|
From: Roslan SMS <roslan_s@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Tue 07/04/06 03:25 AM
Projek ORANG TENGAH Zam penuh tandatanya
ROSLAN SMS
Memang beliau seorang menteri kabinet, duduk dalam kabinet
Perdana Menteri. Walaubagaimanapun beliau bukan ahli Majlis
Tertinggi Umno, iaitu badan tertinggi dalam hiraki Umno. Oleh
itu atas kapasiti apa beliau mahu mengusahakan GENCATAN SENAJATA
dan PERDAMAIAN antara Dollah dan Tun Dr M? Demikianlah anggapan
orang keanyakkan khasnya dari kalangan kaum kerabat Umno
terhadap Zam, dan demikianlah delima yang dihadapi Zam kini.
Kata beliau usahanya untuk mendapatkan khidmat ORANG TENGAH ini
direstui oleh kedua-doa Dollah dan Tun Dr M. Kagum orang-ramai
bila melihat pengaruh Zam itu, rupa-rupanya orang nombor dua
dalam Umno sendiri tidak tahu menahu darihal inisiatifnya itu
Lalu terperosok dan terjeratlah Zam dalam situasi yang serba tak
kena.
Memang oleh kerana pengaruhnya sebagai Menteri Penerangan maka
akhbar dan media suka tak suka terpaksa memberi publisiti kelas
satu terhadap projek Zam itu.
Tetapi kini semuanya kelihatan kelam dan kabur, menggelungsur
rebah dan runtuh menghempap kepala Zam sendiri.
Najib khabarnya tidak berpuas hati dengan tindakan Zam, apabila
beliau dibiarkan berada dalam kegelapan. Zam dikatakan telah
menerima amaran dari Najib. Dan setelah mengadap Najib, Zam
terpkasa mengeluarkan kenyataan bahawa inisiatifnya itu adalah
inisiatif peribadi, tidak ada kena mengena dengan parti ataupun
kerajaan. Senang kata tak ada restu parti dan kerajaan.
Jadi mengapa Zam pandai-pandai? Bukankah Zam memang terkenal
dengan sikap PANDAI-PANDAI, kalau tidak masakan beliau boleh
duduk dikerusi empok menteri pada hari ini. Cuma dalam
PANDAI-PANDAI nya kali ini, Najib tidak dapat terima dan telah
menyatakan kemurkaannya.
Sejurus keluar dari berjumpa Najib beliau menyatakan tujuannya
berjumpa Najib adalah untuk memastikan parti dan kerajaan tidak
terkeliru dengan inisiatif beliau. Dengan nada sinis bercampur
keciwa beliau berkata (sebagaimana dipetik oleh THE SUN):
Who am I? I am nobody in the party
Siapalah saya? Saya bukannya sesiapa dalam parti.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akhirnya tertiarap di
kaki Najib!
Sementara itu akhbar THE SUN turut meragui dakwaan Zam bahawa
beliau telah memperolehi restu dari Tun Dr M dalam hal ini.
Menurut laporannya:
It is learnt that Mahathir has questioned the need for mediation
as he has nothing personal against Abdullah but merely wanted
his questions answered.
As such the report that Mahathir is receptive to the mediation
is UNTRUE, sources close to him said yesterday
Apa dah jadi ni Zam?
Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong walaupun dah
jadi menteri!
|