![]() |
|
|
Pak Lah jangan jadi mangsa ke 6 Tun Mahathir |
|
Ini merupakan kritikan paling lantang datang dari Ahli Parlimen UMNO terhadap Pak Lah. Zaid Ibrahim dilaporkan oleh www.malaysiakini.com , dipetik sebagai berkata, Pak Lah gagal mengkotakan apa yang telah dijanjikan dan gagal membaiki kesalahan dan kesilapan yang ada sewaktu pemerintahan Dr Mahathir. Zaid turut mengatakan bahawa sekiranya tetap tidak ada perubahan seperti yang dijanjikan sewaktu mula memegang tampok pemerintahan maka tidak ada bezanya pemerintahan beliau dengan Mahathir. Zaid dalam kritikan beliau mengatakan punca - punca kegagalan Pak Lah melaksanakan apa yang dipanggil reformasi UMNO mungkin berasaskan kekurangan sokongan politik dari UMNO sendiri. Zaid berkata demikian pada sidang Parlimen baru - baru ini dan menambah bahawa ketelusan, keterbukaan dan intergriti gagal setakat ini menyaksikan perubahan dalam parti dan dalam kerajaan. Zaid menurut www.malaysiakini.com turut memberi amaran kepada Pak Lah supaya bertindak lebih aggresif lagi untuk mengelak diri dari menjadi mangsa ke 6 Tun Dr Mahathir. Isu Pak Lah adalah penerus budaya kepimpinan Mahathir telah juga dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim dalam kongress Parti Keadilan Rakyat baru - baru ini. Anwar dalam kenyataan beliau berkata " Pak Lah atau Mahathir serupa sahaja. Pak Lah adalah penerus kezaliman - perlakuan Dr Mahathir terhadap rakyat Malaysia. Ini kata Anwar menunjukkan bahawa Pak Lah gagal dan UMNO tidak lagi mampu berubah kerana budaya rasuah semakin pekat dalam parti itu. Kehadiran bantahan dan kritikan terhadap Pak Lah semakin hari semakin deras kedengaran. Adakah benar kabar - kabar sebelum ini yang mengatakan bahawa Pak Lah hanya dapat bertahan selama 1 penggal sahaja?
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|