|
Oleh:
Samlin Jusoh
Insiden pada 17hb Julai 2006 dicetuskan oleh
Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), sebuah
persatuan pelajar yang tidak berdaftar di
UPM dengan cara membuka kaunter dan
mengedarkan risalah untuk mengajak
pelajar-pelajar Cina menyertai aktiviti
mereka. Pembukaan kaunter ini menyebabkan
pelajar-pelajar kolej terbabit yang
mengetahui senario dan sejarah gerakan ini
marah dan berlakulah sedikit kekecohan di
Kafetaria Kolej 12, 14, 15 & 16 UPM tersebut.
Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) merupakan
sebuah gerakan pelajar yang tidak berdaftar
di UPM. Keahlian GMM adalah pelajar
berketurunan Cina. Di UPM, tidak ada satupun
persatuan berasaskan bangsa mahupun bahasa
dibenarkan. GMM meletakkan isu kebajikan
pelajar sebagai sandaran untuk mendapatkan
penyertaan ahli baru dan sokongan
pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar
baru. GMM sebenarnya adalah mahasiswa pro
DAP dan parti Keadilan yang dibimbing oleh
mentor mereka Tian Chua.
Gerakan terancang buat kacau di kampus
Sebelum berlakunya insiden di
UPM, pelajar-pelajar GMM ini sudah terlibat
dalam beberapa siri demonstrasi seperti di
hadapan Bangunan Parlimen pada 21 September
2005 untuk menyatakan bantahan dan
menyerahkan memorandum campurtangan politik
dalam pilihan raya kampus kepada Menteri
Pengajian Tinggi Malaysia, perarakan dari
Masjid Negara ke Pejabat SUHAKAM pada 7
Oktober 2005 untuk menyerahkan Laporan
pilihanraya kampus 2005. (tujuk gambar)
MEMBACA STRATEGI
SULIT-semasa pertemuan di cameron highland
OOI TZE MIN-menerangkan
strategi semasa pertemuan sulit di cameron
highland
Pertemuan SULIT GMM di Cameron
Highland
Sebelum kemasukan pelajar baru sesi
2004/2005 gerakan ini telah mengadakan kem
perancangan gerakan di Cameron Highland (rujuk
gambar). Gerakan bawah tanah ini adalah
agenda untuk membuat kacau di beberapa IPTA
khususnya di UPM, USM dan UM. (Dimana
mahasiswa Cina paling ramai)
GMM dalam sesi akademik 2004/2005 telah
bergerak secara aktif dan terancang. Gerakan
ini menggunakan pendekatan yang lebih
agresif dan terbuka. Mereka mengadakan
perhimpunan haram di Bangunan Pentadbiran
UPM dan kawasan sekitar Sri Serdang
membantah pelaksanaan e-Undi. (rujuk gambar)
Mereka menggunakan media massa seperti NTV7
dan akhbar berbahasa Cina menyuarakan rasa
ketidakpuasan hati dan matlamat perjuangan
mereka. Tindakan GMM menyebabkan tindakan
tegas perlu diambil kerana GMM bertindak
mencemarkan nama baik universiti.
Prosiding tatatertib pada 25 Oktober 2005.
Pelajar yang terlibat ialah :
1. Tan Kar Hing, no. matrik 115690, Bac.
Pentadbiran Perniagaan
2. Kong Wee Cheng, no matrik 119717, Bac.
Sc. Bioteknologi
3. Ooi Tze Min, no matrik 126906, Bac.
Kejuruteraan Sistem Komputer Komunikasi
4. Kam Poay Hua no matrik 123736, Bac.
Kejuruteraan Sistem Komputer Komunikasi
5. Lim Sok Swan no matrik 125768, Bac.
Sastera Bahasa Asing (Mandarin)
Bagaimanapun prosiding tatatertib terhadap
pelajar berkenaan digugurkan pada 10 Mei
2006 atas sebab Universiti merasakan mereka
perlu dididik dan diberi peluang untuk
berubah dan menumpukan perhatian kepada
akademik mereka.
Bagaimanapun pelajar ini masih tidak sedar
diri dan insaf dengan perbuatan mereka.
Kalau adanya Akta Universiti dan Kolej
Universiti pun tidak dihormati apatah lagi
kalau tiadanya akta. Mereka inilah yang
mencemar nama baik universiti dan
mencetuskan isu-isu menjejaskan keselamatan
negara.
LEE HUAT SENG-berdemo di
KLCC
Demonstari di KLCC
Ahli DEMA, dan GMM turut mengadakan
demonstrasi di KLCC. Mereka telah mengadakan
provokasi kepada pasukan polis.
Edar Risalah Haram
Pada bulan Julai 2006, gerakan ini mula
dikesan dengan mengedarkan risalah di
kolej-kolej kediaman pada Minggu Pendaftaran
Pelajar Baharu UPM untuk menarik keahlian
baharu. Dalam flyers yang dijumpai (Rujuk
gambar) mereka berhasrat untuk membuka
kaunter perkhidmatan/aduan pelajar di
beberapa lokasi terpili. Isu-isu dan
janji-janji memperjuangkan kebajikan pelajar
disebarkan melalui risalah-risalah ini.
Mereka juga menggunakan nama Persatuan
Bahasa Cina/Tiong Hua yang mana persatuan
ini juga adalah persatuan yang tidak
berdaftar di UPM untuk menarik keahlian dari
kalangan pelajar baru UPM.

OOI TZE MIN-menjadi umpan untuk
provokasi 17 julai.Pandai betul dia berlakon
buat muka seposen
Penglibatan orang luar/ pertubuhan
haram- ancam keselamatan
Adalah jelas insiden di UPM telah dirancang
dengan baik oleh GMM. Penglibatan SMM,
wartawan Merdekareview, Lee Huat Seng-
pelajar USM, Lim Ban Teng, Chah Lih Kang (SUARAM)
dan PBT (Tiong Hua) sebagai orang luar
adalah satu kesalahan menceroboh masuk ke
UPM. Jelas sekali kelemahan pihak
keselamatan UPM sehingga terlepasnya mereka
ini masuk ke UPM. UPM bernasib baik kerana
kumpulan orang luar yang masuk ini bukan
kategori pengganas yang membawa senjata.
Bagaimana kalau GMM adalah pengganas
bersenjata?
KRONOLOGI KEJADIAN
11 Julai 2006 (Selasa)
1. HEP dimaklumkan oleh pelajar di kolej
tentang edaran risalah oleh GMM di
kolej-kolej.
12 Julai 2006 (Rabu)
1. Unit Tatatertib dan Disiplin HEP
mengedarkan Pekeliling Tatatertib Pelajar
untuk dipamerkan di seluruh kampus mengenai
a) Larangan Mendera pelajar baharu
b) Larangan Menganjurkan perhimpunan
c) Larangan Membuat Sebaran Umum tanpa
kelulusan.
2. Pegawai HEP mendapati ada edaran flyers
di Putra Food Court Kolej Tun Perak dan
mengumpulkannya untuk dijadikan sebagai
laporan.
17 Julai 2006 (Isnin)
6.30 petang - Kumpulan pelajar Cina sedang
makan tiada edaran flyers
6.40 petang - Mendapati kumpulan GMM membuka
kaunter perkhidmatan kebajikan ( Sebagai
taktik) untuk Gerakan Mahasiswa Maju dan
aktiviti mereka tidak mendapat kebenaran HEP
dan Kolej 12 & 14
7.00 malam - Pegawai HEP bersama Majlis
Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej 12 & Kolej
14 menasihatkan kumpulan pelajar GMM
tersebut bersurai dengan cara baik dalam
tempoh 10 minit.
7.10 malam - Selepas 10 minit Pegawai HEP
dan MTM meminta supaya mereka beredar tetapi
mereka masih tetap berdegil.
(Di sini bermula kekecohan dengan perang
mulut dan tolak menolak antara pelajar).
- Pegawai HEP menelefon pihak Keselamatan
UPM untuk mendapatkan bantuan kerjasama bagi
meleraikan mereka.
7.30 malam - Pihak Keselamatan UPM tiba dan
meminta mereka bersurai dan meninggalkan
kawasan tersebut namun mereka masih enggan
berbuat demikian.
- Memandangkan mereka enggan bersurai, Pihak
Keselamatan UPM telah menghubungi dan
meminta bantuan pihak polis dan mereka tiba
lebih kurang 10 minit kemudian.
7.45 malam - Pihak polis tiba dan berbincang
dengan mereka untuk bersurai dan
meninggalkan tempat tersebut tetapi mereka
masih enggan.
8.00 malam - Cif Inspektor Sulaiman (Balai
Polis Sri Serdang) tiba dan meneruskan
perbincangan dengan GMM dan mereka bersetuju
untuk meninggalkan tempat tersebut dengan
syarat mereka tidak dikenakan sebarang
tindakan tatatertib oleh pihak polis mahupun
UPM.
18 Julai 2006 (Selasa)
4.12 petang - Laporan Polis dibuat oleh staf
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Penutup
Adalah amat jelas kumpulan GMM merupakan
pertubuhan haram yang sentiasa melakukan
kekacauan di kampus malah terlibat dengan
demonstrasi luar yang didalangi oleh
pembangkang. 6 kejadian yang penulis
senaraikan di bawah melibatkan orang yang
sama melaksanakan operasi pertubuhan haram
GMM, DEMA dan SMM. Antara yang terlibat
ialah Tan Kar Hing, Kong Wee Cheng, Ooi Tze
Min, Kam Poay Hua, Lim Sok Swan, Lim Ban
Teng, Chah Ling Kang dan Lim Huat Seng (USM).
1.) Demonstrasi di hadapan Bangunan Parlimen
pada 21 September 2005
2.) Perarakan dari Masjid Negara ke Pejabat
SUHAKAM pada 7 Oktober 2005

3.) Pertemuan SULIT GMM di Cameron Highland

4.) Perhimpunan haram di Bangunan
Pentadbiran UPM dan kawasan sekitar Sri
Serdang

5.) Demonstari di KLCC-bertanda bulat ialah
LIM HUAT SENG, pelajar USM sebagai kaki
provokasi

6.) Insiden di UPM- bertanda bulat LIM HUAT
SENG, pelajar USM sebagai kaki
provokasi.Belum pun bergaduh tetapi dia
menjerit kuat-kuat, 'JANGAN GADUH..JANGAN
GADUH..JANGAN GADUH..apa motif semua ini.
Tiada orang bergaduh tetapi terpekik
terlolong seorang diri..
Insiden yang berlaku di UPM adalah kegagalan
pelajar mematuhi peraturan dan disiplin
seperti yang tertakluk dalam Akta Universiti
dan Kolej Universiti. Oleh itu INSIDEN DI
UPM TELAH DIRANCANG OLEH GMM MAHASISWA
PERTUBUHAN HARAM YANG DIMONITOR OLEH DAP DAN
KEADILAN (TIAN CHUA). Oleh itu AUKU 1971
tidak boleh dimansuhkan. AUKU mesti terus
dikuatkuasakan. MARILAH KITA MENOLAK
MAHASISWA PERTUBUHAN HARAM. HIDUP MAHASISWA!!!!!!!
|