BALIK KE MUKA UTAMA


J/K Khas Pekerja Ditindas MWTISB,
MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD,
Kawasan Perindustrian Gerik,
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
email : angkatanmahasiswamelayunasional@yahoo.com.my

­­
Pengarah
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak,
No2A3, 2A4 & 2C1, Tingkat 2,
Block A, Bangunan Gunasama Persekutuan,
30430 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 19 JUN 2006

Tuan,

ADUAN PENCABULAN HAK ASASI PEKERJA DAN PERLANGGARAN AKTA KERJA 1955 OLEH SYARIKAT MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD, GERIK DAN GANGGUAN SEKSUAL/GEJALA SOSIAL MEMBABITKAN PEKERJA ASING.

Berhubung perkara di atas, saya mewakili kelompok pekerja tertindas memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan keras diatas kezaliman dan perlanggaran hak-hak pekerja yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan MAJU WEKO TIMBER INDUSRIES SDN BHD, KAWASAN PERINDUSTRIAN GERIK, 33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN. Pihak kami telahpun berbincang dengan pihak pengurusan tetapi jawapan yang kami terima amatlah mengecewakan. Kami terpaksa memohon kerjasama pihak tuan untuk membantu kami.

2. Berikut kami senaraikan kezaliman dan perlanggaran hak-hak sekerja yang dilakukan oleh pihak pengurusan MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD :

a) Tidak membenarkan pekerja yang beragama Islam bersembahyang.

Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan :
Mereka menyatakan ini akan menyebabkan proses pengeluaran terganggu.

Alasan yang kami berikan:
Alasan ini amat tidak munasabah ini adalah kerana terdapat ramai pekerja dalam syarikat ini. Dengan ini pekerja-pekerja boleh secara bergilir-gilir menunaikan sembahyang. Kami percaya isu proses pengeluaran terganggu adalah alasan yang langsung tidak boleh diterima.Ini menafikan hak pekerja-pekerja tempatan yang majoritinya beragama Islam. Perkara yang amat dikesalkan dimana pihak pengurusan ‘menyediakan’ surau tetapi tidak membenarkan ia digunakan mengikut waktu yang ditetapkan syarak.

Kesan kepada kami :
Terdapat pekerja-pekerja yang merungut dan membantah, mereka dikenakan surat amaran dan ugutan pemecatan. Ini adalah satu perkara yang amat mengecewakan.


B) KES GANGGUAN SEKSUAL YANG MELAMPAU OLEH PEKERJA ASING

Isu yang timbul
Majikan membiarkan percampuran bebas antara pekerja lelaki Myanmar dan Nepal dengan pekerja-pekerja tempatan wanita melayu/india. Sehinggakan berlakunya kes-kes gangguan seksual yang melampau.

Alasan yang kami berikan:
Pengawal keselamatan dan pihak pengurusan didapati tidak amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.

Kesan kepada kami:
Kebanyakkan pekerja wanita mengalami trauma, tekanan dan gangguan berikutan gangguan yang dilakukan oleh pekerja asing yang amat melampau. Walaubagaimanapun berikutan rasa takut, kebanyakkan pekerja wanita memendamkan dan menutup kes ini. Ini menyebabkan kes-kes dan kejadian gangguan seksual ini semakin melampau-lampau lebih-lebih lagi melibatkan pekerja asing. Terdapat juga aduan dimana pekerja asing seringkali mengganggu, menggoda dan mengusik dengan cara keterlaluan terhadap pekerja wanita tempatan melayu/india.

C) KES MAKSIAT MELAMPAU OLEH PEKERJA ASING DAN WANITA TEMPATAN

Isu yang timbul
Majikan tidak mengambil tindakan sedangkan masalah ini amat kritikal. Sebagai bukti pihak tuan boleh datang sendiri ke kawasan kilang. Pada waktu rehat 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Tempat-tempat yang sering dijadikan tempat bercengkarama ialah di kantin, kawasan kilang, belakang kayu dan sebagainya. Pada waktu ini berbagai-bagai gelagat pekerja wanita melayu/india tempatan bersama pekerja asing, berpegangan tangan dan bermacam-macam perilaku tidak senonoh yang dilakukan.

Alasan yang kami berikan
Pengawal keselamatan juga turut terlibat dalam gejala ini secara langsung/tidak langsung ini amat menyukarkan keadaan dan proses pencegahan.

Kesan kepada kami
Kes-kes ini kebiasaan dan akhirnya menyebabkan bermulanya kes-kes hubungan sulit sesama mereka (termasuk kes curang atau kayu tiga, dimana pekerja wanita menjalinkan hubungan sulit/seks bersama warga asing). Ini menyebabkan pekerja-pekerja yang sedar dan insaf berasa jijik dan kotor melihat gelagat yang tidak senonoh yang dilakukan oleh mereka.

Ini juga menyebabkan kes-kes ini menjadi tradisi dan semakin diwarisi oleh pekerja-pekerja baru terutamanya pekerja wanita tempatan. Perkara yang lebih menyedihkan ia juga melibatkan wanita tempatan melayu/India yang telahpun berkahwin dan terdapat juga yang terdiri dari golongan wanita yang menjangkau usia 50-an.


D) KES MAJIKAN MENGUNCI TANDAS KETIKA WAKTU BEKERJA

Isu yang timbul
Majikan bertindak tidak wajar dimana, bertindak mengunci tandas ketika sesi bekerja. Tandas hanya dibuka pada jam 9.00pagi hingga 10.30pagi, 12.00tengahari hingga 1.00petang dan 3.00petang hingga 4petang. Selepas jam 4petang tandas dikunci sehingga malam. Sedangkan shif bermula 7.30pagi hingga 9.00malam.

Alasan yang kami berikan.
Dengan penguatkuasaan waktu khas untuk ke tandas gejala ponteng semakin menjadi-jadi, dimana dalam satu waktu penuh orang akan mengerumuni tandas dan terpaksa beratur panjang. Tindakan ini bukan sahaja zalim tapi amat bodoh, ia cuma akan menjejaskan produktiviti pengeluaran syarikat disamping menurunkan prestasi pekerja.

Kesan kepada kami:
Seandainya kami datang kerja tepat jam 7.00pagi, dan pada waktu yang sama kami terasa ingin membuang air, kami terpaksa tunggu sehingga jam 9.00pagi. Cuba bayangkan 2jam kami semua terpaksa menahan air kecil ataupun air besar? Ada diantara kami yang terpaksa melepaskan hajat kami dibelakang kayu dan belakang bangunan termasuklah pekerja wanita melayu/India. Ini juga amat menyulitkan keadaan pekerja wanita terutamanya ketika mereka uzur. Pihak kami telah mengadu kepada pihak pengurusan tetapi mereka mengugut untuk memecat dan memberi amaran keras.

3. Semoga pihak Tuan atau Tuan sendiri atau wakil turut sama turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kami juga harapkan pihak tuan mengadakan tinjauan atau lawatan mengejut setiap bulan atau setiap minggu atau lebihkerap (dalam waktu 12.00tengahari hingga 1petang/waktu rehat) ke kilang kami. Ini bagi mendapatkan bukti kukuh tentang wujudnya gejala ini(maksiat). Kami juga mencadangkan pihak Tuan mengadakan siasatan tanpa melibatkan pihak pengurusan ini kerana pihak pengurusan sentiasa menafikan kebenaran semua kes-kes ini, sebaliknya kami mencadangkan siasatan terhadap pekerja bawahan dan kami sentiasa beri kerjasama sepenuhnya.

4. Akhir kata dari kami, kami mohon pihak tuan dapat menggunakan kebijaksanaan dan kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kezaliman dan kepincangan yang dilakukan oleh syarikat ini demi untuk menyelamatkan dan membantu pekerja-pekerja yang tertindas. Kerjasama pihak tuan amatlah kami alu-alukan dan kami ucapkan jutaan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Yang memegang dan menjalankan amanah pekerja


(MUHAMMAD FARREL NURALAM)
Wakil Setiausaha Eksekutif,
J/K Khas Pekerja Ditindas MWTISB


ANGKATAN MAHASISWA MELAYU NASIONAL
memperkasa idealisma

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762