BALIK KE MUKA UTAMA

UMNO Bahagian Rompin

 

Ketua UMNO Bahgian Rompin Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata kesemua sayap UMNO, Pemuda Wanita dan Puteri mahu kepimpinan negara ini berhati - hati dengan Singapura supaya Malaysia tidak diperkotak - katik oleh negara jiran tersebut.

Selain dari itu apa yang menarik perhatian UR adalah kenyataan di atas yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis mengenai  isu Anwar Ibrahim. Menurut beliau ada usaha  - usaha oleh ahli UMNO untuk membawa Anwar Ibrahim masuk semula menyertai UMNO. Ini bagi beliau akan menimbulkan perpecahan dalam UMNO.

Persoalan yang menjadi pertanyaan adalah " usaha oleh siapa". Peringatan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis ini sinonim dengan desas desus yang ada. Desas desus itu melibatkan Pak Lah yang dikatakan akan membawa masuk Anwar Ibrahim kembali ke UMNO demi keutuhan bangsa Melayu. Sungguhpun ini hanya kabar angin tetapi Anwar Ibrahim sendiri sering mengatakan bahawa memang ada usaha untuk membawa beliau kembali dalam UMNO tetapi pendirian beliau adalah tegas untuk bersama Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Melihat tullisan - tulisan laman - laman web, suara - suara perhubungan rapat Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim sudah dan pernah dibicarakan sebagai salah satu sebab kenapa Dr Mahathir bangkit dalam senario politik tanah air. Perbicaraan Khairy rapat dengan Anwar dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd Nor memang wujud sungguhpun Khairy dalam kenyataan - kenyataan beliau sebelum ini pernah mengatakan bahawa pintu UMNO sudah tertutup buat Anwar Ibrahim.

Apa pun kenyataan UMNO Bahagian Rompin mengenai keperluan kepimpinan kerajaan mengambil sikap berhati - hati dengan Singapura dan kegusaran mereka mengenai usaha membawa masuk Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa persoalan. UR   
 


Luahan rasa UMNO Rompin kepada PM - Utusan Malaysia


ROMPIN 5 Ogos – UMNO Bahagian Rompin hari ini meluahkan pandangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih berwaspada apabila berurusan dengan Singapura.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, Pemuda, Wanita dan Puteri mahu kepimpinan negara berhati-hati dengan tindak-tanduk Singapura supaya negara ini tidak mudah diperkotak-katik.

Katanya, ketiga-tiga cabang UMNO itu sebulat suara menyokong kepimpinan Abdullah menjalankan dasar menghormati dan berbaik-baik dengan negara jiran itu tetapi perlu sentiasa berhati-hati kerana selama ini Singapura hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

‘‘Saya akan membawa pandangan ini ke Majlis Tertinggi bagi memastikan negara kita terus dihormati oleh negara jiran. Pada dasarnya, Pemuda, Wanita dan Puteri melahirkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Presiden UMNO bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara dan Wawasan 2020 berjalan lancar,” kata Jamaluddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Rompin 2006 di Auditorium Uniten, Muadzam Shah dekat sini, hari ini.

‘‘Walaupun kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya lalu tetapi itu tidak bererti kita berasa selesa. Sebaliknya kita perlu berusaha keras mengekalkan kecemerlangan UMNO Rompin dan sentiasa berhati-hati dengan anasir dari luar dan dalam yang cuba merosakkan parti.

‘‘Kita harus berhati-hati kerana terdapat usaha golongan tertentu untuk membawa semula bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Jika ini berlaku ia boleh menimbulkan perpecahan dalaman parti,” kata beliau.

Menurutnya, ini menunjukkan UMNO adalah sebuah parti keramat yang sukar digugat kerana mereka yang menderhaka kepada parti dan cuba berjuang dari luar akan gagal dan akhirnya cuba kembali semula apabila sedar perjuangan itu tidak akan membawa mereka ke mana-mana.

Sebelum ini kata beliau, UMNO telah berhadapan dengan dugaan besar sehingga memecah-belahkan parti pada 1987.

Katanya, ahli UMNO juga perlu mengukuhkan perpaduan supaya perpecahan pada 1997 tidak berulang.

 



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762