|
1. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang
dibuat di dalam manifesto pilihanraya 2004.
2. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang
dibuat setelah di lantik selaku Perdana Menteri
untuk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah.
3. Beliau telah gagal menjalankan usul Suruhanjaya
DiRaja berhubung penubuhan IPCMC.
4. Beliau telah gagal mempertahankan maruah negara
Malaysia di dalam hubungan diplomatik.
5. Beliau telah gagal mempertahankan kedaulatan
Malaysia di dalam perjanjian-perjanjian perdagangan
dua hala.
6. Beliau telah gagal mempertahankan nama baik Y.Bhg
Tun Dr. Mahathir, seorang negarawan ulung yang telah
begitu besar jasanya kepada negara daripada di keji
dan dihina.
7. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap
menantunya yang mengusulkan bahawa Y.Bhg Tun Dr.
Mahathir adalah Beruk.
8. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap
menteri-menteri kabinet beliau yang bersikap kurang
ajar terhadap Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir.
9. Beliau sendiri telah menghina Y.Bhg. Tun Dr.
Mahathir dengan mengusulkan bahawa Tun Dr. Mahathir
ibarat Iblis.
10. Beliau telah gagal menjamin kebebasan bersuara
yang diperuntukan oleh perlembagaan mengakibatkan
Tun Dr. Mahathir merasakan dirinya lebih hina dari
mana-mana pacar Tuanku yang terhina.
11. Beliau telah secara terbuka menipu rakyat
Malaysia dengan membuat kenyataan-kenyataan yang
bercangah dengan kebenaran hakiki.
12. Beliau telah menipu rakyat Malaysia dengan
tujuan mempertahankan anaknya sendiri.
13. Beliau telah menggadaikan maruah agama Islam di
mana Ke Bawah Duli Tuanku dan Raja-Raja Melayu
adalah ketuanya.
14. Beliau telah gagal membendung sentimen perkauman
yang semakin menular dan didalangi sendiri oleh
menantunya.
15. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap
menantunya yang telah memalukan negara dengan
bertindak menyerang persidangan antarabangsa di
Kuala Lumpur dan menghalau seorang pembesar negara
yang merupakan tetamu negara yang juga bererti
tetamu Ke Bawah Duli Tuanku.
16. Beliau telah gagal menjadikan dirinya teladan
yang baik dengan tidak mengamalkan disiplin tinggi
seperti lewat dalam menepati waktu dan sering tidur
di dalam majlis-majlis rasmi.
17. Beliau telah berkali-kali menggunakan
kedudukannya selaku Perdana Menteri Malaysia untuk
merasmikan atau menghadiri program anjuran arwah
isterinya, anaknya dan menantunya sedangkan janjinya
memakmurkan Malaysia masih terbengkalai.
18. Beliau telah dengan bongkak dan biadap mengaku
bahawa beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dengan
tujuan menghina dan mengeji pengkritiknya.
19. Beliau telah memastikan nepostisme berleluasa di
dalam kerajaan.
20. Beliau telah gagal mempertahankan aset negara
dari menjadi milik negara asing.
21. Beliau telah gagal menyelamatkan negara dari
gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing.
22. Beliau telah mengakibatkan negara kerugian
berjuta-juta ringgit di dalam masa yang singkat
dengan menarik balik projek-projek yang sudah
berjalan di atas kesedaran beliau sebelum ini.
23. Beliau telah gagal membuktikan ketegasannya di
dalam membuat keputusan dan seringkali membatalkan
semula keputusan yang telah dibuatnya mengakibatkan
maruah kerajaan tercalar dan negara kerugian
berjuta-juta ringgit.
24. Beliau sering gagal mengutamakan kepentingan
rakyat dan negara dan sering mengutamakan
kepentingan peribadi dan keluarganya.
25. Beliau telah gagal memberi jawapan terhadap
persoalan-persoalan isu semasa yang di inginkan oleh
rakyat Tuanku.
26. Sebaliknya beliau telah mengarahkan
kuncu-kuncunya menabur fitnah dan memutar belit
fakta di dalam menjawab persoalan yang di dahagakan
jawapannya oleh rakyat Tuanku.
27. Beliau lebih senang pergi bercuti bersama
keluarga ke Australia daripada berdepan dengan
masalah negara dan masalah dunia Islam yang ditindas
zionis.
28. Beliau secara fizikal membawa personalitinya
secara lembik, lesu dan lemah sedangkan menjanjikan
kepada rakyat Tuanku kepimpimpinan yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang.
29. Beliau lebih suka menitiskan airmata dan
bersajak daripada menjadi seorang pemimpin tabah
yang di harapkan oleh rakyat Tuanku.
30. Di atas alasan-alasan di atas, Beliau telah
mengakibatkan rakyat ke bawah Duli Tuanku tidak lagi
mempunyai perasaan bangga diri menjadi rakyat
Malaysia, tidak seperti di zaman kepimpinan Tun Dr.
Mahathir. Akibatnya, rakyat Tuanku telah tidak lagi
bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang pada musim
ulangtahun Kemerdekaan walaupun berkali-kali di seru.
|