|
zabidi saidi <zabby5257@yahoo.com.my>
To: wartawanku@hotmail.com
Mohd Zabidi saidi/pak lah
Date: Wed 06/21/06 06:59 AM
Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
(Pak Lah) tidak melenting dengan kritikan bekas bossnya, Tun Dr.
Mahathir Mohamad wajar dipuji. Bagi Pak Lah, bekas Perdana
Menteri itu bebas bercakap apa sahaja termasuk melemparkan
kritikan pedas terhadap beliau kerana Malaysia adalah negara
demokrasi.
Malah, bagi Pak Lah, apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir
bukan satu masalah kepadanya kerana tumpuan beliau sekarang
adalah untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Ini menunjukkan keterbukaan Pak Lah. Di zaman Pak Lah, sesiapa
sahaja bebas mengkritik termasuk ahli parlimen Barisan Nasional
(BN). Di Dewan Rakyat, kita lihat beberapa ahli parlimen seperti
Datuk Bung Mokhtar, datuk Mohamad Aziz begitu lantang
mengalahkan ahli parlimen pembangkang. Justru itu ada yang
berpendapat bahawa di zaman Pak Lah peranan pembangkang sudah
tidak relevan lagi.
Saya kira zaman Pak Lah lebih bebas mengkritik dari zaman Dr.
Mahathir. Saya masih ingat ketika bertugas dengan akhbar Watan
pada tahun 1988, boss saya dipanggil Dr. Mahathir kerana menulis
dalam pojoknya kononnya beliau sakit. Dr. Mahathir panggil boss
saya kepejabatnya. Boss saya seronok terima panggilan telefon
kerana iilah kali pertama dapat jumpa Perdana Menteri di
pejabatnya secara peribadi. Alangkah terkejutnya bila masuk
sahaja bila Dr. Mahathir, terus beliau marahi boss saya tanpa
memberi peluang boss saya menjawab balik. Lepas itu terus boss
saya diarah keluar dari biliknya. Ini menunjukkan Dr. Mahathir
tidak suka dikritik sedangkan apa yang ditulis hanya sekadar
pojok sahaja.
Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang bekas Perdana
Menteri mengkritik seoeang Perdana Menteri secara terbuka.
Memanglah seronok wartawan akhbar asing dapat scope ini kerana
ia dapat melaga-lagakan Pak Lah dengan Dr. Mahathir.
Pak Lah membuktikan dirinya seorang keramat hidup. Kita masih
ingat bila dia dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan dari
tahun 1987 hingga 1991, pelbagai tuduhan diberi kepada beliau
seperti mayat hiduplah tetapi beliau tetap tenang tidak membalas
tuduhan itu. Kita juga masih ingat apabila bekas Presiden PAS,
Datuk Fadzir Noor mengatakan anak badawi bela khinzir tetapi Pak
Lah tidak melenting.
Sesungguhnya sikap Pak Lah amat dikagumi. Kita sebagai rakyat
Malaysian amnya dan ahli UMNO khususnya jangan mudah
terperangkap dengan agenda wartawan akhbar asing yang cuba
melagakan Pak Lah dengan Dr. Mahathir.
Sekarang ni zaman Pak Lah. Semua pemimpin UMNO perlu patuh
kepada Pak Lah. Zaman Dr. Mahathir sudah berlalu. Seperti kata
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris
Jusoh, negara perlu ada seorang pemimpin sahaja. Maka kepimpinan
Pak Lah perlu dipatuhi.
Memanglah benar Dr. mahathir terluka dengan tindak-tanduk Pak
Lah seperti membatalkan jambatan indah. Paling melukakan bila
kononnya Pak Lah membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan Pak Lah tidak campur urusan
mahkamah. begitu juga tindakan Pak Lah mendakwa bekas pengerah
urusan perwaja, Tan Sri Eric Chia turut melukakan Dr. Mahathir.
Pak Lah cuba buat banyak perubahan dengan mementingkan soal
integriti supaya negara tidak tercemar dengan rasuah di semua
peringkat. Sebab itu Pak Lahmengambil tindakan tanpa kira bulu
dalamkes rasuah termasuk menterinya sendiri, Tan Sri Kasitah
Gadam sdan juga kawan baiknya, Datuk Azman Mahalan, bekas Ketua
UMNO Bahagian Tapah.
menteri Besar perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim cuba menjadi
orang tengah. Dalam soal ini tidak perlu. Pak Lah sudah tegas
tidak menjawab kritikan Dr. Mahathir. Ini bermakna selepas ini
kita tidak mahu lagi dengar Dr. mahathir menyerang Pak Lah.
kalau Dr. mahathir terus menyerang, inibermakna ada sesuatu yang
tidak kena kepada bekas Perdana Menteri itu. Justru itu kita
berharap Dr. Mahathir tidak usah buat kenyataan akhbar lagi.
Cukuplah apa yang sudah berlalu. Jangan kita menjadi alat
pembangkang pula untuk menghentam UMNO dan Pak Lah.
Berilah peluang kepada Pak Lah menerajui negara. Seperti kata
bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir dan Pak Lah, Datuk Johari
Baharom, Pak Lah tetap mengenang budi Dr. Mahathir. Tidak pernah
dia dengar Pak Lah mengkritik Dr. mahathir. Itulah pak Lah yang
dianggap keramat hidup.
|