasa DSAI dalam penjara. Rekod Imigresen
menunjukkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali beberapa
kali ke AS untuk bertemu James sbg Presiden Bank
Dunia ketika itu untuk menerima bantuan kewangan.
James semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan
APEC di Langkawi tahun 2000, singgah di Kuala Lumpur
bertemu Dr Wan Azizah di ‘VIP Lounge’ KLIA. Rekod
buku pelawat Malaysia Airport Holding mencatatkan
nama James dan Dr. Wan Azizah. Pertemuan tersebut
diatur oleh Azmin Ali. Hubungan DSAI dengan James
Wolfenson masih akrab hingga kini.
Saya ingin menarik perhatian tulisan Johan Jaafar,
Berita Minggu 20 mei 2007 dalam ruangan Di Luar
Lingkaran. Beliau menyentuh tentang jutawan media
Rupert Murdoch, hartawan berketurunan Yahudi
Australia. DSAI juga sebenarnya punya hubungan baik
dengan Rupert Murdoch serta mendapat pembiayaan dari
Murdoch hingga kini. Jika Azmin mendapat tajaan USD
5000 sebulan dari syarikat Murdoch ‘Sky TV’ yang
berpangkalan di Hong Kong, bayangkan berapa yang
DSAI dapat., yang pasti tentunya lebih banyak jumlah
dari Azmin. Liputan meluas DSAI dari media-media
antarabangsa adalah jawapan kepada hubungan baik
DSAI-Murdoch. Semua media yang dikuasai Murdoch
terlalu banyak memberi ruang kepada DSAI,
seolah-olah tiada batasan dan DSAI juga dilihat
bersikap ‘tidak hairan’ jika tidak mendapat liputan
dari media-media tempatan.
Selepas DSAI dibebaskan, beliau begitu dialu-alukan
di dunia Barat. Tentunya ini sokongan dari AS dan
salah seorang yang memberi tempat untuk DSAI ialah
Paul Wolfowitz. Wolfowitz telah menggunakan
pengaruhnya sbg Timbalan Setiausaha Pertahanan AS
ketika itu [Wolfowitz pernah mengajar di universiti
tsb] menempatkan DSAI di Georgetown University
dengan memberinya pelbagai kemudahan termasuk
kebebasan untuk bergerak ke serata dunia biarpun
punya komitmen dengan universiti. Agak mencurigakan
seorang pensyarah universiti yg kemampuan kewangan
terhad, bebas ke seluruh dunia mempromosi demokrasi
serta Islam ala Amerika. Wolfowitz juga memberikan
tempat kepada DSAI di Bank Dunia ketika beliau
menjadi Presiden dengan pengkhususan DSAI
mempengaruhi negara-negara islam Timur Tengah agar
lebih liberal dengan dasar kewangan ala Amerika.
Wolfowitz juga menggunakan pengaruh beliau terhadap
bank-bank di Timur Tengah untuk menerima DSAI
sebagai pengerusi/perunding agar bank-bank ini tidak
terlalu keras dengan Bank Dunia.
Yayasan bagi Masa Hadapan hanyalah cebisan kecil
kisah DSAI dengan dunia barat. Selain ia melibatkan
kewangan jutaan dolar, ia juga menghakis kepercayaan
masyarakat kita kpd DSAI. Tentu sebagai seorang yang
punya intergriti, beliau punya pilihan untuk tidak
melibatkan diri dalam perkara-perkara syubahah [syubahat].
Bukannya beliau tidak pernah difitnah kerana
persahabatan dengan Barat dan Yahudi walaupun beliau
menyatakan tidak salah berkawan dengan mereka.
Sekarang bukan saja beliau meneruskan tradisi itu
malahan menggiatkannya lagi. DSAI lebih rela berpaut
di dahan barat daripada menjaga hati
penyokong-penyokongnya yang mahu beliau menjarakkan
diri dari dunia Barat. Beliau tidak pernah belajar
dari kesilapan beliau masa lampau, sebaliknya hanya
berfikir bagaimana beliau boleh terus diterima
masyarakat tempatan dan antarabangsa ; dengan kata
lain MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI!
Beliau boleh memilih untuk menyokong Islam daripada
barat , bermunajat di rumah, daripada menari di atas
pentas, serta muhasabah diri, dari terus menyalahkan
orang lain setiap kali timbul isu yang menghakis
kepercayaan masyarakat terhadap beliau. Namun beliau
memilih untuk teguh dengan kepercayaan yang beliau
rasakan benar, tidak mahu mendengar pendapat
cendikiawan lain serta dengan angkuh mengatakan
beliau tidak membuat apa-apa kesalahan dengan
perlakuannya itu. Buat DSAI, hentikanlah menyalahkan
orang lain setiap kali timbul masalah. Cermin serta
renunglah diri sendiri lalu bertanya, “kenapa aku
jadi begini” dengan rasa insaf dan tawadhu’. Jika
beliau terus melakukan kesalahan demi kesalahan,
inilah belang sebenar manusia bernama Anwar Ibrahim,
beliau dianiayai oleh diriya sendiri yang angkuh,
bongkak serta sombong !!!
|