|
formmail.to: umnoreform
From_Email: matpiang@hotdak.net
From_Name: Zamzuri zainal Abidin
Subjek: Comment
Segera: Yes
Pesanan: Tuan,
Saya sebenarnya mula mengenali Negara Saya Malaysia hanya pada
tahun 1984 iaitu pada umur saya 9 tahun.Masa tulah saya
mula mengenali siapa Perdana Menteri Malaysia dan kini
bila saya sudah berumur 33 tahun, yang saya kenal sebagai
Perdana Menteri hanyalah Dr Mahathir.
Pak Lah bagi saya langsung tidak sedarjat Perdana Menteri.Saya
melihat Pak lah ni umpama Pegawai Daerah saja.Minta maaf
la Pak Lah.Awak memang tak ada ketokohan langsung sebagai
Perdana Menteri.Nampak macam lembik sahaja.
Zaman pemerintahan Dr Mahathir saya rasa cukup seronok.Tenang
dan sentiasa teruja.Hidup saya ceria dan saya cukup suka bila
mendengar Dr mahathir berucap dan juga semasa beliau
menjawab soalan pemberita.Ada class!!
Zaman Pak Lah, hidup saya sentiasa cemas.Mana tau esok lusa naik
harga minyak lagi.Lepas ni nak naik harga air pulak.Harga
barang sentiasa naik.Gula pulak comfirm naik harga lepas
ni.
Pak Lah..tolonglah...letaklah jawatan. Rakyat Malaysia amat
gembira dan akan bersuka ria seperti masyarakat Italy bergembira
memenangi Piala Dunia sekiranya Pak Lah meletakkkan
jawatan.
Saya dah tak boleh sabar lagi nak tengok Pak Lah jadi macam
jurulatih bola Jerman..Klinsman..Letak Jawatan dan tinggal
di US!!
|