|
mansal damha <mdamha@yahoo.com>
To: prowaris@yahoogroups.com, editor1@umno-reform.comP
Subject: Penyakit Masyarakat - Punca dan Ubatnya
Date: Tue 07/04/06 04:44 AM
Assalamualaikum Semua,
Penyakit masyarakat yang kita hadapi sekarang ada puncanya.
Ia adalah berpunca daripada apa yang dikatakan satu "RANCANGAN
RAKSAKSA" atau "GRAND DESIGN". Matlamat akhirnya ialah untuk
BERKUASA. Ya. untuk mempunyai KUASA DAN PENGUASAAN.
Ya, sekali lagi saya menekankan, tiap-taip perkara yang berlaku
ada sebab-musabab dan puncanya. Dari sebab-musabab ini lahirlah
akibat-akibatnya.
Misalnya, apa yang menyebabkan manusia hari ini berjiwa kotor,
korup, bersifat durjana, tamak haloba, dan mengerjakan
kerja-kerja yang keji? Mengapa? Kerana:
1. Ramai, khususnya orang Islam, tidak ikut lagi ajaran Al-Quranulkarim.
2. Tidak membaca Al-Quranulkarim. Kalau bacapun, tak tahu apa
yang dibacanya; tak tahu erti atau maksud yang tersurat dan
tersirat di dalamnya.
3. Tidak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, dan,
4. Telah disesat syaitan. (Itulah sumpahnya kepada Allah SWT
untuk menyesatkan anak, cucu-cicit Adam a.s.)
5. Terdedah dan mengikut sistem-sistem politik dan falsafah
ciptaan manusia, berlandaskan 'akal fikiran mereka semata-mata;
bukannya fitrah dan ajaran Allah SWT. Misalnya, sistem-sistem
politik yang berasaskan isme-isme seperti kapitalisme,
sosialisme, secularsisme, liberasme, sosio-liberasime, komunisme,
dan sebagainya, yang rata-rata bermatalamatkan kebendaan.
Diantara sistem-sistem politik ini, yang dianggap paling
cangging dan berkesan (jika dilihat dari luarannya, yang
berteraskan pembangunan insn dan dunia dari segi kebendaan)
tidak semestinya dapt menjamin kesejahtgeraan dan ketengangan
jiwa.
Manusia sering bertelagah sesama sendiri; sering tidak merasa
kepuasan hidup; sering dalam kebimbangan. Mereka akan hanya
mengingati dan mencari keredhaan Allah SWT dan tuhan
masing-masing bila ditimpa bala' dan malapetaka ujianNya.
7. Keperluan hidup yang semakin mencabar dalam dunia penuh
persaingan sengit sistem-sistem "demokrasi" dan sistem-sistem
politik ciptaan manusia ini, menyebabkan mereka tidak punya masa
dan waktu untuk memikirkan hal-hal lain, sebagai alternatif
kepada mempastikan ketengangan dan kesejateraan hidup mereka.
Mereka "TERPERANGKAP" dalam sangkar kehidupan harian mereka;
terpinga-pinga, tercungap-cungap dalam kelemasan hidup ciptaan
manusia ini, dan langsung berserah serta mengikut saja arus yang
membawa mereka ke mercu matlamat mereka yang ingin berkuasa dan
menguasai mereka.
Demikianlah senario secara ringkas atau birds-eye-view apa yang
berlaku sekarang.
Penciptaan kehidupan kepura-puraan (artificial creation) manusia
ini dengan isme masing-masing telah mengakibatkan berlakunua
krisis msyarakat manusia itu sendiri. Termasuklah krisis nilai,
krisis budaya, dan bermacam-macam lagi krisis hidup manusia
sejagat.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 yang
bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang
kepada kamu (ummat Islam khususnya dan manusia amnya) sehingga
mengikut agama (cara hidup) mereka....
Dalam Surah Al-Maidah, ayat 51, Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Wahai kamu yang percaya (kepada agama Islam) janganlah jadikan
kaum Yahudi dan Nasrani sebagai sahabat; (kerana) mereka adalah
bersahabat diantara satu sama lain.", dan,
Dalam Surah Al-An'Am, ayat 153, bermaksud bahawa Allah SWT
meminta kita ikutlah jalanNya yang benar/lurus supaya kita tidak
berpecah belah. dan memisahkan kita daripada jalanNya.mengikut
jalanNya (Kalau kita mahu selamat dunia akhirat).
Nabi Muhammad SAW pula bersabda, yang bermaksud, diantara lain,
secara ringkas:
"Ada orang yang tahu, dia tahu; ikutlah dia. Ada orang yang
tahu, dia TIDAK tahu, belajarlah daripada mereka . Ada orang
yang dia TIDAK TAHU, DIA TIDAK TAHU, tinggalkanlah mereka."
Menakala manusia bijak bistrai pula berkata:
"Manusia yang berminda "kecil" (cetek fikiran), akan bercakap
tentang hal-hal peribadi orang lain; (orang ni begitu, begini,
fitnah memfitnah, dsbnya)
Manusia berminda sederhana (average mind) akan bercakap tentang
susuatu perkara yang berlaku - peristiwa. (Siapa menang-kalah,
akan dikeluarkan daripada senarai Akademi Fantasia; pertandingan
bola, gempa bumi, dsbnya);
Manusia yang "bergeliga" otak atau mindanya, akanbercakap
tentang sesuatu idea, wawasan. (Bagaimana hendak memperbaiki
nasib orang kampung, bagaimana hendak memertabatkan bangsa,
bagaimana hendak mendaulatkan agama, bagaimana hendak menjayakan
Agenda Melayu, bagaimana hendak menegakan keadilan dunia,
dsbnya).
Saya baru berbual-bual dengan seorang yang berwibawa; seorang
yang "apolitical"; seorang yang amat perihatin terhada agama,
bangsa dan negaranya, yang berkata bahawa:
Agak amat sukar hendak merombak semula apa yang telah menjadi
dan dijadikan "darah daging" cara hidup kita yang telah disuntik
oleh mereka yang telah menam racunnya dengan menggunakan
"jejari" (tantacles)nya dari segenap segi kehidupan kita.
Walaupun mereka tidak lagi memerintah kita, tetapi sissa
peninggalan mereka terhadap cara hidup mengikut acuan mereka
telahpun sebati dengan kita.
Tanya saya, apakah cara sebaik-baiknya, dalam konteks negara
kita Malaysia ini, untuk menghuraikan masalah-maalah rumit ini?
Adakah dengan merombak semula sistem-sistem pemerintahan,
falsafah dan politik kita, mengikut falsafah Islam, umpamanya;
atau dengan berpegang teguh kepada apa yang tersurat dan
tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan yang berteraskan
perjanjian kotrek sosial diantara kita dengan kaum-kaum lain
sebelum merdeka?"
Beliau menjawab: Merombak pada keseluurhan sistem polotik dan
pemerintahan kita agak sukar dilakukan, dan kitapun dan menjadi
seperti mereka; (sepertimana yang diingatkan Surah Al-Baqarah
tadi). Kalau tak betul caranya, kita akan merempat di dalam
negara sendiri.
Cara mengikut ajaran Islam pula, dalam masyarakat majmuk ini,
agak sukar juga hendak dicapai. Dan Parti-parti yang berteraskan
Islam, tidak akan berjaya memerintah seluruh negara, walaupun
mereka mengamalakan pemerintah yang "bersih", tidak rasuah,
umpamanya.
Beliau bersetuju dengan pendapat saya yang terakhir, bahawa cara
yang paling sesuai, praktikal, dan mungkin berjaya, ialah dengan
kembali berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. Kuatkuasakan
apa yang termaktub di dalamnya, sama ada yang tersurat mahupun
yang tersirat.
Kuatkuasa dan gunakan tanah-tanah reserve Melayu; dan
perbanyakkannya; jadikan modal kita. Kaum-kaum asing tidak akan
dapat menyentuh hak kita, kerana kita tidak menyentuh hak dan
menyakiti hati mereka.
Demikian juga dengan wakaf dan Baitul Mal, hendaklah dicari
jalan untuk menggunakannya bagi kepentingan umat Islam dan
Melayu/Bumiputranya.
Adakah ini, Perlembagaan yang berteraskan perjanjian sosial itu,
dan segala undang-undang yang ada kaitan dengannya, seperti
Undang-undang Hasutan umpamanya, disamping "rombakan" atau
"reformasi" kepada sistem politik kita, termasuk sistem-sistem
pendidikan, ekonomi, media, perundangan, sosio-budaya, dan
sebagainya, dapat mengubati segala "penyakit" masyarakat,
krisis-krisis yang kita hadapi sekarang?
Marilah kita fikir dan menungkan bersama, dan mintalah restu
serta hidyat daripada Allah SWT ajawajallah untuk memperkenankan
do'a kita, supaya sebuah pemerintah yang adil yang berlunas dan
berpaksikan Melayu-Bumiputra-Islam-Beraja dan berdaulat yang
menjadi idaman dan cita-cita kita sebagai yang ampunya Tanah
Melayu yang tercinta ini menjadi kenyataan.
Supya Agenda Melayu berpaksikan Islam menjadi realiti.
Kalau tidak, seperti kata yang mulia dan arif tadi, campkan saja
Perlembagaan kita. Bakar saja Perlembagaan itu kepada kita!
Janganlah hendaknya kita sia-siakan aspirasi murni datuk nenek
dan noyang kita yang bermati-matian berjuang memerdekakan negara
untuk melihat cucu-cicitnya hidu di dalam sebuah Tanah Melayu
merdeka yang akan menjamin masa depan hidup mereka.
Uncle M (mansal damha)
|