BALIK KE MUKA UTAMA

Khairy tidak akan memohon maaf - ulusan berita oleh umno-reform.com editor1

 

Khairy Jamaluddin dalam kenyataan media TV 3 hari ini mengatakan bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas perjuangan bangsa Melayu. Sebenarnya isu utama yang penting untuk UMNO teliti adalah  - kebenaran kenyataan Khairy Jamaluddin. Ini adalah realiti yang ada. Kita perlu sedar bahawa ini bukan perkara baru. Kalau pun MCA berkali - kali menyatakan sokongan terhadap UMNO tetapi ini refleksi berbeza wujud dalam masyarakat Cina khususnya NGO - NGO mereka.

Tindakan Khairy menyelar sesetengah kumpulan masyarakat Cina mengenai sikap opurtunis mereka adalah benar dan tepat. Oleh itu Melayu seharusnya sedar bahawa perpecahan kita akan mengundang berbagai tuntutan khususnya menjelang pilihan raya.  Namun bagi Hishammuddin pula isu ini isu kecil - " Berita Harian 27hb Ogos 2006, Apa yang diperkatakan oleh Khairy sebenarnya bukan perkara besar melainkan ada pihak - pihak tertentu sengaja mahu melihat ia menjadi sensasi" . Kenyataan daif Datuk Hishammuddin sebenarnya melambangkan betapa tidak pekanya beliau pada senario yang ada hari ini. Tidak ada sesiapa yang sebenarnya mahu mensensasikan isu ini. Isu tersebut adalah isu serius yang perlu ditangani oleh UMNO. Namun untuk mengharapkan kepimpinan seperti Hishammuddin meneliti perkara ini, khususnya perkara  - perkara demi kepentingan Melayu adalah seperti jauh panggang dari api.

Hisham perlu sedar sebenarnya isu ini bukan isu yang dibawa oleh Khairy semata - mata. Kepimpinan lain dalam UMNO turut pernah menyentuh perkara ini dan ini sesuatu yang perlu diambil serius. Perkara ini bukan sesuatu yang perlu disapu dibawah tikar dan berpura - pura ianya tidak wujud. Ianya wujud seperti kewujudan Hisham sebagai pemimpin. Perkara membantah tuntutan dan gesaan masyarakat Cina ini pernah berlaku sewaktu Dato Aziz Sheikh Fadzil menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Ini turut menunjukkan perkara ini sudah wujud dan dibantah pada tahun 1998 lagi.

Dalam persoalan ini UR bersetuju dengan tindakan khairy Jamaluddin untuk tidak meminta maaf kerana tidak pernah kami mendengar kepimpinan MCA meminta maaf atas komen - komen yang dikeluarkan oleh kepimpinan Cina lain.   

 


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762