BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: astro@gmail.com

From_Name: wartawan LR

Subjek: Request for Proposal

Pesanan:


USAH KELIRU DAN UTAMAKAN KRITIKAN MAHATHIR
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Krisis bekas PM Mahathir Mohammad yang kini semakin mengkritik  pentadbiran Abdullah Badawi kini nampaknya makin hangat di muka akhbar  Harakah daily dan laman-laman web pro pembangkang. Sungguh pun kritikan  itu boleh dikatakan menampakkan kelemahan kerajaan di bawah pentadbiran  Abdullah, namun kesempatan ini diambil alih oleh partiparti pembangkang  sebagai isu utama. Keadaan ini tidaklah menghairankan kerana parti-parti  pembangkang masih lagi berehat sebelum bermulanya kempen pilihan raya.

Suatu ketika dahulu, di ketika Anwar dipenjarakan, serangan bertali  arus yang dilakukan oleh barisan keADILan menampakkan satu semangat yang  cukup kuat, begitu juga parti PAS. Namun ketika itu isu-isu yang dikemukakan oleh Ezam dan Azmin menggoncang kredibiliti Mahathir sendiri  sebagai Perdana Menteri. Tidak hairanlah kerana ketika itu Angkatan Pemuda Keadilan memang berbisa. Tetapi tidak kini. Parti itu kini sudah  semakin menampakkan kelemahannya. Hatta belum tentu untuk mengekalkan  Parlimen Permatang Pauh sekali pun kecuali Anwar bertanding.

PARTI KEADILAN MAKIN DIAM

Selepas pembebasan Anwar, kini parti keADILan makin menyepi, walau  dilihat betapa banyak isu-isu yang perlu di jelaskan, kini Mahathir  menjadi ketua pembangkang, Sejak pembebasan Anwar, isu yang melibatkan  menantu Abdullah tentang kontrak pembuatan serombong nuklear, isu ICM  Libra, isu tender 1.2 billion antara projek perbekalan air Sarawak yang  dimonopoli oleh Khairy dan Rozabil, malah isu yang melibat khazanah, SINGTEL dan juga penjualan saham Felda Berhad kepada Singapura, parti  keADILan nampaknya mendiamkan diri. Ezam dan Azmin tidak segarang dulu,  Barisan pemuda juga tidak menampakkan kelantangan kecuali suara-suara  Cikgu Badrul Hisham Timbalan Ketua Penerangan  yang bising dan terus ke depan, sumpah keramat pemuda keadilan  semakin menyepi.

ANWAR AKAN AJAR MAHATHIR

Abdullah menyepi. Sebenarnya Abdullah menggunakan kes saman malu Anwar  dan juga kes liwat yang melibatkan Sukma sebagai satu senjata terakhir  yang akan memakan diri Mahathir. Buat masa sekarang Mahathir nampaknya  lantang menghentam Abdullah. Manakala Ezam bergerak dengan kes Hakim  Syed Mohd Idid bagi menentukan kes rasuah hakin-hakim mahkamah tinggi  terus berjalan.

Kes liwat Sukma & Anwar yang akan didengar pada 6 November dengan  memanggil seramai 26 saksi termasuklah Mahathir dilihat sebagai satu  senjata yang paling besar akan digunakan Abdullah bagi mengenakan  Mahathir dan kuncu-kuncunya. Maka kerana itulah Mahathir mula mencari  tapak di kalangan pentas pembangkang bagi menghentam Abdullah.

Sepatutnya pihak Barisan Alternatif melihat ini sebagai satu isu besar  dan mengadakan road show bagi menerangkan keadaan ini. Namun kita tidak  nampak isu ini dimonopoli oleh pihak pembangkang. Malah kesempatan ini  digunakan oleh pihak-pihak pembangkang dengan menjemput Mahathir.

Di manakah letaknya kredibiliti pembangkang. Kalau dahulu menghentam  Mahathir, kini menjemput Mahathir. Salah dari segi moralnya ialah  meletakkan Mahathir sebagai pengkritik di barisan hadapan berbanding  parti parti pembangkang sendiri. Azmin Ali pernah menyuarakan pandangan  yang menyatakan bahawa jangan melihat Mahathir sebagai wira. Namun  seolah-olah Mahathirlah wira masa kini bagi menghentam Abdullah. Apakah  pembangkang juga kekurangan isu sehinggakan menggunakan Mahathir sebagai  barisan hadapan menghentam pentadbiran Abdullah. Sepatutnya isu Mahathir  ini boleh dilupakan sekiranya pembangkang sendiri yang menggunakan  kelemahan pentadbiran Abdullah untuk mengkritik. Mahathir harus  disenyapkan dari arena politik.

Mahathir terlalu banyak merugikan bangsa Melayu sendiri. Mahathir  terlalu banyak dosanya kepada orang Melayu dan parti-parti pembangkang.  Kejamnya Mahathir sehingga digelar Mahafiraun. Kejamnya Mahathir  sehingga digelar Mahazalim. Mungkin website Mahazalim berkubur, namun  kekejaman Mahathir tetap diingati. Takkan pembangkang sendiri tidak  merasainya suatu ketika dahulu. Setiap kali perhimpunan agung UMNO, PAS  dan Anwar tidak lekang dari mulut mahazalim tua itu menghentam. Kini  beliau menghentam Abdullah dan pembangkang menggunakan isu yang  dibangkitkan oleh Mahathir mengkritik Abdullah. Bukankah semua itu di  bawah pentadbiran Mahathir dahulu. Kenapa Mahathir tidak menggunakan  kuasanya menyekat Rafidah? Kenapa pembelian MV Agusta tidak disiasat?  Berapa banyak pula kerugian PERWAJA. Wang Petronas yang digunakan untuk  membantu anak Mahathir sendiri.

Mahathir harus ditutup mulutnya agar berhenti dari bersuara dari arena  politik. Tugas mengkritik pentadbiran Abdullah harus dilakukan oleh  parti pembangkang. Betul pembangkang mendapat manfaat besar, tapi  bagaimana pula dengan kredibiliti parti-parti reformasi dan PAS, DAP  terhadap isu ini. Sepatutnya isu ini disuarakan oleh parti-parti ini.  Namun Mahathir yang mendapat tempat utama sebagai pengkritik dan ketua  pembangkang.

Ada beberapa penceramah yang mengulas isu ini sebagai satu isu yang  tidak melibatkan nama Mahathir misalnya Saifuddin, Mohd Sabu, mana Ezam,  dan Azmin dan Exco Pemuda Keadilan lain? Sumpah keramat sudah disemat,  tapi hilang tanpa adanya azimat, keramat hilang semangat hilang, yang  tinggal menunggu peluang. Biarkan Mahathir. Anwar harus memainkan  peranan, kes yang akan disebut semula adalah satu isu yang besar.  Mahathir dan sesiapa yang bersekongkol dengannya akan merasainya. Jadi  biarkan Mahathir.Biarkan kaki ampunya menghentamnya sebagaimana Anwar  kena dahulu. Biarkan kerana itu adalah tradisi UMNO.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 29.06.2006

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762