|
formmail.to: umnoreform
From_Email: voren50mgtab@yahoo.co.uk
From_Name: mddesa
Subjek: Comment
Pesanan: Sebagai rakyat Malaysia saya lihat akan meruncingnya
situasi politik pada kebelakangan ini khususnya melibatkan
UMNO.Apa yang ingin saya luahkan disini akan perasaan
kecewa saya yg amat sangat terhadap semua ahli politik
khususnya dari UMNO yg bagi saya mereka bukanlah
memperjuangkan kepentingan rakyat.
Apa yg penting bagi mereka adalah kuasa dan mereka akan
melakukan apa sahaja utk mendapatkan kuasa.Kepada semua
peminat laman web umno-reform bayangkanlah apa yang akan berlaku
jika golongan sebegini berkuasa.(Orang-orang bukan islam memang
gembira melihat kita sesama islam bercakaran).
Saya hairan tidak adakah perasaan keinsafan di dalam hati
mereka? Mereka mesti ingat bahawa mereka diamanahkan untuk
menjaga negara oleh rakyat tetapi beginikah balasan yang
diberikan oleh mereka? Mereka haruslah sedar yg setiap amanah yg
mereka tanggung akan dipersoalkan ALLAH di Padang Mahsyar kelak
.Kepada pelayar laman web umno-reform marilah berdoa
kepada ALLAH agar kita dan generasi kita dalam
peliharanNYA. Kepada ALLAH kita berserah.
|