![]() |
|
|
Ketua Penerangan Keadilan Rakyat turut mahu berjumpa Tun Mahathir di Kelantan ? Ini bukan tuduhan tetapi ini adalah hasil dari satu email yang kami terima sebentar tadi. Kami juga akan mengajukan persoalan menerusi SMS kepada Tien Chua untuk mengetahui kebenaran email yang diterima. Adakah ini juga salah satu langkah yang menyimpang dari ketetapan yang telah di keluarkan oleh Penasihat Presiden Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim. Anwar dalam kenyataan - kenyataan yang dibuat pada malaysiakini.com telah menyimpulkan bahawa kemungkinan wujud agenda oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia itu untuk kembali memimpin UMNO dan juga menyarankan agar PAS berhati - hati dalam tindakan menyokong isu yang mahu dibawa oleh Tun Mahathir. Walau apa pun nasihat Anwar Ibrahim, kami dimaklumkan bahawa PAS akan terus menyokong isu - isu yang dibawa oleh Tun Mahathir dan program Mahathir ke Kelantan anjuran Badan Bertindak Rakyat Kelantan pada 28/7/2006 akan dihadiri dan disokong oleh kepimpinan PAS. Sebelum ini kami pernah mengemukakan persoalan "Keadilan menyokong isu Mahathir" ini kepada EXCO Angkatan Muda Keadilan Rakyat , En Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. klik sini. Hari ini kami menerima pula berita mengenai akan ada satu perjumpaan tertutup antara Tun Mahathir dan Ketua Penerangan Keadilan En Tien Chua di Kelantan. Email itu turut memaklumkan bahawa perjumpaan tertutup itu juga akan di hadiri oleh Husam Musa. Keadilan yang dituntut oleh pelayar www.umno-reform.com untuk menjelaskan pendirian terhadap isu Artikel 11 dan IFC masih terus berdiam sehingga ke hari ini. Menurut beberapa ahli mereka, PKR agar sukar menyatakan pendirian kerana komposisi mereka adalah dari berbilang kaum. Sungguhpun beberapa kepimpinan ulamak dalam Keadilan hadir pada program penjelasan isu IFC, Forum Artikel 11 dan isu Lina Joy tetapi parti itu sendiri tidak memberikan kenyataan media khas mengenai ketetapan mereka terhadap isu ini. laporan 4.52pm
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|