BALIK KE MUKA UTAMA

Saya cuma ingin mengajukan satu soalan mudah


To: editor1@umno-reform.com
Reply-To: "mansal" <mdamha@yahoo.com>

Date: Tue 08/08/06 06:14 PM



Pesanan: Assalamualaiku Sdr Anuar,

Saya cuma ingin mengajukan satu soalan mudah.

Andainya saya bukan anak atau menantu Pak Lah, ataupun anak/menantu Tun  Dr Mahathir, orang-orang besar atau ternama yang lain, bolehkah saya  dapat pinjaman/loan sebigitu banyak untuk membeli saham, walaupun  katakanlah saya punya sedikit harta sebagai cagaran?

Dunia sekarang merupakan sebuah dunia di mana "money makes money, position and status talk". Dunia yang berpaksikan kepada "Siapa yang anda kenal, BUKAN apa yang anda tahu" dan yang miskin lazimnya berhutang kerana hendak ikut lagak orang lain, tetapi kena bayar bunga pula?

Manalah manusia tidak mahu mencari kekayaan, kuasa dan pengaruh dengan apa juga cara - kalau perlu pijak, menjahanamkan, dan memfitnah orang lain, jadi penyangak, orang munafik dan hipokrit, lakukanlah; asalkan diri sendiri, keluarga, rakan taulan rapat senang dan "bahagia".

Hidup mestilah "praktikal". Janganlah dihidup di alam mimpi atau Utopia, kata orang.

Begitulah trend dan realiti zaman ini bagi negara-negara yang menganut faham sekularisme yang melahirkan manusia tidak dan kurang berperi kemanusiaan yang hidup di alam keindividualan.

Paksi kehidupan mereka bertunjangkan kepada: "The means justify the ends," kata Mat Salleh, mengikut nafsu nafsi kata orang sekarang.

Adakah ini yang kita perlukan sebagai sebuah negara yang dikatakan negara Islam? (Fundamental ataupun Hadhari). Atau adakah negara ini sebenarnya sebuah negara sekular?

Maka tidak hairanlah kita masih bercakaran sesama sendiri, msing-masing cuba menegakkan benang basah. Yang jadi mangsa rakyat jelata, rakyat yang tidak bermaya, tidak berdaya upaya.

Konon memperjuangkan bangsa, agama dan negara; tetapi rata-rata tanpa sedikit rasa duka, sanggup menipudaya, membohongi rakyat yang cepat percaya, yang mengharapkan kepimpinan ikhlas mereka.

Sampai bilakah rakyat mesti mederita, mengikut telujuk kata orang yang tidak perasa, dengan terus menerus menjunjung sistem yang memporak peranda hati nurani mereka yang tidak berdosa, mengharapkan pemimpin yang dapat membela?

Sampai bilakah kita mesti mengikat diri dengan sistem sekularistik yang "membunuh" budiperkti mulia dan hati nurani manusia ini?

Keraplah memunasabah diri, agar kita dikasihi Allah bilizzati.

May Allah the Almighty bless "their" souls and not make us the "tools"  of the devils, greedy and heartless people. Amin, amin, amin, ya rabbal  alamin.


mansal damha







 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762