|
Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Apakah di sebalik usaha memecat Tun Dr M dari 3
berkait syarikat kerajaan (GLC), LADA, Proton dan
Petronas. Dalam kesibukan hidup kita semua, rasanya
ada pentingnya kebenaran tentang perkara ini
diutarakan.
Kemungkinan sekali, niat di sebalik usaha pemecatan
Tun Dr M dari menasihati Petronas adalah yang paling
parah. Sejak awal tahun ini, anasir anasir rakus
yang mempengaruhi The Edge dan NST telah
mengutarakan ide-ide penswastaan Petronas. Di ambang
perjanjian perdagangan bebas dengan US (FTA), usaha
ini ternyata untuk membuang Tun Dr M dari
pengaruhnya untuk menghalang pengelelongan khazanah
negara yang paling lumayan ini, hasil bumi kita dan
syarikat terbesar negara, Petronas.
Dalam masa Tun Dr M memerintah dan menasihati
Petronas, kalaupun ada salah guna pengagihan wang
Petronas, setidak-tidaknya, banyak juga wang
Petronas yang memanfaatkan segenap lapis rakyat
Malaysia, paling kurang dalam pengurangan kadar
cukai dan harga Petrol dan Disel. Tetapi dengan
pembuangan Tun Dr M dari Petronas, ia bakal
mempermudahkan jalan untuk Petronas dilelong selesai
penyokong-penyokong Tun Dr M yang berkesan dan
Nasionalis separti Tan Sri Hassan Merican di buang
juga.
Cerita Proton cerita lama. Selesai usaha dalang
Tingkat 4 si Azlan Hashim menghancurkan syarikat
tersebut, niat yang tersirat adalah untuk melelong
Proton juga, tetapi lebih sebagai mercu tanda 'kegagalan'
usaha Tun Dr M memajukan Malaysia oleh pendukung
Lah-isma.
Hal pemecatan dari LADA sebenarnya kecil sedikit. Ia
sekadar memberi helah untuk MB Kedah digunakan untuk
mengutarakan cadangan pemecatan tersebut.
Saudara-saudari sekelian. Pendek-kata, Lah-isma
semakin menular mengganggu-gugat kesejahteraan dan
kemerdekaan ekonomi negara. Kini kemungkinan besar
Petronas ingin dilelong pula.
Pada Pak Lah, mungkin alasan yang diberi oleh Kali
dan sekutunya adalah ia kerana kejayaan Petronas
masih terlalu berhubung-kait dengan hadirnya Tun Dr
M sebagai penasihat. (Memang betul pun... enjin yang
jual kat negara China pun sebab program F1 ilham Dr
M, dan Pak Lah masa Petronas bermasalah di Chad, tak
nak tolong pun!).
Namun sedarlah bahawa pertelingkahan dengan Pak Lah
cuma sekadar helah pemecatan Tun Dr M. Sebenarnya,
pemecatan Tun Dr M membuka jalan untuk Petronas
dilelong hasil usaha sang-sang rakus yang bertenggek
di bahu Pak Lah didalangi anasir luar negara.
Sekian, wassalam...
Ikhlas,
Akhramsyah Sanusi @ A M Ubaidah S |