BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Anugerah Sultan Perak - apa kriterianya

Mungkin betul salah dalam salah satu kenyataan pernah saya baca, kalaulah jatuh taik bintang di Malaysia kemungkinan akan jatuh di atas kepala seorang Datuk atau Dato. Namun itu tidak menjadi persoalan kalau penerima itu adalah mereka yang benar – benar telah menyumbang jasa, dalam hal ini adalah penerima anugerah Negeri Perak. Saya selalu memuji ke bawah Duli Sultan Perak kerana sebelum ini beliau banyak memberi pingat kepada sumbangan – sumbangan yang lebih cenderung kepada pengorbanan seseorang biarpun dari segi kebudayaan, filem dan nyanyian. Ini adalah satu contoh menunjukkan bahawa anugerah itu adalah pada mereka yang telah berjasa khususnya dalam konteks ini adalah untuk negeri Perak.

 Hari ini saya membaca akhbar yang menunjukkan senarai penerima – penerima anugerah sempena Keputeraan Sultan Perak ke 79. Namun tidak banyak menarik dalam penerimaan anugerah ini. Antara penerima yang saya nampak adalah gelaran Datuk Seri kepada Menteri belia dan Sukan   Datuk Azalina Othman. Sungguhpun saya tidak sepatutnya mempersoalkan penerimaan tersebut tetapi selaku anak negeri Perak saya juga tertanya apakah kriteria yang melayakkan seseorang itu menerima anugerah dan siapa pula penentunya.

Bercakap mengenai isu ini saya telah difahamkan bahawa cadangan nama untuk mendapat anugerah ini adalah dari Menteri Besar bagi anugerah dari Sultan.  Ini juga tidak akan menimbulkan masalah sekiranya kriteria pemberian itu adil dan saksama. Ini penting kerana sekiranya tidak maka anugerah itu hanya anugerah yang bukan melibatkan jasa tetapi mempunyai lain – lain sebab yang tidak munasabah.

Dalam pada itu saya lebih tertarik sekiranya anugerah – anugerah untuk kerajaan Negeri mendahului mereka yang telah berbakti dalam Negeri Perak atau anak – anak Perak yang telah berjaya menaikkan nama Perak khususnya. Ini bukan kerana semangat kenegerian tetapi ini perlu untuk menunjukkan jasa dan bakti mereka dihargai.

Dalam isu sukan ini pula selaku penyokong Persatuan Bola Sepak Negeri Perak saya percaya beberapa tokoh kepimpinan Persatuan itu perlu diberi anugerah sesuai dengan penglibatan mereka dalam bidang ini. Ambil contoh Datuk Ahmad Zaihid Hamidi yang hari ini telah banyak mengubah pasukan bola sepak Negeri Perak dari merudum sejak Perak memenangi piala FA yang pertama dahulu sehingga kini se olah - olah terpulih maruahnya.

Bukan soal mahu dia mendapat anugerah tetapi ini adalah persoalan yang jarang orang fikirkan. Ini perlu kita sentuh kerana selama ini penganugerahan itu se olah – olah kaku dan yang paling jelas kadang – kala rakyat sendiri tidak tahu sumbangannya pada Negeri Perak itu sendiri. Mungkin ada tetapi kenapa yang jelas nampak tidak didahulukan.

Mungkinkah ada “involvement” politik. Mungkinkah tuduhan – tuduhan seperti menjual Dato ini sebenarnya wujud. Mungkinkan kriterianya hanya berpaksi kepada seseorang tanpa Sultan itu sendiri menilai mana yang patut dinilai.

Saya percaya antara mereka ada yang membuat jasa bukan untuk menuntut anugerah. Sungguhpun begitu kita perlu memberi kepada mereka yang telah banyak berjasa sama. Itu tanggungjawab kita untuk menyuntik semangat untuk terus berkhidmat.

Akhirnya sungguhpun saya bukan antara yang berkelayakan untuk membincangkan isu ini tetapi selaku rakyat negeri Perak saya harapkan perkara ini dapat diberi perhatian. Apa pun saya berteima kasih kerana adanya laman sebegini untuk kita bersuara walaupun ini bukan bagi sesetengah orang isu penting.  

Anak Perak - kejor yop kejor 



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762