|
formmail.to: umnoreform
From_Email: wartawan LR
From_Name: asto@gmail.com
Subjek: Comment
Pesanan: PAS harus minta maaf dr Mahathir dulu, sebelum
bersama.
Kuala Lumpur - Kesediaan Pas yang sanggup untuk memaafkan mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad kononnya atas
salah laku beliau sebelum ini membuktikan parti itu
sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempertaruhkan
maruah demi survival parti.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman
Dahlan berkata kenyataan Pas itu jelas membuktikan parti
itu sememangnya cuba mengambil kesempatan menangguk di air
keruh.
Tegas beliau dalam hal ini bukannya Pas sedia memaafkan Tun Dr
Mahathir sebaliknya Pas sepatutnya memohon Pas atas segala
tindakan yang telah dilakukan terhadap bekas Perdana
Menteri itu sebelum ini.
"Apa tindakan atau serangan yang tidak dilakukan Pas terhadap Dr
Mahathir sebelum ini. Mereka bukan sahaja memfitnah malah
mencaci, menghina dan memberikan gelaran-gelaran buruk
kepada Dr Mahathir seperti Mahazalim, Mahafiraun dan
sebagainya.
"Apakah Pas sudah lupa dengan perbuatan yang telah mereka
lakukan selama ini. Jelas dalam keadaan sekarang mereka
cuba mencuri kesempatan dan sememangnya inilah wajah
politik Pas yang sentiasa berpegang kepada prinsip
matlamat menghalalkan cara", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas
kesediaan pucuk pimpinan Pas untuk memaafkan Dr Mahathir
kononnya atas salah laku beliau sebelum ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai
berkata, bahawa Dr Mahathir banyak melakukan kesalahan
terutamanya terhadap parti-parti pembangkang dalam tempoh
lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai wayang politik
terbaru Pas, Rahman yang juga Ketua Pemuda Tuaran
seterusnya menegaskan isu yang melibatkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah dan Dr Mahathir ketika ini lebih
bersifat salah faham dalam keluarga.
"Kita yakin percubaan Pas untuk menangguk keuntungan politik
akan menjadi sia-sia.
"Malah tindak-tanduk Pas ini akan menjadi bukti kepada rakyat
bahawa parti ini sememangnya tidak mempunyai prinsip dan
sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik mereka
yang ketika ini jelas ditolak rakyat", ujarnya
|