BALIK KE MUKA UTAMA

Ada usaha Gerakan gagal membantu masyarakat Melayu - Pak Lah


Setelah Pak Lah membatalkan sebarang usaha untuk menuntut penggiliran, Pak Lah hari ini memaklumkan bahawa ada usaha - usaha yang diambil oleh GERAKAN yang gagal membantu kaum Melayu di Pulau Pinang. Pak Lah dalam kenyataan di Utusan Malaysia memaklumkan perkara ini adalah punca kenapa Pemuda UMNO Pulau Pinang mengusulkan agar jawatan Ketua Menteri Pulai Pinang itu digilirkan. Hampir semua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di Pulau Pinang mahu membangkitkan cadangan penggiliran itu pada mesyuarat mereka yang sedang berlangsung ketika ini, sebagai tidak puas hati berhubung kegagalan kerajaan negeri membantu menjaga kepentingan orang Melayu.

Sungguhpun ketidakpuasan  ini sudah lama berlaku namun sehingga kini kerajaan Negeri masih mengabaikan tanggunjawab mereka terhadap pembangunan Melayu Pulau Pinang. www.umno-reform.com telah menyiarkan isu - isu ini sekitar tahun 2005. Kini Pemuda UMNO maju setapak dalam perjuangan mereka menuntut agar kepentingan orang - orang Melayu di Pulau Pinang agar tidak diabaikan  dengan mencadangkan penggiliran.

Ini menunjukkan ketidakpuasan hari mereka dari kalangan orang - prang Melayu sudah meluas dan perkara ini harus ditangani segera. UR percaya kegagalan ini mampu memberi impak yang besar dalam usaha perpaduan antara kaum. Isu pembahagian ekonomi yang tidak setara adalah antara perkara serius yang harus ditangani segera agar ianya tidak merebak menjadi satu wabak ketidakadilan sosio - ekonomi antara kaum yang bakal memudaratkan negara. UR - umno-reform


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762