|
formmail.to: umnoreform
From_Email: wirawati_7@yahoo.com
From_Name: Badrul Hisham
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: kenyataan Shamsul Iskandar Dibantah
Timbalan ketua AMK Shamsul telah mengeluarkan kenyataan menyeru
golongan yang menentang kumpulan artikle 11 menghentikan
tentangan mereka. Beliau bercakap di atas dasar kebebasan
bersuara.
Shamsul bertaubatlah. Jangan lupa bukan kamu sahaja yang hendak
bercakap soal hak asasi. Penentang kumpulan Artikle 11
juga bercakap soal hak asasi. Tahukah Shamsul, Kumpulan
A11 ini membuat forum untuk mempersoalkan hak-hak orang
Islam. Tahukah Shamsul kumpulan ini mempertikaikan Islam
yang menghalang penganutnya daripada murtad. tahukah
Shamsul kumpulan ini telah mencampuri hal agama orang Islam.
Adakah Shamsul lupa kumpulan ini juga dalam masa yang sama
mereka bercakap soal hak asasi, mengapa dalam masa yang
sama mereka mencampuri urusan agama orang lain. sedangkan
ini hak asasi orang Islam. Mengapa kumpulan ini bertindak
mempersoalkan apa yang telah ditetapkan dalam Islam. Ini
urusan orang islam. Mereka sudah melanggar hak asasi apabila
berkempen untuk mencampuri urusan agamna Islam yang telah
ditetapkan.
Adakah semata-mata kerana hendakkan sokongan Shamsul sanggup
untuk menyokong golongan ini yang hendak memurtadkan orang
Islam di negara ini. Ingat kamu akan ketinggalan Shamsul.
Golongan Islam tidak akan mati kerana mereka akan
dipelihara Tuhan. Tapi siapa yang hendak pelihara kamu,
kerana kamu bercakap di atas dasar hak asasi semata-mata tanpa
disandarkan dengan ubudiah kepada Allah. Tanpa disandarkan
kepada panduan Islam iaitu al Quran.
Saya sangat yakin, jika Shamsul terus begini, dia akan mati.
Perjuangan kamu tidak ke mana.
|