BALIK KE MUKA UTAMA

UMNO - keluhuran perlembagaan parti tercabar?


www.umno-reform.com menerima salinan dokumen isu kebankrapan YBhg Dato Idris b Hashim, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan yang menyebabkan beberapa bantahan berlaku terhadap kedudukan beliau sebagai kepimpinan bahagian. www.umno-reform.com  dalam meneliti dokumen - dokumen tersebut mendapati bahawa jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Kerja  UMNO, Dato Haji Husaiay Hashim mewakili Setiausaha Agung UMNO tidak konklusif menyebabkan timbul ketidakpuasan hati ahli. Isu ini melibatkan peruntukan perlembagaan dalam UMNO sungguhpun tindakan serta jawapan yang diberi tidak langsung mengambarkan interpretasi peruntukan perlembagaan telah dilunaskan dengan sempurna tetapi lebih kepada keputusan yang kabur dan tidak berketetapan.

Isu ini bukan isu peribadi. Bagi www.umno-reform.com isu ini amat mengelirukan dan berkemungkinan melibatkan apa yang disebut sebagai " double standard" dan keputusan yang akan menyebabkan "precedent" yang tidak konsisten dalam UMNO menangani isu - isu semasa. Ini akan menimbulkan berbagai persoalan dan bentuk - bentuk "precedent" yang dicipta seperti ini hanya akan menunjukkan kelemahan pengurusan atau pengurusan bertindak mengikuti sentimen - sentimen lain dan tidak menepati peruntukan yang ditetapkan.

1. Isu yang dibawa adalah dokumen kebankrapan Dato Idris bin Hashim dan ini mewajibkan beliau melepaskan semua jawatan yang dipegang. Soal kemudiannya beliau bebas dari kebankrapan itu adalah isu berbeza. Isu utama adalah carian yang dibuat atas nama menunjukkan beliau telah diisytihar muflis.

2. Bersesuaian dengan peruntukan perlembagaan UMNO kedudukan Idris bin Hashim terlucut dengan sendirinya pada 16/03/2005 iaitu pada tarikh jatuh hukum. Ini adalah ketetapan perlembagaan, ahli perlu akur pada ketetapan ini dan keputusan pengurusan tertinggi UMNO juga perlu seiring dengan ketetapan yang telah dibuat dan diterima oleh semua ahli.

Dengan itu tanpa boleh dipersoalkan lagi, jawatan mana  - mana ahli yang mempunyai 3 kes seperti yang telah tergaris gugur pada hari yang sama selepas keputusan terhadapnya ditetapkan. Ini menuruti pada ketetapan " terlucut dengan sendirinya "

3. Lebih dari itu, kesangsian akan wujud keatas keputusan yang dibuat oleh Setiausaha Kerja mewakili Setiausaha Agung UMNO apabila menerima hanya penjelasan dari ahli  "yang sepatutnya sudah terlucut jawatan".

Keputusan tersebut adalah seperti berikut :

Keputusan itu hanya dibuat dengan menerima penjelasan sedangkan perlembagaan menetapkan bahawa Idris Hashim perlu mendapat surat perlepasan.

Pendedahan ini bukan sebenarnya untuk memburuk - buruk pihak Idris Hashim tetapi kita perlu konsisten dengan ketetapan perlembagaan. Sekiranya tidak ini jelas menunjukan keputusan yang tidak konsisten dan akan menjadi indikasi bahawa semua keputusan oleh pengurusan tertinggi UMNO turut dipengaruhi oleh sentimen - sentimen lain. Apa yang jelas kepada kita adalah :  bukti kukuh yang menyebabkan secara otomatik terlucut kepimpinan seseorang ahli hanya dibela melalui surat oleh Setiausaha Agung dengan hanya meminta pembersihan nama dibuat.

Ini jelas menunjukkan sikap tidak menghormati keluhuran perlembagan dalam parti dan kekuatan kuasa - kuasa eksekutif yang mampu menolong dan dengan  kuasa  - kuasa ini mampu juga menjatuhkan mengikut manipulasi sendiri. "Precedent" seperti ini melonggarkan kewibawaan UMNO dan ini juga akan menimbulkan ketidakyakinan ahli - ahli UMNO khususnya dalam menegakkan serta menghormati perlembagaan parti.

 
 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762