![]() |
|
|
Jangan biarkan insiden Suqiu berulang kembali - Rafizal |
|
Saya melihat permohonan untuk membatalkan matrikulasi oleh GERAKAN dalam keadaan UMNO sedang dilanda krisis adalah satu tindakan menyerupai desakan Suqiu. Kita tidak mahu melihat pembangkang mengambil peluang dalam krisis UMNO tetapi jangan kita lupa bukan sahaja pembangkang yang cuba mengambil peluang tetapi parti komponen dalam BN turut serta membuat desakan. Sewaktu krisis UMNO 1998, orang - orang Melayu terbahagi dengan begitu besar sekali. Kesempatan yang ada telah diambil oleh Suqiu ( Gabungan beberapa kumpulan dan persatuan Cina) untuk membuat desakan yang berupa satu cabaran kepada hak keistimewaan orang - orang Melayu. Mereka tahu bahawa kita pada waktu itu UMNO memerlukan sokongan bangsa lain memandangkan Melayu sendiri sudah terbahagi dalam menyokong UMNO. Saya terbaca dalam laman ini tahun sudah mengenai kenyataan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ( Ketua Penerangan UMNO) Malaysia dalam program Seminar Melayu Dalam Bahaya yang berbunyi " perpecahan Melayu 1998 telah memaksa kita akur untuk penubuhan UniTAR atas gesaan kaum Cina" klik sini. Hari ini seolah perkara serupa ini berulang kembali dengan mendesak agar matrikulasi dibubarkan. Bukankah waktu seakan sama - dalam keadaan UMNO sedang bergolak hasil dari kehadiran Dr Mahathir mengkritik kerajaan. Saya bimbang UMNO dalam usaha mahu meraih kembali sokongan akan terus akur seperti yang pernah dilakukan menurut kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Setiap kali ada pergolakan setiap kali itulah ada sahaja tuntutan dari kaum - kaum lain.
Ini amat merunsingkan kita dan ini juga
menunjukkan satu keadaan yang tidak begitu baik dalam
perhubungan antara kaum yang ada. Saya mendesak agar UMNO
meneliti isu - isu ini dan bertindak khususnya bagi mengeratkan
perpaduan orang - orang Melayu. |
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|