![]() |
|
|
Begitulah UMNO |
|
Arahan atau nasihat untuk tidak menghadirkan diri pada program Dr Mahathir sebenarnya menunjukkan arca dan bentuk kepimpinan pelapis dalam UMNO yang ada hari ini. Menolak apa sahaja bentuk penerangan hanya menafikan diri sendiri dari mengetahui apa sebenarnya kedudukan politik semasa yang berlaku sekarang ini. Malah sebenarnya Azmaiza Ahmad Ketua Puteri UMNO Padang Besar tidak mengetahui senario politik yang ada sekarang ini dan yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak mahu mengambil initiatif untuk mengetahuinya. Hakikat inilah yang mengurung kepimpinan menegah dan rendah UMNO pada tahap minda kelas tersendiri yang kemungkinan belum sampai kepada tahap yang membolehkan kita membuat "rating". Apa yang telah diterangkan oleh Dr Mahathir harus di dengar, dianalisa dan dikritik kembali. Penjelasan dari kepimpinan sedia ada UMNO harus menyeluruh. Ini adalah supaya kita mengetahui dan dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan yang ada. Kita tidak sepatutnya menolak sungguhpun ada antara kita mengetahui bahawa budaya ini adalah budaya yang telah ditetapkan oleh beliau selama 22 tahun memerintah. Mahathir tidak akan menang Mahathir hari ini kembali untuk apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak untuk berjuang. Namun perjuangan Mahathir untuk menentang kekuasaan yang ada sekarang ini tidak akan berjaya menghasilkan satu kemenangan. Kekalahan ini tidak bermakna isu yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed itu karut atau palsu. Kekalahan itu adalah kerana ahli UMNO adalah ahli UMNO yang minda mereka adalah pada tahap yang mahu dibentuk oleh kepimpinan mereka baik sewaktu era Mahathir mahupun pun hari ini pada era Pak Lah. Tahap minda yang senantiasa mahu dikecilkan agar kuasa sentiasa bergolak pada sekitar paksi mereka yang memerintah. Tindakan inilah yang sebenarnya mengecilkan minda ahli UMNO dan tindakan ini sebenarnya membuat ahli - ahli hanya wujud sekadar mengikut , menurut dan mengharap. Dengan kesetiaan yang ada terhadap kepimpinan, hanya berlandaskan konsep MENGIKUT , MENURUT DAN MENGHARAP maka selama itulah UMNO akan tetap kekal disitu dan selama itulah sebarang usaha untuk menjayakan program - program pembangunan akan terbantut dan terhad kepada pembangunan kosmetik yang tidak akan membawa kepada sebarang perubahan dari segi jati diri orang - orang Melayu khasnya. Dan selagi itulah UMNO akan begitu. ur
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|