|
LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG DAN
DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM
USFTA-MALAYSIA BAKAL MEMBINCANGKAN STRATEGI
INDUSTRI ASAS TANI ?
(Berasaskan pendapat yang dipanjangkan dari forum
Prowaris :
http://groups. yahoo.com/group/prowaris/ )
Apakah pegawai-pegawai MITI dan Wisma Putra yang
dipertanggungjawabkan untuk merundingkan FTA dengan
para wakil Amerika Syarikat (AS) sudah lupa akan
dosa AS melepaskan stok penimbal minyak kelapa sawit
dan kempen anti-kelapa sawit terhadap Malaysia tidak
berapa lama dulu? Sudah lupakah kita bahawa senario
tersebut telah memberikan tekanan dahsyat sehingga
menjejaskan eksport komoditi Malaysia yang sangat
penting itu, mejejaskan secara langsung pendapatan
kaum pekebun kecil, peneroka mahupun para perkerja
syarikat-syarikat perladangan Malaysia.
Adakah sekarang Malaysia sudah bersedia mengampunkan
dosa ini dan mempercayai akan keikhlasan AS untuk "bersaing
secara terbuka", memandangkan juga yang mereka
merupakan ekonomi yang paling besar dan antara
terkuat di dunia?
Bagaimana agenda usahawan Malaysia, yang masih belum
berjaya dibangunkan lagi oleh pelbagai agensi.
Adakah usaha membantu akan dihentikan, kerana
alasan-alasan remeh temeh yang lain pula? Bukankah
sebenarnya USFTA akan mengikat kerajaan dari terus
membantu usahawan tersebut bersaing dengan usahawan
AS kelak? Bukankah usahawan Melayu kelak
dipinggirkan seolah-olah nelayan akan mengharungi
Tsunami USFTA dengan berbekalkan sampan yang kecil
sahaja.
Bagaimana dengan aspirasi Tun Dr Mahathir untuk
bangunkan industri pertanian negara yang kini
dipanjangkan oleh Pak Lah termasuk perancangan
strategik untuk industri tersebut dimajukan.
Untuk menjayakan cita-cita ini, negara perlu
memperkukuhkan asas-asas utama kejayaannya iaitu:
1. Logistik
2. Pemasaran diperingkat global
3. Pengetahuan mengendalikan bahan mudah rosak
(perishable goods)
Dengan diberikan usaha integrasi logistik, seperti
landasan berkembar utara-selatan, hub kargo Senai
dan PTP, kepada suatu kumpulan perniagaan tempatan
yang telah membuktikan keupayaannya, keseluruhan
sistem logistik berintegrasi mungkin berjaya
diujudkan dan pengangkutan bahan-bahan pertanian
yang lancar kelak membolehkan industri asas-tani
dibangunkan.
Tetapi sekarang landasan berkembar sudah dibatalkan.
Adakah dengan perjanjian USFTA ini akan kekal atau
binasa keupayaan kerajaan Malaysia:
1. Untuk memberi kontrak pemulihan atau pembinaan
infrastruktur bertujuan memantapkan ekonomi negara
kepada syarikat tempatan yang lebih setia kepada
agenda negara dari syarikat AS yang mungkin lebih
murah, tetapi jelas akan lebih setia kepada agenda
AS?
2. Untuk membangunkan infrastruktur dengan ciri-ciri
yang khusus dibangunkan dengan niat memajukan
kawasan pendalaman dan industri-industri asas negara?
USFTA akan memberi jalan cara supaya infrastruktur
dibangunkan lebih untuk kepentingan perniagaan AS.
3. Untuk membangunkan usahawan sama sekali secara
langsung sepertimana sekarang, menerusi pelbagai
agensi? Atau adakah USFTA akan memaksa kerajaan
memberi hak pembangunan usahawan yang sama kepada
usahawan-usahawan dari AS!
Ini adalah persoalan-persoalan penting yang perlu
ditimbang oleh wakil-wakil Malaysia dalam
perundingan USFTA ini. Kiranya jelas ini
diketengahkan sebagai isu, nescaya perjanjian USFTA
ini akan mampir kearah kegagalan dengan dipincangkan
sedikit agenda tersirat AS untuk mendominasi ekonomi
negara.
LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS.ORG DAN DAFTARLAH DENGAN
PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM
|