|
formmail.to: umnoreform
From_Email: zam73@yahoo.com
From_Name: Zamzuri Alias
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Telah lama juga saya ikuti perkembangan PROWARIS dan
telah lama saya ingin mengambil kesempatan untuk menulis
pandangan.
PROWARIS yang dahulu kehadirannya disambut dengan penuh syak
wasangka oleh Komuniti On-Line UMNO-Reform dan laman web
PAS, Marhaen dan sebagainya, kini telah diterima ramai.
Di samping daripada pengurusan yang mantap, Barisan Peneraju
PROWARIS yang diketuai oleh Feriz Omar bijak mengatur
langkah memposisikan diri mereka supaya diterima oleh
media-media semasa.
Ramai yang masih lagi tertanya-tanya apakah formula mereka. Yang
jelas kelihatan mereka Pro-Kerajaan namun kalau dikaji
daripada kenyataan mereka, PROWARIS ternyata tidak
sealiran dengan kenyataan-kenyataan HAMBAR yang
dikeluarkan oleh sayap-sayap UMNO, terutamanya Pemuda UMNO
Malaysia.
Pernah juga terdapat siri artikel yang membandingkan Pemuda UMNO
dan PROWARIS, Datuk Hishamuddin dengan Feriz Omar, di mana
kedua-duanya adalah anak kelahiran Johor.
Yang lebih menarik adalah Feriz Omar ini dikatakan anak saudara
Musa Hitam dan anak didikan Datuk Shahrir Samad, seorang
tokoh rakyat yang tiada tolok bandingannya di kalangan
pemimpin-pemimpin seluruh Malaya. Shahrir telahpun
diangkat sebagai pemimpin yang benar-benar berjuang untuk
rakyat dan kini anak didikannya pula mengambil alih kedudukan
tersebut.
Apa yang telah mendorong saya menulis di sini adalah perjuangan
Feriz Omar semakin menjadi-jadi apabila beliau diterima
sebagai Pengantara program bual bicara tegas atau "Hardtalk"
Malaysia. Melalui hujah-hujah beliau, Feriz Omar kini
sudah menampakkan kesungguhannya untuk memperjuangkan
nasib rakyat. Demikian katanya "Sesungguhnya Hujah Saudara
Adalah Hujah Saya" sedang menghantui dan menjadi bualan ratusan
golongan pelapis kepimpinan muda terutamanya Ahli-Ahli Majlis
Perwakilan Pelajar di peringkat universti IPTA mahupun
IPTS.
Melalui kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh
Presidennya juga, Barisan Peneraju PROWARIS menampilkan
suatu imej yang mantap lagi bijaksana. Bukan seperti
NGO-NGO lain seperti Promuda yang sudah lagi tidak dapat
membezakan perjuangan berbentuk emosi dan objektiviti.
Bagi saya, PROWARIS Adalah Pilihan Saya, dan Feriz Omar Adalah
Pemimpin Harapan Saya ...
"SESUNGGUHNYA HUJAH SAUDARA ADALAH HUJAH SAYA"
ZAMZURI ALIAS
Kolej Si Manjalara
UiTM Johor
|