|
From: BPPNS <pasn9@yahoo.com>
editor1@umno-reform.com
Subject: Rayuan MASJID DARURAT Cegah Gerakan MURTAD !!!
Date: Mon 07/31/06 02:20 AM
Assalamualaikum,
Gempabumi di Jogjakarta pada 27 Mei 2006 telah memusnahkan 880 surau
dan masjid. Umat Islam di Jogjakarta ketika ini menghadapi masalah
untuk menunaikan solat secara berjamaah apatah lagi bulan Ramadan,
Syawal seterusnya Zulhijjah.
Yayasan Pembangunan Ummah dengan kerjasama Lembaga Da'wah Al-Qolam
Indonesia telah mengambil inisiatif untuk mendirikan "MASJID DARURAT"
yang dijangka boleh bertahan selama lima tahun untuk membolehkan
umat Islam beribadah sementara menunggu masjid kekal yang dijangka
memakan masa yang amat lama untuk dibina semula.
Pada 12 Julai 2006, Yayasan Pembangunan Ummah menerusi Pengerusinya,
Tuan Haji Mohd Anuar Tahir telah menyerahkan bantuan yang telah
disumbangkan oleh rakan-rakan yang prihatin untuk mendirikan
sebanyak dua buah "Masjid Darurat" di bekas-bekas tapak masjid yang
runtuh di Jogja.
Semasa lawatan ini kami dapati mubaligh-mubaligh Kristian juga
berhempas-pulas untuk mendirikan rumah ibadat mereka di kawasan yang
padat penduduknya dengan umat Islam. Malahan disebuah perkampungan,
kami dimaklumkan bahawa 493 dari 500 keluarga Muslim telah bersetuju
untuk menerima tawaran untuk didirikan rumah-rumah mereka semula
yang telah runtuh akibat gempabumi dengan syarat mereka menerima
ajaran Nasrani.
Kami juga telah melihat sendiri satu program yang dijalankan oleh
YAKKUM (Christian Foundation for Public Heath) disebuah perkampungan
di Jogja. Ketika azan Maghrib berkumandang, khemah YAKKUM tersebut
dipenuhi oleh kanak-kanak Islam yang cukup terhibur dengan program
tersebut. Didalam program yang dipimpin oleh mubaligh Kristian ini,
kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini disogokkan dengan pelbagai
dakyah Kristian menerusi permainan, program dan aktiviti yang
menarik serta diberikan gula-gula dan makanan. Kedengaran
sekali-sekala kanak-kanak tersebut bersama-sama dengan mubaligh
Kristian tersebut menjeritkan "Halelujah!!!....". Untuk keterangan
lanjut mengenai YAKKUM, sila lawat
http://www.yakkum.or.id/
Diatas kesedaran ini, Yayasan Pembangunan Ummah bertekad untuk
menambah pembinaan "Masjid Darurat" dan sumbangan umat Islam di
Malaysia amat diperlukan. Yayasan Pembangunan Ummah juga berhasrat
untuk menjalin kerjasama dengan Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII)
untuk menempatkan ahli-ahli muda mereka disegala pelosok Jogja untuk
membanteras
usaha-usaha mubaligh Kristian yang mengambil kesempatan diatas
kesusahan umat Islam di Jogja ketika ini.
Didalam temubual kami dengan ibu-ibu diperkampungan tersebut, mereka
mengatakan bahawa tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan atas
usaha-usaha YAKKUM kerana rata-rata mereka masih lagi dalam trauma
dan kebuntuan kerana rumah-rumah mereka telah hancur musnah sekali
dan tambahan pula kanak-kanak tersebut mendapat makanan dan terhibur
semasa program Halelujah mereka.
Yayasan Pembangunan Ummah amat mengharapkan kerjasama tuan-tuan dan
puan-puan selaku pimpinan didalam masyarakat untuk sama-sama
menggunakan rangkaian masing-masing untuk mendapatkan dana untuk
tujuan tersebut. Segala sumbangan boleh diberikan terus kepada pihak
kami atau menerusi akaun berikut:
Yayasan Pembangunan Ummah
No. Akaun: 1204 7010 0200 20
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad, Petaling Jaya
Tuan-tuan dan puan-puan juga diharapkan dapat menyumbangkan
pemikiran dan idea untuk bagaimana menghadapi permasalahan umat
Islam di Jogja dan dalam masa yang sama umat Islam di Malaysia wajar
disedarkan betapa seriusnya implikasi undang-undang atas dokongan
segolongan kumpulan liberal atau pemerintah yang berfikiran dangkal
yang mungkin memberi ruang kepada pihak bukan Islam menyebarkan
dakyah agama mereka dinegara ini diatas prinsip kononnya kebebasan
beragama.
Di Jogjakarta, kita menyaksikan kesusahan dan kemiskinan di
eksploitasi untuk pengembangan agama mereka di kalangan umat Islam
yang tertekan.
Umat Islam Jogja mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan
sumbangan anda.
Mohamad Rafie Ab Malek
Ahli Majlis Pengurusan
Yayasan Pembangunan Ummah
rafiens@yahoo.com
|