BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Apa dia lampiran C ? - kenapa Zahrin di pecat - tindakan mengkritik UMNO atau mengkritik Pak Lah. Tindakan mahu memusnahkan UMNO atau menghalang UMNO dari dimusnahkan. Semua ini akan dikemukakan kelak. Nantikan eksklusif dari www.umno-reform.com dalam "Mengertikan Lampiran C" - pertuduhan ke atas Abd Zahrin b. Yassin yang berakhir dengan pemecatan beliau sebagai ahli UMNO. 

"Saya akan tetap menyokong UMNO tetapi saya berazam untuk terus berjuang menjatuhkan Pak Lah" demikian kata - kata Abd Zahrin dalam kenyataan media yang dibuatnya. Kenyataan serupa itu juga dapat kita dengan dan lihat dalam web TV8. Dimaklumkan juga bahawa tindakan awal yang dicadangkan oleh Lembaga Disiplin bukan pemecatan dan Abd Zahrin  Sungguhpun begitu Pak Lah secara peribadi mengambil keputusan memecat kerana kritikan pedas dan tajam Abd Zahrin adalah terhadap kepimpinannya. Ini juga kerana tulisan itu lebih kepada menghentam  sikap, cara dan corak kepimpinan Pak Lah yang gagal menunjukkan arah. Tindakan memecat ini adalah untuk menjaga dan mempertahankan Perdana Menteri dan bukan UMNO. "UMNO bukan Pak Lah dan usaha untuk memantapkan UMNO , menyelamatkan UMNO dan membenarkan UMNO terus menerajui perjuangan Melayu adalah dengan memberitahu kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa Pak Lah gagal dalam menerajui UMNO" katanya.

Keputusan memecat Zahrin adalah berdasarkan Lampiran C. Lampiran yang setebal 20 muka mengandungi petikan dan keratan dari arikel tulisan Abd Zahrin yang secara pedas mengkritik kepimpinan Pak Lah. Setiap penulisan yang membelasah Pak Lah di tanda dan menjadi tuduhan  yang dikumpulkan dan dikatakan menyalahi Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 1 Tata Etika ahli UMNO iaitu berkelakuan dengan tujuan menjejaskan kedudukan parti UMNO di dalam kerajaan selain menjatuhkan imej  dan nama baik parti. Ini menurut apa yang ditulis oleh Zahrin tidak berlaku - beliau menyindir mengkritik Pak Lah tetapi tetap menyokong UMNO. Usaha ini adalah untuk menyedarkan UMNO bahawa laluan untuk pilihanraya akan datang akan menjadi sukar sekiranya Pak Lah masih gagal dalam bertindak malah senantiasa mengambil jalan untuk berdiam sahaja.

Hampir keseluruhan Lampiran C yang ditandakan adalah barisan  - barisan tulisan yang menegur Pak Lah. Kritikan inilah yang menyebabkan dan menguatkan hujah bahawa pemecatan Abd Zahrin tidak ada kena  - mengena dengan hasrat untuk menjatuhkan UMNO. Melalui kenyataan media Abd Zahrin juga, beliau menyatakan bahawa perjuangan beliau sekarang adalah lebih terbuka dan tidak ada garisan sekatan memandangkan beliau bukan lagi ahli parti. Beliau mempertahankan tulisan beliau dengan mengatakan bahawa tindakan ini adalah tindakan menyelamatkan UMNO dari terus pimpin  oleh seorang Perdana Menteri yang lemah dan tidak berwibawa.

Zahrin dengan tulisannya tetap melihat bahawa kehadiran Pak Lah adalah ancaman kepada "survival UMNO" dan penulisan beliau dalam blog tersebut bukan ancaman kepada UMNO malah sebaliknya untuk membantu menyedarkan ahli UMNO.

Barisan ayat  - ayat ini juga menjadi salah satu sebab beliau dipecat oleh Pak Lah. Abd Zahrin yang meletakan Pak Lah sebagai liabiliti kepada UMNO dengan sikap " silent elegance" turut memindas apa yang dikatakan kronisma hasil  perlakuan Pak Lah.

Abd Zahrin juga dipecat kerana barisan ayat  -ayat yang dikatakan terus menerus menghina Pak Lah. Antaranya adalah satu kenaytaan terbuka mengenai apa yang dipercayai oleh penulis tersebut perlu disampaikan kepada Perdana Menteri. Beliau melahirkan apa yang dikatanya sebagai suara rakyat. Kenyataan suara rakyat ini diambil dari perasaan yang dikumpul di peringkat bawahan.

 
Pendedahan Lampiran C ini menunjukkan hampir semua keratan yang diambil untuk menjadi isu dan bahan untuk pertuduhan adalah berkisar kepada Pak Lah dan individu inilah yang sebenarnya dijangka sebagai orang yang bertanggung jawab dalam membuat keputusan tersebut. Hari ini Zahrin bukan lagi ahli UMNO. Namun hari ini Zahrin mencipta sejarah sebagai blogger UMNO pertama yang diambil tindakan. Zahrin juga kini telah mengambil tempat sebagai blogger "popular" kerana Zahrin mempunayi media beliau sendiri untuk terus mengkritik dan menghentam Pak Lah yang bagi beliau adalah punca yang akan mengagalkan UMNO. Gesaan Zahrin dapat dilihat dalam dalam petikan berikut :

Dan rahsia Lampiran C ini mendedahkan berbagai isu yang dikhuatiri Pak Lah yang menyumbang kepada kejatuhan beliau. Banyak lagi rahsia lampiran C ini namun ini adalah sebahagian daripadanya. Lampiran C ini juga menjadi bukti bahawa yang dikhuatiri mengenai penulisan Zahrin bukan hasrat peribadi beliau , bukan hasrat untuk menjatuhkan UMNO  tetapi hasrat untuk menyedarkan bahawa UMNO bakal bergolak - bergetar dan bakal menempuhi zaman kesukaran dengan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762