|
(Diterima melalui e-mel :
dr.azly.rahman@gmail.com )
Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bangunan Perdana Putra
622502 Putrajaya, Malaysia
1hb Ogos 2007
Yang Amat Berhormat,
PETISI MEMANSUHKAN AKUJANJI UNIVERSITI
Dengan hormatnya kami sertakan bersama ini sebuah
petisi yang diendos (ditandatangani) oleh ahli-ahli
akademik yang lalu dan yang masih berkhidmat, dan
juga badan-badan NGO.
Kami semua mengenalpasti Akujanji Universiti sebagai
suatu halangan besar kepada perkembangan sihat
universiti-universiti. Oleh itu kami mendesak supaya
ianya segera dimansuhkan.
Akujanji untuk mengaku taat setia kepada Kerajaan
bukan saja menimbulkan budaya takut, pasif dan
fikiran tidak kritikal, bahkan juga ia menghakis hak
asasi untuk berpersatuan dan menyuarakan pendapat
dengan bebas, yang sangat penting dilindungi serta
diperluas demi kemajuan negara kita.
Kami berharap Kerajaan akan mengatasi kepentingan
diri serta politik yang sempit dan mengambil langkah
sewajarnya untuk memansuhkan Akujanji ini. Kegagalan
melakukannya melemahkan lagi kebolehan serta
kesediaan masyarakat akademik kita untuk melibatkan
diri dalam bidang pemikiran serta keilmuan yang
boleh membina sebuah negara yang kuat
inteleknya serta progresif.
Kami berharap pihak YAB dapat memberikan perhatian
dan tindakan sewajarnya agar Akujanji Universiti
segera dimansuhkan.
Yang benar.
Dr Syed Husin Ali
Dr Lim Teck Ghee
(Tiada tanda tangan di sini kerana surat ini dikirim
dengan emel. Terima kasih)
Petisi dan Pengendos di bawah:
PETISI UNTUK PEMANSUHAN AKUJANJI UNIVERSITI
Kami, yang bertanda tangan di bawah � bekas
kakitangan universiti, kakitangan universiti yang
masih berkhidmat (yang tidak dapat dimasukkan
nama-nama mereka di sini oleh kerana bimbangkan
tekanan pihak berkuasa) dan pertubuhan-pertubuhan
masyarakat sivil � menggesa Kerajaan agar
memansuhkan Akujanji dengan segera.
Keperluan menyatakan kesetiaan kepada Kerajaan �
yang terdapat hanya dalam beberapa sistem universiti
yang menekan dalam dunia � mencekik kebebasan
akademik dalam negeri kita secara yang tidak pernah
berlaku. Ia juga menimbulkan budaya takut, pasif dan
fikiran tidak kritikal di kampus, yang membelenggu
perkembangan universiti-universiti kita dan
peningkatan mutu pengajaran serta keilmuan.
Pemimpin-pemimpin Kerajaan, termasuk Perdana Menteri,
menyeru universiti-universiti supaya menyambut
cabaran menaikkan tarafnya dan menghasilkan
pengajaran serta penyelidikan berkualiti yang boleh
membantu bangsa kita mencapai matlamat 2020,
termasuk matlamat mencapai masyarakat yang matang,
liberal, saintifik serta progresif. Akujanji
merupakan penghalang besar bagi
universiti-universiti kita bangkit menyambut cabaran
ini.
Sehubungan ini kami menggesa Kerajaan mengambil
balik Dr Azly Rahman, Dr Mutiara Mohamad dan ahli
akademik lain yang telah dibuang kerja akibat
menentang Akujanji. Begitu juga, kes-kes mereka yang
menanggung derita dalam kemajuan karya mereka akibat
Akujanji hendaklah dikaji semula dan diberikan
keadilan serta pembelaan. Mereka semacam
dipenjara kerana kepercayaan mereka dan diperlakukan
secara tidak adil.
Penyingkiran mereka merupakan titik hitam ke atas
masyarakat akademik dan sistem serta nilai
demokratik kita.
Keprihatinan kami ini bukanlah kali pertama
disuarakan � banyak pertubuhan kakitangan akademik
dan ramai individu yang prihatin telah bersuara
dalam masa tiga tahun lalu dan mendesak supaya
Akujanji dihapuskan kerana ia juga bertentangan
dengan hak asasi serta kebebasan untuk berpersatuan
dan bersuara. Kami berharap petisi ini akan menjadi
langkah terakhir terhadap isu ini.
Kami merasakan perkara ini besar, bukan saja untuk
kepentingan serta keprihatinan akademik, bahkan
untuk kepentingan negara seluruhnya. Kami menyeru
supaya Kerajaan memberikan sambutan secara adil
serta bijak dan meletakkan kepentingan universiti
serta negara di atas kepentingan politik parti.
Pemansuhan Akujanji ini langkah amat mustahak bagi
menjamin hak asasi agar kebebasan berpersatuan dan
bersuara tidak akan terhakis lagi dan ahli-ahli
akademik kita dapat memainkan peranan yang hak untuk
membantu bangsa kita maju ke hadapan.
SENARAI PENGENDOS
Petisi Untuk Pemansuhan Akujanji Universiti: Senarai
Pengendos
Kakitangan Universiti Awam Yang Lepas dan Masih
Berkhidmat (mengikut abjad)
Dr Abdul Aziz Bari - Professor, Universiti Islam
Antarabangsa
Dr C.E.R. Abraham, Former Associate Professor
Universiti Sains Malaysia
Drs Abu Bakar A. Hamid
Former Professor and Deputy Vice Chancellor,
University of Malaya
Dr. Agoes Salim, Former Deputy Chairman, Universiti
Kebangsaan Malaysia Council
Ahmad Mustapha. Former Student Leader, University of
Malaya, Singapore
Dr. Azmi Sharom, Associate Professor, University of
Malaya
Dr. Sharon A. Bong, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Cheah Boon Kheng, Former Professor, Universiti
Sains Malaysia
Dr. Chee Heng Leng, Former Associate Professor,
Universiti Putra Malaysia
Dr. Stephen Chee, Former Professor, University of
Malaya
Dr. Farish Noor, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Alberto Gomes, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Terence Gomez, Associate Professor, University
of
Malaya
Dr. Toby Huff, Former Visiting Professor, University
of Malaya
Philip Koh Tong Ngee, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Khoo Boo Teik, Associate Professor, Universiti
Sains Malaysia
Khoo Khay Jin, Former Lecturer, Universiti Sains
Malaysia
Dr. Cassey Lee, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Patricia A. Martinez, Former Associate
Professor,
University of Malaya
Dr. Maznah Mohamad, Former Associate Professor,
Universiti Sains Malaysia
Dr. Mohamed Aslam Haneef, Lecturer, International
Islamic University Malaysia
Dr. Lim Lin Lean, Former Associate Professor,
University of Malaya
Dr. Lim Teck Ghee, Former Professor, University of
Malaya
Dr. Shirley Lim, Former Visiting Lecturer,
Universiti
Sains Malaysia
Dr. Francis Loh Kok Wah , Professor, Universiti
Sains
Malaysia
Dr. Loh Wei Leng , Former Professor, University of
Malaya
Dr. Neoh Soon Kean , Former Lecturer, Universiti
Sains
Malaysia
Dr. Ng Choon Sim , Former Associate Professor,
Universiti Putra Malaysia
Nur Barizah Abu Bakar, Lecturer, International
Islamic
University Malaysia
Othman Sulaiman, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mavis Puthucheary, Former Associate Professor,
University of Malaya
Dr M. K. Rajakumar, Former Member of University of
Malaya Council.
Dr. P. Ramasamy , Former Professor, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Dr. Rosli Omar, Associate Professor, University of
Malaya
Dr. Johan Saravanamuttu, Former Professor,
Universiti
Sains Malaysia
Dr. Syed Husin Ali, Former Professor, University of
Malaya
Dr. Toh Kin Woon, Former Associate Professor,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tunku Shamsul Bahrin , Former Professor, University
of
Malaya
Dr.Wan Abdul Manan Wan Muda, Professor, Universiti
Sains Malaysia
Wong Chin Huat, Associate Research Fellow,
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Dr. Diana Wong, Former Associate Professor,
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Zaharom Nain, Associate Professor, Universiti Sains
Malaysia
----------------
NGO-NGO YANG ENDOS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ALIRAN
All Petaling Jaya Pro-Action Committee (APPAC)
All Women's Action Society (AWAM)
Centre for Independent Journalism
Civil Rights Committee of Kuala Lumpur and Selangor
Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Community Development Centre (CRC)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Gabungan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah China
Negeri
Sembilan
Group of Concerned Citizens (GCC)
Institut Analisis Masyarkat (INSAN)
Institut Kajian Dasar (IKD)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i, UKM
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
Komunite Seni Jalan Telawi
LLG Cultural Development Centre
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
Middle Eastern Graduate Society
Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)
National Human Rights Society (HAKAM)
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
Open Dialogue Center
Penang Watch
Pegerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua)
Persatuan Kakitangan Academik Universiti Malaya
(PKAUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pertubuhan Pembangunan Insani Malaysia (INSANI)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sisters in Islam
Save Ourselves (SOS)
Save Our School Damansara Committee (SOS-Damansara)
Selangor Hokkien Youth Section
Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
United Chinese School Committees' Association of
Malaysia.(Dong Zong)
United Chinese School Teachers' Association of
Malaysia (Jiao Zong)
Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Women's Aid Organization (WAO)
Women's Development Collective (WDC)
Youth for Change
Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2007
Nota: Selain nama-nama yang tersenara di atas,
mereka
yang mengendos termasuk ramai kakitangan akademik
yang
masih berkhidmat di universiti-universiti awam, dan
juga beberapa orang yang sedang mengambil cuti
sabatikal dan melanjutkan pelajaran di luar negara.
Mereka menyatakan sokongan tetapi meminta nama
mereka
tidak diterbitkan.
|