BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Akhirnya 13 Mei 1969 – berubah sejarah

Sejarah hari ini seakan mahu ditulis semula. Bermula dengan komen – komen halus mendesak dikaji semula sejarah sehingga timbul artikel yang di tulis oleh Zaharin Mohd Yassin dalam blognya sangkelembai2006 yang kini tersebar luas memperkatakan secara terbuka bahawa 13 Mei 1969 adalah hasil perbuatan UMNO. Ini semakin diterima oleh generasi yang tidak pernah tahu mahupun menyaksikan insiden hitam tersebut.

13 Mei 1969 kini seakan di olah semula. 13 Mei 1969 dikatakan kini sebagai satu usaha orang – orang Melayu khususnya UMNO untuk mengambil, menuntut dan menebus semula maruah orang Melayu yang dikatakan gagal dalam pilihan raya 1969. 13 Mei 1969 adalah perbuatan UMNO, kata sesetengah pihak dan ini semakin diterima kerana UMNO sendiri terus diam dengan pemuda – pemuda UMNO sedang sibuk mencari tempat untuk pemilihan yang bakal diadakan.

Laporan Siasah 30 Mei – 5 Jun tulisan Subky Latiff memetik pandangan Zaharin Mohd Yassin dalam satu forum anjuran Memorial Tun Abdul Razak sebagai berkata bahawa 13 Mei 1969 adalah satu rampasan kuasa dari Tuanku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak dan teori ini mengikut penulis tersebut amat mudah dibuat kerana selepas kejadian itu Tuanku Abdul Rahman hilang kuasanya.

Apa pun dalam persoalan ini UMNO tetap disalahkan, biar rampas kuasa, biar disebabkan struktur sosial ekonomi mahupun perkauman. UMNO adalah dalang baru dalam penilaian semula punca 13 Mei 1969 dan UMNO adalah parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kuasa – itu adalah konklusi yang kini merebak dan kita membenarkan perkara ini berlaku.

Sekarang bermula era baru mendeklamasi punca 13 Mei 1969 dan deklamasi itu tidak menguntungkan kita orang Melayu dan UMNO sebagai parti dominan Barisan Nasional dan parti Melayu.

Perubahan sejarah ini sudah diusahakan dan UMNO diam mengangguk seakan membenarkan perbagai teori baru dicipta mengenai 13 Mei 1969. Paling jauh dalam meredakan teori - teori baru yang dicipta ini adalah kenyataan kepimpinan UMNO yang meminta kita jangan membicarakan mengenai peristiwa hitam tersebut. Dengan hanya meminta kita melupakan, masakan akan selesai penciptaan teori baru tersebut yang rata-rata meletakan UMNO sebagai pemikul dosa.

UMNO terus berdiam dan Pemuda UMNO masih lagi di dalam kepompong mereka tidak mahu memulakan langkah bagi membersihkan UMNO dari terus diserang oleh musuh politik yang hari ini yang semakin berjaya menyebarkan pandangan – sungguh pun tidak salah – tetapi gagal dipatahkan oleh UMNO.

Mungkin satu ketika nanti akan diterima oleh generasi baru Malaysia, kalau ikutkan sudah mula menerima bahawa 13 Mei 1969 adalah :

Kerana UMNO, berbalah merebut kuasa

Kerana UMNO, mahu merampas semula hak yang terhakis sewaktu pilihan raya

Kerana UMNO, parti rasis yang menyekat demokrasi

Akhirnya keganasan ini mampu menjadi konklusi bahawa UMNO adalah punca 13 Mei 1969 dan menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Ini bukan kata www.umno-reform.com, tetapi ini adalah simpulan yang hadir dari mereka yang mempunyai niat mahu menjatuhkan UMNO, mungkin mencari ruang memburukkan  dan UMNO membiarkan se olah – olah tidak berkemampuan untuk menepis isu ini secara efektif dan berkesan.

Kita tanyakan, khususnya kepada PEMUDA UMNO, mereka sedang buat apa, bila UMNO parti Melayu kini dipersalahkan dan orang Melayu secara relatif dilibatkan sebagai punca 13 Mei 1969.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762