BALIK KE MUKA UTAMA

Cadangan Penswastaan Kolej Kediaman UIA Menyusahkan Mahasiswa


Saudara pengarang,

Isu penswastaan kolej kediaman atau Mahallah di UIAM telah  memeranjatkan  beberapa pihak termasuk mahasiswa. Perkara ini telah memberikan impak  yang  sangat besar terutama kepada kehidupan mahasiswa kerana dengan  penswastaan  tersebut, yuran kediaman akan dinaikkan dan ini bakal menekan mahasiswa  yang  hampir keseluruhannya menetap di kolej kediaman universiti ini.

Segalanya  juga akan berubah sekiranya isu ini menjadi reality kerana isu tersebut  sedang di peringkat akhir perbahasan oleh pihak berwajib di universiti  yang  bertanjakkan antarabangsa itu.

Sebagai mewakili mahasiswa, saya melihat isu ini tidak perlu didasarkan  atas kesan isu kenaikan harga minyak pada masa yang lalu. Hal ini kerana  isu  tersebut bukanlah main basis of argument untuk menimplementasikan  penswastaan. Namun begitu, sekiranya cadangan penswastaan di UIA ini  berjaya, maka tekanan yang bakal dialami mahasiswa semakin hebat dan  menyayatkan.

Sudahlah beberapa keperluan penting mahasiswa mula tergugat  dan  tidak terjamin gara gara isu minyak. Jangankan pula isu penswastaan  kolej  dijadikan sebagai kesempatan dan dalil untuk meraih keuntungan. Tindakan  tersebut telah menindas mahasiswa yang lahir dari keluarga yang  berpendapatan rendah. Malah perkara yang menyedihkan ialah ada  dikalangan
mereka yang sanggup mengikat perut demi mengurangkan beban kewangan yang  ditanggung mereka sekiranya isu ini dilaksanakan.

Selain itu, kesan penswastaan yang telah dilaksanakan di beberapa  bahagian  di dalam UIA tidak memberangsangkan. Sebagai contoh, projek penswastaan  perkhidmatan bas di UIA beberapa semester yang lalu tidak layak  dibanggakan.  Hal ini jelas apabila perkhidmatan tersebut diakui tidak cekap dan  kurang  kualiti dari pelaksanaannya. Mutu kerja masih lagi boleh dipertikaikan  kerana bas di UIA masih lagi tidak mencukupi untuk membantu gerak kerja  berpersatuan oleh mahasiswa selain keadaan dalaman bas yang tidak  menyenangkan. Ini merupakan antara kesan penswastaan yang digembar  gemburkan oleh sesetengah pihak sebagai projek untuk meningkatkan  kualiti  semasa. Hasilnya amatlah menyedihkan dan kebajikan kami telah tercabar  dan  tergugat. Sebagai mahasiswa di IPT tempatan ini, kami mempunyai hak  untuk  bersuara bagi mendapatkan kebajikan yang terjamin melalui yuran  kediamaan  yang berpatutan. Diskriminasi ini perlu dihentikan kerana mahasiswa  bukanlah  mereka yang mempunyai kerjaya dan pendapatan tetap.

Oleh yang demikian, saya mewakili mahasiswa keseluruhannya berharap  agar  perkara ini diteliti dan dinilai oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi  dan  juga pihak berwajib. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang  berangkai  bakal dihadapi oleh mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA ini. Oleh  itu,  mahasiswa menaruh harapan yang besar kepada kementerian terbabit dalam  menangani isu yang semakin meruncing ini demi kebajikan kami.

Sekian, terima kasih.


Kiriman:
Zubaidy Abdullah
Kulliyyah Undang Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

850828 02 5597


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762