![]() |
|
|
Seperti yang dijangka , pergeseran Pak Lah dengan Mahathir turut menyebabkan Pemuda UMNO bergolak. Kami dimaklumkan gerakan untuk menaikan Mukhriz sudah bermula dalam usaha menghalang kenaikan Khairy Jamaluddin yang tidak katakan mengemudi Pemuda UMNO ke arah yang berbeza dari apa yang ada sebelumnya.
Khairy lebih kepada mereka yang bukan dalam UMNO
atau hanya baru masuk UMNO untuk tujuan lain dari yang
sepatutnya. Kalau ada pun yang menyokong adalah beberapa kerat
Ketua Pemuda Negeri. Platform Pemuda UMNO bukan lagi hadir untuk
pemuda tetapi untuk Khairy sahaja.
Kami dimaklumkan bahawa beberapa nama sudah terbabit dalam memulakan pembentukan pemimpin baru yang akan mencabar Khairy kelak. Peringkat Bahagian dalam Pemuda juga dikatakan sudah mula bergerak ke arah yang serupa. Usaha ini bermula setelah Dr Mahathir mengkritik secara terbuka Pak Lah. Walau bagaimanapun kami tidak dimaklumkan sama ada Mukhriz sedar atau tidak bahawa sokongan terhadap beliau semakin berkembang dan ini pasti akan memberi tentangan hebat terhadap khairy Jamaluddin. Antara nama yang turut disebut untuk bangkitkan menentang Khairy adalah Menteri Besar Selangor dan Zahidi Zainol Abidin yang turut menghadiri program dialog bersama Tun Mahathir. Zahidi yang diaktakan mendapat sokongan Perlis turut mempunyai hubungan yang tidak erat dengan Khairy Jamaluddin. Kami juga dimaklumkan negeri - negeri yang telah mula untuk berkempen bagi mencabar Khairy adalah Perak, Perlis, Kedah , Selangor dan Johor. Kubu kuat beliau adalah di Wilayah Persekutuan kerana kehadiran Datuk Norza yang dikatkaan proksi kuat Khairy Jamaluddin. Datuk Norza yang dikatakan antara kuat mempertahankan Khairy sungguh pun beliau tertakluk dibawah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, salah seorang yang rapat dengan Tun Mahathir. Khairy dijangka tersepit. Mereka dan kroni mereka seharusnya mula berfikir untuk mengalih arah dari terus secara terbuka menyokong Khairy Jamaluddin. Kedudukan Khairy dalam pemuda pasti akan tergugat sekiranya Dr Mahathir terus memulakan siri kritikan beliau terhadap Pak Lah. gambar dari agendadaily.com
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|