BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Mengenai komen dan kritikan berbentuk rasis  dalam perhimpunan Agung UMNO - isu utama bukan  samada perhimpunan itu harus dibuat secara langsung atau tidak tetapi tindakan ucapan yang ekstrimis dan rasis. Pembahas seharusnya berucap secara profesional dan bukan rasis. Siaran langsung harus diteruskan tetapi pembahas harus didisiplinkan bagi mengelakkan dari mereka yang ekstrimis ini menggunakan pentas itu untuk mencapai loncatan politik peribadi Apa pendapat anda? soalan dari SMS pelayar klik sini

Tan Sri Musa sudah memulakan siasatan untuk meneliti samada pembahas - pembahas sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 2006 telah melakukan kesalahan dengan menyentuh isu - isu perkauman. Najib Tun Abdul Razak sudah mengatakan bahawa kemungkinan siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO 2006 diberhentikan kerana takut ini akan menganggu sensitiviti perkauman. Rakyat Malaysia masih belum bijak dan kemungkinan ini akan mendatangkan huru hara dalam masyarakat kita yang berbilang kaum. Zainuddin Maidin dalam kenyataan kepada media TV (1) hari ini (27hb Nov 2006) menegaskan bahawa kita masih lagi berasaskan perkauman dan ini dirujuk kepada Barisan Nasional yang terdiri dari komponen parti berbangsa lain dan dengan itu sidang Parlimen tidak boleh disiarkan secara langsung di TV.

Saya bersetuju dengan pendapat supaya siaran secara langsung di teruskan bukan sahaja untuk pesidangan UMNO malah yang lebih penting adalah untuk sidang Parlimen. Ini adalah kerana siaran langsung itu bukan isu sebenar. Bagi saya masalah mengeluarkan dan memberi pendapat - kekecewaan dan hujah mengenai isu - isu sensitif perkauman perlu ditangani dengan baik dan perlu diselesaikan. Kita tidak mahu sungguhpun siaran langsung tidak diadakan tetapi isu ini berterusan berlaku dalam kelambu UMNO. Ini adalah suara ketidakpuasanhati orang  - orang Melayu yang membahas. Apa yang mereka utarakan seharusnya dijawapan oleh kepimpinan dengan membalas kembali semua isu yang diterbitkan dan bukan sekadar mengatakan  " saya dah kata, jangan bawa isu perkauman" lantas bagi saya pendekatan ini tidak akan mendatangkan hasil dan mengakibatkan terbukunya ketidakpuasan dalam hati mereka.

Saya juga berpendapat telaan yang mengatakan rakyat tidak sedia adalah tidak tepat. Bagi saya siaran langsung sidang media parlimen akan memberi impak yang positif. Isu  - isu akan dihujah tanpa emosi kerana seluruh negara akan menyaksikannya. Tindakan marah dan maki hamun akan menjatuhkan imej mereka di bumi Malaysia. Saya percaya mereka akan lebih bersopan kerana mereka kini dipancarkan secara "siaran langung"

Namun kekhuatiran saya dalam isu samada mahu siaran langsung atau tidak, ada kait mengait dengan kerajaan. Bagi saya kerajaan dan parti pemerintah yang  tidak bersedia untuk mendedahkan secara langsung perbahasan tersebut dan bukan seperti yang didakwa oleh Zainuddin Maidin bahawa rakyat yang tidak matang.Bagi saya mereka tidak bersedia untuk mendengar isu - isu yang dibawa untuk dinilai oleh rakyat. Bagi saya yang tidak bersedia adalah kerajaan dan parti pemerintah kerana ketelusan hanya didefinasikan untuk menyelamatkan mereka.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762