BALIK KE MUKA UTAMA

formmail.to: umnoreform

From_Email: vijaydigi@yahoo.com

From_Name: K.S.VIJAYAKUMAR

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Kehadapan saudara yang membalas, terima kasih saya ucapkan diatas pendapat-pendapat yang saudara suarakan. Maafkan saya kalau saya agak keterlaluan tetapi hakikatnya, kenyataan akan tetap menjadi kenyataan. Saya sebenarnya tidak mahu dan tidak suka untuk membidas hal-hal atau isu-isu perkauman kerana nanti ia tidak akan ada penghujungnya.

Dakwaan saya memang benar kerana apa yang saya pertikaikan adalah sikap serta kata-kata saudara Johan Ibrahim dan saudara Shamsul yang agak keterlaluan dan tidak munasabah sama sekali di dalam artikel masing-masing yang dihantar kepada Tuan Editor www.umno-reform.com.

Perlukah seseorang itu harus menggunakan perkataan seperti 'Kumpulan Hindu' dan 'Bangsa Paria' untuk mendefinasikan Kaum India di dalam artikel sesebuah website yang dikenali serta disegani seperti www.umno-reform.com ? Salah atau tidak ?

Dakwaan saudara yang mengatakan bahawa kejadian bunuh diri tidak akan berlaku kalau ada pegangan agama yang kuat. Ya, memang benar dan saya tidak menafikan apa yang benar tapi perkara sebegitu rasanya tidak ada kaitan dengan apa yang kita pertikaikan sekarang. Kenapa seharusnya setiap kali perbahasan ini ada saja tajuk baru yang timbul?

Penyataan saudara, 'Dengan kekerapan beribadat, maka tidak perlu dipertikaikan berapa banyak dibina dan dimana tempatnya'. Jadi dengan secara tidak langsung, saudara telah bersependapat dengan saya, tidak hairanlah kalau masyarakat India membina kuil di pokok atau busut. Terima Kasih.

Memang benar masjid adalah tempat beribadat bagi orang Islam tapi saudara, kalau benarlah perkerja dan kakitangan hospital lebih penting daripada pesakit yang terlantar di hospital, saya mengaku kalah sajalah saudara. No comments about it anymore.

Saya juga tidak menafikan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan saya juga tidak menafikan majoriti penduduknya juga beragama Islam tapi apa yang saya cuba katakan adalah, sebagai seorang warganegara Malaysia yang beragama Hindu yang telah diajar, diasuh dan dibimbing dari kecil untuk bagaimana menjadi seorang 'Anak Malaysia' tidak dapat menerima serta berdiam diri melihat perkara-perkara yang tercetus sebegini.
 
Kenapa seharusnya sekarang wujud pelbagai rintangan, pelbagai persimpangan, pelbagai pertelingkahan diantara kita semua sedangkan dari tanah yang sama-sama tumpah darahnya. Walaupun saya berada diluar negara, saya tidak dikenali sebagai orang Hindu tapi sebagai orang Hindu Malaysia. Saya amat berbangga kerana seperti di tempat kerja saya (Haiti), hanya saya seorang dari Malaysia dan dihormati ramai kerana sikap serta pendirian saya sebagai anak watan Malaysia.

Bagi saya saudara, tidak ada perbezaan yang ketara sama sekali diantara saudara dan saya. Masing-masing adalah insan yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan akal fikiran yang sama untuk menjalankan kewajipan terhadap agama, bangsa dan negara. Justeru itu, cubalah kita masing-masing berfikir seperti 'Anak Malaysia' sambil meredakan api yang membara disebabkan oleh artikel-artikel  seumpama ini. Jadikanlah ia sebagai satu teladan supaya tidak akan berlaku lagi.

Terima Kasih.


 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762