|
Kenyataan
Media
Saya Wan Mohd Anies Wan Adnan, mantan Ketua AMK
Terengganu dan bekas Exco AMKM bersama pimpinan
Angkatan Muda Keadilan Terengganu dan pimpinan
Jawatankuasa PKR bahagian-bahagian mengisytiharkan
meletakkan jawatan dalam parti dan keluar dari Parti
Keadilan berkuat kuasa 8hb Julai 2007 kerana sudah
tidak yakin lagi dengan hala tuju PKR.
Saya juga dengan ini mengumumkan bahawa
demi solidariti terhadap Ezam, nama-nama dibawah
juga dengan sukarela melepaskan semua jawatan dan
meninggalkan PKR :
Mohd Azmi - S/usaha
Bahagian Hulu Terengganu
Sdr
Azmin – Bekas Ketua
AMK Terengganu, Ketua AMK K/Terengganu
Che Ku Marzuki Che Ku Dalam -
Timb Ketua AMK Kuala Terengganu
Mohamad Jusoh @ Pok Jak - Bekas
Ketua Bahagian Kuala Terengganu
Sdr
Mohd Sidek Said - Ketua AMK Marang,
ajk bahagian
Sdr Zulkifli Setapa -
Bekas Ketua AMK Marang, ajk bahagian
Muhamad Said - Setiausaha
Bahagian Besut
ShaharuddinOthman - Ketua Penerangan
Penaja Bahagian Kemaman
Jamaluddin Mohammed - Ajk Penaja Bahagian
Kemaman
Mohamad Shamsuri - Ketua AMK Setiu
Zainuddin Awang - Bekas Penolong
Bendahari AMKM
Beberapa lagi pimpinan utama AJK PKR
bahagian-bahagian juga turut bersama meninggalkan
PKR dan menjadikan PKR Terengganu lumpuh sama sekali.
Saya dan rakan-rakan pimpinan yakin bahawa tindakan
kami untuk meninggalkan PKR adalah tindakan yang
amat tepat kerana tidak lagi yakin dengan barisan
pimpinan PKR peringkat pusat. PKR sudah tidak lagi
wujud sebagai sebuah parti pejuang yang ikhlas
berjuang untuk kepentingan rakyat. Malah PKR telah
menjadi alat bagi sekelompok pemimpin yang rakus
kuasa sehingga mengenepikan perjuangan asal yang
dipelopori pimpinan yang ikhlas berkorban dan
berjuang.
PKR
yang kini dipimpin oleh golongan elit yang hanya
perjuangkan kepentingan kelompok dalam parti dan
perjuangan sempit pemimpin atasan serta telah
memudarkan perjuangan asal parti yang dipelopori
golongan reformis yang di dokong oleh rakyat bawahan
yang mahukan pembelaan. Pemimpin PKR yang dicipta,
diangkat dan dipilih oleh rakyat melalui gerakan
massa dan kebangkitan rakyat, kini dipencilkan dan
diketepikan dengan cara yang halus.
Wan
Mohd Anies Wan Adnan
|