|
"zabidi saidi" <zabby5257@yahoo.com.my>
Subject: Mahathir Mudah Lupa
To: anuarmohdnor@yahoo.com
Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan
majlis dialog dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.
Sekurang-kurangnya para hadirin dapat mengetahui isi hati Dr.
Mahathir dengan lebih jelas tentang isu-isu yang dibangkitkannya
sebelum ini. Namun demikian, saya tidak bersetuju dengan
tindakan bekas Presiden UMNO itu kerana ia memberi ruang
kepada parti pembangkang untuk menangguk di air yang keruh.
Apatah lagi Timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa dan
Naib Presidennya, Datuk Husham Musa turut hadiri majlis
itu. Seolah-olah kita memberi peluru kepada mereka untuk
menembak kita sendiri.
Dr. Mahathir selalu menyebut Melayu mudah lupa. Rupa-rupanya
Mahathir pun mudah lupa. Mahathir lupa dengan sejarah.
Sejarah menunjukkan UMNO berjaya menawan Kelantan pada tahun
1978 kerana ahli-ahli UMNO bersatu. Bila UMNO berpecah kepada
kem Mahathir dan kem Tengku Razaleigh Hamzah, maka UMNO
kehilangan Kelantan pada pilihanraya umum 1990. Pada pilihanraya
itu, Ku Li mengepalai Semangat 46 yang bergabung dengan PAS yang
akhirnya PAS bertapak semula di Kelantan.
9 tahun kemudian, pada pilihanraya umum 1999, UMNo berpecah lagi
bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Kali ini
bukan sahaja PAS dapat mengekalkan Kelantan malah dapat
menawan Terengganu. Justru itu perpecahan dalam UMNO
menguntungkan Pas. Kini PAS sudah lumpuh dalam pilihanraya
umum 2004 tetapi ia seolah-olah mendapat nafas baru bila melihat
Dr. Mahathir mengkritik Pak Lah secara terbuka. Sudah tentu
kritikan Mahathir kepada Pak Lah amat besar kesannya
kerana sudah 22 tahun Mahathir berakarumbi dalam UMNO. Sedikit
sebanyak pengaruhnya dalam UMNO masih kuat. Malah dalam
cabinet pun ramai orang Mahathir seperti Zam, Aziz
Shamsuddin, Ku Nan, Rafidah, Nazri dan sebagainya.
Oleh itu pada pilihanraya umum akan datang, mungkin pada tahun
2008, jangan salahkan Pak Lah jika UMNO kehilangan
beberapa negeri lagi selain dari Kelantan. Ini adalah kerana
serangan Mahathir kepada Pak Lah yang beri kekuatan pada
pembangkang untuk meraih kerusi. Agaknya sudah menjadi
suratan, setiap 9 tahun UMNO kalah dalam pilihanraya. Pada tahun
1990, ia hilang kelantan. Pada tahun 1999, ia hilang
Terengganu di samping mengekalkan Kelantan.
Agaknya, pada tahun 2008, Kelantan kekal lagi dan mungkin Kedah
akan ditawan PAS. Teori UMNO kalah 9 tahun sekali,
1990-1999-2008 mungkin menjadi kebenaran jika Dr Mahathir
berterusan mengkritik kerajaan pimpinan Pak Lah.
Pak Lah baru 2 tahun lebih menerajui negara. Berilah peluang
kepada Pak Lah menjayakan agendanya untuk bangsa. Cukuplah
Dr Mahathir mengkritiknya. Saluran masih ada. Jumpalah Pak
Lah secara peribadi. Janganlah buat road show kerana ia memberi
ruang kepada parti pembangkang mencari kelemahan UMNO.
Oleh itu berhentilah mengkritik secara terbuka.
Berundinglah secara baik. Kalau tak puas hati juga, masuklah
gelanggang politik semula. Atau mungkin Dr Mahathir mahu
bertanding kerusi Presiden UMNO semula pada tahun 2008. Kalau
itu kehendaknya, ahli UMNO tidak boleh menyekat kerana
sesiapa sahaja bebas bertanding jawatan Presiden UMNO. Dan
anaknya Mukhriz boleh tanding Ketua Pemuda lawan Khairy
Jamaluddin. Pemuda UMNO kini pecah dua kerana ada yang
berkiblatkan Hishamudin dan ada yang berkiblatkan Mukhriz.
Dalam suasana krisis seperti ini, Pak Lah hendaklah kenalpasti
siapa kawan dan siapa musuhnya. Orang yang berani seperti
Tajol Rosli yang sanggup sink and swim with Pak Lah wajar
dipuji. Tidak ramai yang berani buat kenyataan terbuka seperti
Tajol Rosli yang banyak terhutang budi kepada Mahathir
tetapi oleh kerana sekarang bossnya adalah Pak Lah maka Pak
Lahlah yang dpatuhinya.
-kiriman
MOHD ZABIDI HAJI SAIDI
E mail:zabby5257@yahoo.com.my
|